Untuk menjerat ikan-ikan liar khususnya dilombong, umpan yang digunakan haruslah berkesan bukan saja untuk memakan umpan, bahkan lebih utama agar mendekati umpan tersebut.
Pelbagai resepi dibuat dan hasil tangkapan menjadi kayu pengukur. Berikut merupakan salah satu resepi yang telah terbukti keberkesanannya.
Bahan umpan:
Dedak ayam
Dedak 929
Dedak 928
Perisa strawberi Original
Minyak belangkas
Pelet / roti dadu
Langkah 1
Ads
Masukkan kesemua satu paket dedak ayam ke dalam bekas bancuhan.
Langkah 2
Masukkan pula satu paket dedak 929 ke dalam bekas bancuhan.
Langkah 3
Masukkan kira 1/3 paket dedak 928 dan gaul sekata kesemua bahan tersebut.
Langkah 4
Ads
Masukkan kira-kira 5 penutup pes perisa strawberi dan gaul sekata.
Langkah 5
Masukkan air sedikit dan gaul sehingga adunan boleh dikepal.
Langkah 6
Adunan terbaik adalah adunan yang boleh dikepal dan tidak terlalu mudah berderai.
Ads
Langkah 7
Akhir sekali barulah masukkan minyak belangkas dengan anggaran 10 penutup dan gaul adunan hingga sekata.
Langkah 8
Guna spring 2 mata kail atau lebih dan cucukkan roti dan pelet yang telah dicampurkan minyak belangkas.
Langkah 9
Kepalkan dedak pada spring dan selit 1 atau 2 mata kail bersama di dalam dedak tersebut.
Langkah 10
Baling umpan ke spot yang sama beberapa kali dan ikan akan segera menjamah umpan apabila menemuinya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Memiliki badan berbentuk silinder memanjang yang mampu mencabar pemancing untuk menewaskannya.
Gemar mendiami perairan jernih dan boleh ditemui serata perairan tropika dan hampir di seluruh dunia.
Apabila dilihat dari atas, kelihatan tona warna bahagian atas badannya seakan warna air persekitaran.
Memiliki profil ekor bercabang sempurna untuk pecutan padu dan kencang.
Sejenis ikan pelagik, keupayaannya melawan dari atas kolum air hingga bawah tanpa sebarang masalah.
Hanya pemancing yang pernah merasa keperitan untuk menewaskan pepisang monster tahu kehebatannya.
Boleh dipancing dengan menggunakan perambut tangsi kerana ia spesies tidak bergigi tajam (halus sahaja).
Biasanya bergerak dalam kumpulan sendiri dan merupakan spesies tidak berbahaya pada manusia. Digemari kerana daya juangnya.
Ikan pepisang / pisang-pisang (rainbow runner) memiliki dua jalur biru muda dan dua jalur kekuningan di sepanjang badannya. Warna asas seperti hijau kebiruan dan keperakan pada bawah badan. Kitaran hidupnya dari 4 hingga 5 tahun menurut catatan saintis. Ia mampu membesar sehingga 180sm atau hampir 6 kaki dengan berat maksimum yang dilaporkan mencecah 46.2kg.
Di perairan negara kita kebanyakan yang diperolehi sebesar paha sahaja dan berat yang dilihat hanyalah sekitar 2 kg hingga 10 kg sahaja. Ikan pepisang kecil pula amat popular untuk dijadikan umpan pemangsa besar seperti marlin namun ia jarang diamalkan di negara kita.
Boleh ditemui di laut lepas mahupun kawasan persisiran pantai. Sejenis ikan pelagik yang mudah dikesan pada kedalaman bawah 10 meter dan berkeupayaan meronda hingga 150 meter dari permukaan.
Namun ia banyak menghabiskan masa mendiami kawasan permukaan sambil memburu anak ikan kecil sebagai diet utama. Ia boleh mendapat jolokan rainbow runner berikutan memiliki corak berwarna-warni pada badannya dan memiliki kuasa pecutan.
Sama seperti ikan belitong yang terkenal kerana panggilan dorado. Kedua spesies yang boleh ditemui di lokasi yang sama ini sememangnya mendapat tempat di kalangan masyarakat barat dan hotel lima bintang. Cuma pepisang tidak memiliki aksi akrobatik seperti mana ditunjukkan oleh sang belitong.
Di Malaysia ia mudah ditemui di kawasan laut membiru airnya seperti di kawasan api boreng, Tukun Perak maupun di Sipadan, Sabah. Tidak pernah dilihat ia meronda di persisiran pantai kurang dari 15 batu nautika.
Ikan corak warna pelangi ini gemar bergerak dalam satu kumpulan besar (schools of fish) Spesies tidak berbahaya pada manusia tetapi pernah dilaporkan mempunyai racun Ciguatera. Namun tahap merbahaya tidak diberikan secara terperinci kerana mungkin hanya sebahagian sahaja yang mempunyai bahan toksik di badannya.
Oleh kerana pecutan dan daya juangnya yang tinggi ikan pepisang ini amat popular sebagai gamefish dan hidangan di kalangan pemancing khasnya Florida, Mexico dan Australia. Manakala di Jepun di hidangkan sebagai shasimi. Di pasaran tempatan ia kurang kerana hanya diperolehi di lokasi jauh dari persisiran pantai.
