Mata dua (double hook)
Jarum besi bercangkuk
Perambut
Mula-mula sekali buat ikatan pilihan anda untuk menyambungkan perambut pada mata kail double hook (mata dua). Kemudian cucukkan dawai tajam yang bercangkuk pada hujungnya atau jarum ke mulut ikan sehingga keluar pada pangkal ekornya.
Ads
Kemudian letakkan simpulan perambut pada cangkuk jarum dan tarik perlahan-lahan sehingga simpulan perambut turut sama keluar pada pangkal ekor ikan gelama.
Ads
Tarik simpulan perambut sehingga mata kail berada di luar mulut gelama. Pastikan point mata kail berada di bahagian atas kepala umpan bagi mengelak dari situasi tersangkut pada dasar.
Ads
Perambut mata dua umpan gelama yang sedia untuk disambungkan pada set pancing. Jika tiada mata dua, boleh saja gunakan mata kail tunggal. Ia juga berkesan namun peratus hook up lebih baik jika menggunakan mata dua.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Para pemancing laut dalam sering menjadikan ikan siakap merah sebagai target memancing kerana ikan siakap merah adalah ikan primadona yang banyak diburu. Memang sulit untuk menangkap ikan siakap merah, namun ia banyak diburu kerana ikan tersebut memiliki nilai yang tinggi.
Untuk memancing ikan siakap merah anda harus tahu terlebih dahulu habitat ikan tersebut. Sementara spot memancing siakap yang bagus terletak di perairan yang banyak dipenuhi batu karang.
Area yang berada di arus dasar laut juga sangat disukai oleh ikan siakap merah yang memiliki nama latin Lutjanus Malabaricus. Setelah Anda mengetahui habitat dan spot mancing yang strategik maka fokuslah untuk memancing di lokasi tersebut sebab ikan siakap merah hidup secara berkumpulan.
Kejayaan seseorang pemancing menangkap ikan siakap merah sangat berpengaruh dengan jenis umpan yang telah digunakan. Berikut ini adalah jenis umpan yang bagus dan jitu untuk memancing ikan siakap merah:
Udang
Memancing ikan siakap merah sangat galak jika menggunakan udang, umpan udang ini memberikan keuntungan bagi para pemancing berkat aromanya yang kuat sehingga membuat ikan siakap jenis predator ini akan cepat melahapnya. Pastikan guna perambut mata kail dengan pemberat untuk umpan yang terpasang di mata kail tidak terbawa arus.
Udang Lipan
Udang lipan merupakan umpan kegemaran banyak spesies ikan termasuklah siakap merah. Namun pemancing perlu bijak persembahkan udang lipan kepada kepada pemangsa. Sekiranya ia melintas di hadapan pemangsa dalam keadaan segar dan menggiurkan pasti akan dibedal dalam masa singkat.
Sotong Cumit
Cumit merupakan makanan/jenis umpan yang disukai oleh hampir semua jenis ikan laut termasuk ikan siakap merah, anda bolehmenggunakan cumit untuk umpan memancing baik dalam keadaan hidup, segar mahupun sudah dipotong potog sesuai dengan keperluan dan sesuai dengan ukuran ikan yang akan anda pancing saat itu.
Sotong Kurita
Sotong kurita yang masih hidup atau dalam keadaan segar jarang mengecewakan memikat selera siakap merah. Walaupun harga sotong kurita hidup semakin tinggi namun ia sangat berbaloi jika siakap merah bersaiz mega yang berjaya dinaikkan.
Ikan
Sebagai ikan karnivora ikan siakap merah ini biasanya memakan ikan ikan kecil yang ada di sekitarnya. Jadi anda boleh menggunakan ikan-ikan kecil untuk umpan memancing ikan siakap merah. Ikan yang sering dimangsa oleh ikan siakap merah di antaranya; ikan kembung, kerisi, ikan selar, atau selayang.
Ketika mula-mula terjebak dengan pancingan haruan, saya lebih banyak menggunakan `mata sampan’ dan umpan katak.
Namun sekarang pelbagai pilihan boleh digunakan sama ada menggunakan mata kail tunggal, mata kail tunggal yang ditambah dengan weedless hook atau mata anti sangkut.
Kalau menggunakan gewang seperti jumpfrog, mata dua atau double hooks menjadi pilihan utama
Pilihan saiz mata kail adalah penting bergantung kepada saiz ikan haruan yang terdapat pada sesuatu lubuk.
