Dalam perkongsian ini kami akan perlihatkan cara penggunaan dan pilihan yang ada untuk membebaskan bahagian yang tersangkut. Lure retriever yang kami pilih ini sesuai untuk kegunaan bagi casting di daratan dan juga di atas bot.
Cara 1
Masukkan tali pancing ke dalam lingkaran gelung pada bahagian atas lure retriever terlebih dahulu.
Ads
Cara 2
Buka klip dawai, masukkan tali pancing dan kemudian tutup kembali klip dawai tersebut.
Cara 3
Ads
Lure retriever sedia untuk dilepaskan. Pastikan tali pancing dalam keadaan tegang ketika melurutkan lure retriever ini ke dalam air. Sekiranya memancing dari tebing, sebaiknya tinggikan hujung joran setinggi yang mampu.
Cara 4
Apabila hujung dawai menyentuh gewang, usahakan agar ia dapat mencangkuk kili gewang.
Ads
Cara menarik pada kili ini adalah alternatif awal sekiranya dawai pencangkuk tidak dapat masuk ke badan gewang. Jadi, pastikan kili atau swivel dan split ring yang digunakan berkuatan lebih tinggi daripada kekuatan mata kail.
Jika mata kail lebih kuat, berkemungkinan kili atau spling ring yang tewas sekaligus menyebabkan gewang pun lebur.
Cara 5
Sekiranya gewang tersangkut menerusi mata kail belakang, maka dawai pencangkuk boleh dihenjut memasuki badan gewang sehingga mencangkuk mata kail atau split ring. Cara menarik bahagian ini lebih berkesan dan paling kurang risiko kehilangan gewang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Saya ada nak tanya. Boleh tak admin jelaskan sedikit perihal pasang surut air laut terutamanya kesan terhadap aktiviti memancing? Contohnya waktu bila yang lebih sesuai untuk memancing.
Jawapan:
Pasang surut merupakan bentuk gerakan air laut yang terjadi apabila terdapat pengaruh gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi. Perubahan arus ini dapat dilihat dengan jelas di perairan muara sungai dan di tepian pantai. Bila air laut bergerak menuju pasang maka terlihat gerakan arus laut yang masuk ke dalam sungai.
Sebaliknya ketika air laut bergerak menuju surut, maka terlihat gerakan arus laut mengalir keluar dari arah sungai ke tengah laut. Cara untuk membacanya dengan menggunakan kalendar lunar atau kalendar Hijrah.
Arus pasang surut terbahagi kepada dua.
Pertama, pasang besar terjadi pada tanggal 1 (bulan baru) dan tanggal 15 (bulan mengambang penuh).
Pasang besar ialah peristiwa di mana air pasang naik dan surut tertinggi (surut habis). Kedudukan bumi-bulan-matahari berada pada satu satu garis sehingga kekuatan gaya tarik bulan dan matahari berkumpul menjadi satu menarik permukaan bumi. Permukaan bumi yang menghadap ke bulan mengalami pasang naik besar.
Bagi pemancing, 4 hari sebelum dan selepas bulan baru dan bulan penuh tidak begitu sesuai disebabkan arus laju.
Kedua, pasang bani. Pasang bani ialah peristiwa terjadinya pasang naik dan pasang surut terendah (kecil). Pasang kecil ini terjadi pada tanggal 7 dan 21 kalendar Hijrah.
Pada kedua tanggal tersebut posisi matahari-bulan-bumi membentuk susut 90 darjah. Gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi berlawanan arah sehingga kekuatannya menjadi berkurang (saling melemahkan).
Bagi pemancing, 3 hari sebelum dan selepas air pasang amat bersesuaian memancing kerana arus tidak laju.
Kita sebenarnya sudah boleh berbangga dengan sungai terpanjang di negara kita iaitu Sungai Rajang di Sarawak sepanjang 563 km. Spesies ikan yang ada pulak pelbagai jenis termasuklah empurau atau kelah merah yang bernilai tinggi.
Namun, apa kata kita tengok pula sungai-sungai terpanjang di dunia dan spesies bernilai tinggi yang mereka miliki.
Sungai Yenesei
Sungai Yenesei berawal dari gunung Tannu-Ola di Rusia kemudian hilirnya berakhir di laut Artik. Total panjangnya sampai 3487 km. Informasi menarik selain menjadi 10 Sungai terpanjang dan rerluas di dunia, bahawa sungai ini sering membeku sepanjang tahun. Ikan trout merupakan antara spesies utama sungai ini.
