Di kawasan tambak berbatu, cari kawasan lubang-lubang yang agak dalam airnya (Untuk mengetahui lubang tersebut dalam atau tidak boleh survey dahulu kawasan tersebut sewaktu air surut dan tandakan kawasan-kawasan yang berpotensi).
Tekniknya sangat mudah. Hanya perlu menghulurkan tali dan mata kail sahaja. Tidak perlu batu ladung.
Gunakan rod pendek bersaiz 5-8 kaki seelok-eloknya (Boleh juga untuk tidak menggunakan joran, hanya hulurkan tali kail sahaja ke dalam lubang).
Umpan udang kopek paling efektif digunakan. Boleh juga gunakan udang hidup, umpun-umpun dan hirisan sotong.
Ads
Apabila menjatuhkan umpan ke dalam lubang batu, mainkan sedikit umpan itu agar ia bergerak-gerak di dalam air kemudian biarkan seketika. Jika tiada sambaran mainkan lagi umpan itu untuk menarik perhatian ikan.
Jika lama tiada sambaran ataupun kawasan tersebut telah diganggu spesies pengacau seperti buntal dan sesirat, anda bolehlah berpindah ke lubang-lubang batu yang lain.
Ads
Penting untuk anda sentiasa menjaga joran anda. Ini kerana, apabila sang kerapu menyambar umpan, ia akan terus membenamkan dirinya masuk ke dalam batu.
Jadi untuk mengelakkan kail anda tersangkut ke batu, anda harus segera menyambar joran apabila kerapu menyambar umpan.
Ads
Waktu paling efektif memburu kerapu ialah ketika air gerak pasang sehinggalah pasang penuh.
Selain kerapu, ikan-ikan lain seperti semilang, tetanda, siakap, kitang dan bayan juga boleh dieratkan dengan teknik ini.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ada yang mendakwa beliau adalah seorang pengamal pancingan tangkap dan lepas (CnR) dan bukannya seorang kaki tapau apabila melepaskan kembali hasil tangkapannya.
Sedangkan dia menggunakan peralatan tidak setanding dengan kekuatan ikan dan bertarung lebih lama dari tempoh yang sepatutnya.
Hakikatnya, perbuatan tapau itu lebih baik daripada membebaskan kembali hasil tangkapan yang tidak pasti keselamatan dan jangka hayatnya.
Sekiranya korang ingin menjadi seorang pengamal pancingan tangkap dan lepas, maka lakukanlah konsep tangkap dan lepas sepenuhnya.
➡ Sila cuba mendaratkan ikan anda secepat yang mungkin. Ini mengelakkan dari paras asid lactic dalam ikan menjadi terlalu tinggi dan mungkin membunuhnya.
➡ Gunakan tangguk, bukan cangkuk (gaff). Tangguk perlulah dari bahan jaring yang halus dan tidak mencederakan sisik ikan.
➡ Basahkan tangan anda sebelum anda memegang ikan. Ini mengelakkan dari lendir ikan dikikiskan. Lendir ini adalah agen pertahanannya dari penyakit!
➡ Jika boleh biarkan ikan didalam air ketika anda menanggalkan mata kail.
➡ Setelah menanggalkan mata kail, pegang ekornya di dalam air, dan olakkan ikan sehingga ia mula meronta, kemudian lepaskanlah ia.
➡ Jika anda ingin mengambil gambar ikan, buatlah secepat mungkin. Setiap saat ikan itu di luar air, maka semakin kurang peluangnya untuk hidup.
Jangan gantung ikan dari insang atau bibirnya saja. Ini merosakkan organ dalamannya. Gunakan kedua-dua tangan anda, biarkan ikan itu dalam posisi mendatar.
😳 Jangan sekali-kali melepaskan ikan pendatang balik ke dalam air (kecuali anda memancing di kolam berbayar atau perairan yang tertutup).
Bersyukur negara kita beriklim Khatulistiwa, ini bermakna musim kering tidaklah sentiasa kering selama-lamanya. Hujan akan turun sekali-sekali. Tetapi apa yang dimahukan adalah hujan yang kuat untuk beberapa hati, yang boleh menghasilkan limpahan air di kawasan anak-anak air atau sungai-sungai dan air terjun kecil.
Selalunya ia akan membuatkan suasana kurang ikan ketika paras air rendah kembali ceria buat seketika. Ini kerana air yang hadir membawa sumber makanan dan hujan yang turun seketika menaikkan paras oksigen membuatkan ikan-ikan kembali aktif.
Biasanya hanya pemancing yang bertuah saaja dapat menjumpai fenomena ini, itupun bergantung dengan keadaan hujan yang turun. Jika renyai-renyai untuk jangka masa sekejap saja, jawapannya mungkin trip kumpau juga jadinya.
Pemancing tidak akan menunggu hingga musim hujan sahaja untuk mengilat sebarau dan toman. Masa tidak menunggu, lebih-leboh lagi dengan tekanan kerja yang memerlukan dan aktiviti keluarga yang tidak dapat dielakkan seperti kenduri kawin dan sebagainya.
Oleh itu trip yang diatur sekian lama tetap ditempuhi tak kira para air empangan rendah atau tinggi. Jika kena trip anda pada paras air rendah, mungkin sedikit tip ini boleh membantu.