Jika anda sedang memburu spesies ibu atau haruan mega melebihi 1kg ke atas, dinasihatkan gunakanlah mata kail bersaiz sedikit besar, tajam dan kukuh bagi
menguatkan cengkaman apabila haruan melawan dan lebih penting lagi ketika mengeluarkan ikan dari dalam air.
Penggayaan umpan
Kepada pemancing baru adalah dinasihatkan untuk belajar dan melihat orang lama memancing. Walaupun ikan haruan mudah dipancing tetapi adakalnya untuk memujuk ia menyambar umpan memerlukan beberapa teknik asas yang perlu diketahui.
Terdapat 3 pengayaan umpan iaitu; penggayaan umpan di permukaan, penggayaan umpan separa tengelam, penggayaan umpan di dasar.
Ketiga-tiga penggayaan umpan ini hanya boleh digunakan jika anda menggunakan umpan katak. Tapi hari ini anda boleh menggunakan umpan softplastic bagi menggantikan umpan katak.
Ketiga-tiga penggayaan umpan ini perlu dilakukan bagi mengenal pasti kolum air yang menjadi kawasan serangan haruan.
Kadang-kadang ada lubuk yang haruan menyambar di permukaan air saja, ada yang menyambar di pertengahan air dan ada juga di dasar.
Tempoh masa untuk sentap
Untuk mendapatkan hook up yang kemas, buat sentapan ke arah atas bukan ke arah kiri atau kanan. Namun sekiranya ikan haruan terus melarikan umpan buat sentapan melawan arah larian ikan.
Sentiasa pastikan tali dalam keadaan tegang semasa proses menaikan ikan. Ini kerana haruan mudah meleraikan mata kail apabila tali kendur.
Sekiranya anda mengunakan katak, biarkan dahulu dalam kiraan 2-3 saat selepas haruan menyambar umpan. Kemudian barulah membuat sentapan.
Jika anda mengunakan jumpfrog, anda boleh terus membuat sentapan kerana mata kail pada jump frog mudah membuat hook yang kemas.
Berbeza dengan penggunaan softfrog atau softplastic, ia lebih kepada ketepatan masa. Ada masa boleh disentap terus jika disambar ketika umpan sedang bergerak.
Tetapi anda boleh mengunakan teknik membiarkan dahulu dalam kiraan 2-3 saat dan anda boleh terus menyentap.
Pasti ramai juga yang tertanya-tanya, adakah spesies andeng ini boleh dipancing menggunakan joran? Jawapannya, YA, memang boleh.
Tetapi untuk memburu spesies ini bukanlah mudah, terutama bagi spesies andeng bersaiz besar yang turut dikenali dengan nama tamok, jempul dan loban. Spesies yang bersaiz besar ini dikatakan boleh mencapai berat sehingga 2 kilogram, malah mungkin ada yang lebih besar dari itu.
Untuk keseronokan yang lebih, sebaiknya guna set pancing yang sepadan. Paling menyeronokan jika dipancing dengan menggunakan set ultra ringan.
Tali utama atau tangsi sebaiknya tidak melebihi 12lb (dikatakan tali yang lebih halus lebih berkesan untuk memburu spesies yang agak culas ini).
Mata kail bersaiz kecil (mata kail udang saiz 7 dikatakan paling efektif). Ada pemancing yang menggunakan mata kail yang banyak, sama seperti mata bom atau mata rambai untuk memancing spesies ini.
Jika memancing di rumah rakit, kelong, umpan popular adalah menggunakan roti. Cebisan roti akan ditabur sedikit demi sedikit di kawanan tamok agar ia menghampiri pemancing bagi memudahkan balingan umpan yang berisi mata kail dilakukan.
Pastikan mata kail tajam. Pelampung bersaiz kecil perlu digunakan dan jarak pelampung dengan mata kail hanya sejengkal sahaja. Bila pelampung tenggelam, sentap perlahan, agar mata kail tertusuk ke mulut ikan andeng.
Ada juga yang berpendapat penting untuk merasuah dahulu ikan andeng ini dengan biskut yang telah dihancurkan. Jika tiada biskut, lebihan nasi atau cebisan roti juga boleh digunakan. Apa yang penting adalah untuk mengumpulkan kumpulan andeng dalam kawasan memancing.
Selain umpan dan mata kail, ada juga yang berjaya memperdaya ikan ini menggunakan bom jaring (bomb net) dan baling pada kawanan andeng tersebut. Pasti ada yang akan tersangkut di jaring itu. Namun dengan cara ini, Ia tidaklah begitu thrill jika dibandingkan memancing menggunakan umpan dan mata kail.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...