Sungai Ob
Memang sedikit terasa pelik mendengar namanya, namun dibalik itu Sungai Ob menjadi sungai ke-8 terpanjang di dunia. Panjang dari total semuanya iaitu 3650 km. Alirannya dimulai dari gunung Altai Rusia dan berakhir di Teluk Ob. Pelbagai jenis spesies sturgeon mendiami sungai ini.
Sungai Mississippi
Aliran Sungai Missisipi ini bermula dari pengunungan Red Rock, Danau Itasca di Minnesota hingga bermuara di Teluk Mexico. Panjangnya sekitar 3734 km dan mengaliri 6 negara bagian tengah Amerika Syarikat. Ikan spesies pike merupakan antara ikan utama sungai ini.
Sungai Irtysh
Sungai ini berhilir di pegunungan Altai Rusia yang pada akhirnya tepat di pertemuan Sungai Ob. Total keseluruhan panjangnya hingga 4248 km dan terbahagi menjadi Ob River dan The Irtysh. Spesies trout merupakan spesies utama sungai ini.
Sungai Mekong
Sungai Mekong memiliki panjang sehingga 4425 km dengan melalui negara China, Myanmar, Laos, Vietnam, Kemboja dan Thailand. Ia berakhir di Laut China Selatan. Banyak spesies ikan gergasi dari sungai ini termasuklah Mekong Giant Catfish.
Sungai Congo
Sungai ini juga dikenal sebagai sungai Zaire yang menjadi sungai terbesar juga di Afrika Tengah. Panjangnya mencapai 4700 km. Alirannya darii pertemuan sungai Lualap dan Luapula yang kemudian mengaliri hutan terbesar Amazon dan berakhir di Lautan Atlantik. Ikan tiger fish sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan sungai ini.
Sungai Hwang Ho
Sungai yang dikenali dengan nama Yellow River atau Sungai kuning ini terletak di di sekitar daerah China Utara. Memiliki panjang sampai 5464 km dan akan terlihat jelas sekali bila difoto melalui udara. Aliranya dimulai dari Teluk Vhihli pada bagian barat China. Pelbagai spesies ikan kap terdapat di sini termasuklah hennan carp.
Sungai Yangtze
Sungai ini termasuk juga sungai terluas dengan panjang mencapai 6300 km dan menjadi sungai ketiga terluas. Sebutan lain dari sungai Yangtze iaitu Sungai Chang Jiang yang mengaliri Tibet dan berakhir di laut China. Spesies yellowhead catfish antara ikan popular di sini.
Sungai Amazon
Sungai kedua terluas di dunia ini sepanjang 6516 km, Ia menyumbang dari 1/5 bahagian total sungai yang ada di dunia. Alirannya dimulai dari Tasik Fed di Peru yang kemudian mengaliri beberapa negara Amerika Latin dan berakhir tepat di Samudra Atlantik. Pelbagai spesies monster terdapat di sungai ini termasuklah araipama.
Sungai Nil
Walaupun terdapat bantahan, sungai Nil masih menduduki carta sungai terpanjang di dunia. Ia bermula dari Tasik Victorial dan mengaliri di antara 9 negara yaitu Kenya, Zaire, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan, Ethiopia dan Mesir. Panjangnya mencapai 6853 km. Nile perch sememangnya spesies popular sungai ini.
Saya bercadang untuk menimba pengalaman dalam eging mengabang. Boleh tak admin jelaskan waktu sesuai untuk eging. Siang atau malam yang lebih sesuai?
Jawapan:
Sebenarnya tiada waktu khusus untuk casting mengabang. Atau dalam bahasa mudahnya, sotong mengabang boleh dipancing tidak mengira waktu siang atau malam.
Hanya perbezaan lokasi yang membezakan aspek keaktifan mengabang mengejar candat yang kita mainkan.
Contohnya di kawasan pulau berbatu sotong mengabang amat aktif dan mengejar candat pada waktu siang sehinggakan matahari terpacak atas kepala pun masih boleh casting
dan mengabang tetap galak. Begitulah sehingga lewat petang dan sepi apabila malam menjelang.
Berlainan pula jika lokasi tersebut memiliki sumber cahaya pada malam hari seperti lampu. Lokasi-lokasi seumpamanya seperti benteng atau jeti yang berlampu, sotong mengabang
aktif pada lewat petang dan waktu malam. Malah di beberapa kawasan yang terdapat cahaya seperti di bawah jambatan juga boleh didapati spesimen ini.
Hal yang turut berlaku sekiranya kita menyandat sotong torak atau jarum di pantai timur pada musim menyandat sotong. Selalunya bukan sotong torak atau jarum saja yang
berjaya dicandat. Pasti ada seekor dua sotong mengabang yang turut berjaya dicandat. Ia jelas membuktikan sotong mengabang boleh dipancing tanpa mengira waktu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...