Kupang atau kupang hijau merupakan sejenis siput (mollusk) iaitu dari keluarga siput yang popular di kalangan masyarakat Malaysia untuk hidangan istimewa makanan laut. Terdapat beberapa jenis kupang seperti kupang di dalam air laut (Pteriomorpha spp), kupang air tawar (Palaeoheterodonta spp) dan juga sejenis kupang zebra (Heterodonta spp).
Kupang hijau mempunyai kulit keras berwarna hijau coklat yang mengandungi bahagian isi kupang yang berwarna kuning oren dan hitam. Isi kupang akan melekat pada bahagian pangkal cengkerang dengan kuat dan ianya merupakan bahagian isi yang paling sedap dimakan sebagai makanan laut.
Kulit kupang akan terbuka di dalam air dan memerangkap plankton dalam air sebagai makanan (filtering process) dari ianya kecil sehingga membesar.
Benih anak kupang yang melekat pada tali akan berkumpul dan membentuk satu bongkah kupang sehingga seberat 100-300 kg satu tali (bergantung kepada musim dan lokasi).
Pemeriksaan dijalankan mengikut kesesuaian masa di mana kupang yang telah besar boleh dituai sementara yang kecil-kecil dibiarkan untuk membesar.
Pastikan ada giliran menjaga kawasan ternakan kupang pada waktu menuai kerana jika tidak dikawal maka orang lain akan datang menuainya.
Kupang segar bersaiz kecil biasa dijual dari bulan Mac-Jun dan bersaiz sederhana dari bulan Jun-Julai sementara selepas itu kebanyakkannya akan bersaiz besar. Kebanyakannya lebih suka kupang bersaiz sederhana kerana rasa isi kupang lebih manis dan tidak terlalu keras.
Industri ternakan kupang di Malaysia kena diteruskan dengan menyediakan permit penternakan dan teknologi lebih baik dari pihak tertentu. Masalah serangan perosak seperti jenis siput lain yang merosakan kupang perlu diatasi dan kempen kualiti logam berat juga perlu dipantau.
Sampel-sampel kupang sering dan perlu diperiksa mengikut jadual berkala untuk mempastikan keselamatan kupang dari menjadi makanan toksik kepada manusia terutama dalam kandungan logam berat dan organisma merbahaya.
Projek menternak kupang dilaksanakan dengan memasang tiang atau kayu nibung di dalam laut pesisir pantai disusun dan mengikat tali yang digantung dengan pemberat dalam air laut.
Di kawasan Laut Selat Johor (Tebrau dan Pontian) teknologi terkini menggunakan pelampung plastik dan tali kupang digantung di bawahnya.
Benih-benih kupang semulajadi akan melekat pada tali-tali tersebut dan membesar selama 7-10 bulan sebelum diperiksa untuk dituai.
Walaupun musim pembenihan dan penuaian kupang berbeza mengikut kawasan dan faktor cuaca, lazimnya musim panas (Januari-Febuari) adalah musim pembenihan dan mula menuai pada Julai (Kupang kecil) dan September-Disember (Kerang cukup besar). Penuaian juga dijalankan pada luar musim dengan membuat pemilihan pada tali.
Threadfin atau polynemid adalah nama biasa bagi ahli keluarga Polynemidae. Mereka ditemui di perairan tropika dan subtropika semua lautan. Kebanyakan threadfin adalah ikan makanan penting di banyak bahagian tropika.
Mereka mudah dikenal pasti sebagai keluarga kerana keserupaan mereka dalam penampilan badan keseluruhan, keadaan mata dan ruji sirip pektoral. Sirip pektoral dibahagikan kepada 2 bahagian, sirip atas yang lengkap dengan ruji dan sirip yang lebih bawah dengan ruji 3 hingga 16 panjang yang tidak bercantum.
Kebanyakan spesies boleh ditemui di perairan pantai dan estuari, walaupun ada yang hidup sepenuhnya di sungai-sungai air tawar. Threadfin biasanya menggemari habitat di dasar pasir dan berlumpur di kedalaman kurang dari 150 meter. Mereka memakan ikan kecil dan krustasea. Beberapa spesies yang lebih kecil memakan plankton.
Terdapat 8 genus dan kira-kira 42 spesies di seluruh dunia. Malaysia diwakili oleh 5 genera dan kira-kira 12 spesies.
Spesies yang akan diketengahkan ini ialah kurau atau turut dinamakan sebagai senohong yang merujuk kepada kurau yang lebih besar. Ia merupakan spesies sasaran utama bagi pemancing tebing atau bersampan di estuari.
Ikan yang membawa nama saintifik Polynemus indicus dan Indian threadfin di peringkat global ini mampu membesar panjang sekurang-kurangnya 113cm namun spesimen yang biasa ditemui sekitar 65cm sahaja.
Gelaran threadfin yang diberikan adalah berdasarkan keunikan kurau yang mempunyai sirip seakan benang (seperti janggut) yang berjurai keluar di bawah pipinya.
Kurau tinggal di kawasan muara dan pesisiran yang berlumpur. Janggut yang saya maksudkan tadi amat penting untuk kegunaan kurau sebagai deria (feelers) di perairan yang keruh untuk mencari makanan.
Kurau mempunyai ekor yang sangat bercabang dan dua sirip dorsal yang sama saiznya. Bentuk dan kelebaran sirip analnya lebih kurang sama dengan sirip dorsal kedua.
Ikan kurau dipercayai mampu menjangkat berat sehingga 30kg. berbanding senangin, kurau kelihatan gelap dan lebam. Terdapat perbezaan kurau tempatan dengan kurau banyak terdapat di Australia (Polynemus sheridani).
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...