Walaupun segala reba dan tunggul kayu banyak terserlah ketika musim kering, jangan sesekali takut melemparkan gewang anda ke kawasan sebegitu kerana boleh dikatakan setiap kayu yang berceracak dipenuhi lumut mati yang melekat padanya.
Bagusnya lumut ini ia menyeliputi batang kayu tenggelam dengan tebal. Apabila gewang melalui kayu yang tenggelam, mata tiga gewang sukar tersangkut ke kayu, sebaliknya ia akan tersangkut pada lumut.
Jadi kebarangkalian gewang untuk tersangkut adalah rendah sekali. Tip yang lain, pastikan lure retriever dibawa, setiap kali sangkut, harapan untuk menaikkan gewang sentiasa ada.
Lupakan peralatan aksi ringan anda. Musim kering bukanlah masanya untuk anda main-main sangat dengan ikan, sudahlah susah nak dapatkan ikan, bila dah dapat putus atau sangkut selalu kerana peralatan ringan yang anda gunakan.
Ikan juga akan terseksa dengan gewang yang anda sedekahkan. Jarak reba atau tunggul kayu dengan permukaan air yang dekat menyebabkan anda perlu pantas menghela ikan keluar dari rumahnya.
Keadaan air yang keruh bukanlah satu halangan yang besar. Terbaik untuk mengatasinya iadalah menggunakan gewang dengan warna yang cerah, berkilat dan berkilau. Antaranya adalah warna chartreuse, oren, kuning dan hijau florescence.
Warna-warna sebegini membalikkan cahaya dengan lebih baik berbanding gewang warna natural atau pudar. Oleh itu ia beraksi dengan baik dalam suasana air yang keruh membuatkan ia senang didapati ikan. Jika permukaan air berolak kuat dengan angin yang mengganggu, cuba carik teluk-teluk yang terlindung.
Pada musim sebegitu, ikan-ikan juga tidak gemar menunggu di kawasan berangin kerana menyukarkan ia mencari makanan akibat biasan cahaya pada ombak-ombak di permukaan air. Air yang tenang juga memudahkan anda melihat arah ikan timbul.
Apabila ikan bermain di perimeter yang dalam, gewang yang boleh menyelam dalam adalah yang terbaik digunakan seperti gewang-gewang yang berbibir panjang, gewang jenis tenggelam, soft plastic, spoon, spinner, spinnerbait dan micro jig.
Pastinya anda perlu menukar mata tiga gewang ke mata tunggal atau persembahan kalis sangkut. Gewang-gewang perlu direndam hingga ke dasar dan mainkannya rapat ke dasar. Sekali lagi lure retriever amat membantu.
Di kalangan pemancing tempatan, pancingan spesies lampam boleh dikatakan agak sentimental.
Ini kerana spesies ini merupakan spesies asal dan kerap kali dipancing bagi pemancing yang memulakan hobi hanyir ini sejak kecil.
Memancing ikan lampam tidak terlalu teknikal sebaliknya lebih ringkas dan santai.
Memilih umpan untuk menjerat lampam juga tidak sukar. Cukup sekadar umpan ringkas dan mudah didapati.
Antara umpan ampuh menjerat lampam termasuk cacing, cengkerik dan juga dedak biji atau palet. Jika di tasik utama, lampam boleh dipancing menggunakan buah kelapa sawit.
Sama ada mencangkukkan beberapa mata kail kecil pada seulas kelapa sawit segar atau menggunakan sawit peram, kedua-duanya mampu menaikkan spesies ini.
Terdapat juga pemancing yang menggunakan umpan roti atau dedak campuran untuk memancing lampam.
Umpan sebegini biasanya lebih sesuai di kawasan sungai. Jika menggunakan pelet, biasanya pemancing akan merasuah palet agar sekumpulan lampam berkumpul sebelum mata kail yang dicangkukkan pelet dihulur untuk menipu spesies barb ini.
Set memancing lampam juga cukup sekadar set pancing ringan dengan kekuatan tali sekitar 10lbs dengan perambut sekitar satu jengkal.
Teknik pelampung dan dasar merupakan dua teknik popular memancing lampam.
Bagi penulis sendiri, pancingan lampam cukup santai dan boleh dikatakan minimalis kerana penggunaan set pancing asas atau ringkas sahaja.
Apa yang menarik dan menimbulkan keseronokan ialah jika pancingan lampam dilakukan secara berkumpulan.
Pastinya mampu menimbulkan keriuhan apatah lagi jika aktiviti ini dilakukan dari atas boat house. Lampam juga mudah cerdik seandainya kerap kali ia dipancing.
Sehinggakan kaki pancing begitu geram untuk memancingnya. Habis umpan, tetapi lampam dicari belum dapat!
Selain itu, pancingan lampam sesuai dilakukan sebagai aktiviti kekeluargaan lebih-lebih lagi untuk mengajar anak-anak kecil mengenal hobi memancing.
Walaupun bukanlah spesies ikan pemangsa, ikan lampam turut menyambar gewang tiruan yang digunakan untuk memburu spesies lain seperti sebarau atau haruan.
Secara tidak langsung ia menjadi penyeri atau pengubat hati kepada kaki casting yang gagal memperoleh ikan sasaran.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...