Untuk berhasil strike sotong dengan teknik casting atau eging, pertama sekali anda perlu kenali lokasi yang berpotensi.
Sebagai contoh lokasi ialah di benteng pemecah ombak Seberang Takir, Terengganu. Waktu terbaik untuk memulakan operasi ialah ketika air laut mula pasang.
Sebelum memulakan casting, sapukan seluruh badan candat dengan minyak 3D Matsumoto Candat Sotong.
Jika candat yang digunakan berbadan plastik licin tanpa balutan kain, sapukan saja minyak tersebut pada bulu di kiri dan kanan kepala candat.
Ads
Apa saja candat boleh digunakan asalkan ia mampu beraksi dengan baik. Candat murah pun boleh.
Selepas disapu minyak, biarkan ia meresap pada kain untuk tempoh 20-30 saat. Kemudian barulah mulakan lontaran.
Ads
Cara casting atau eging pula, gunalah peralatan yang sesuai untuk membolehkan lontaran dilakukan dengan sempurna.
Selepas melakukan lontaran, tunggu candar tenggelam ke dasar. Kemudian lakukan henjutan 3-4 kali, kemudian biarkan tenggelam semula.
Dan apabila hampir sampai ke batu, tariklah secara perlahan-lahan.
Ads
Dalam satu sesi eging, biasanya saya memancing dalam tempoh dua jam saja. Sepanjang tempoh ini saya hanya sapu sekali saja minyak pada candat.
Ini kerana minyak tersebut dapat bertahan lama. Malah selepas dua jam, kalau disentuh dengan jari masih boleh rasa melekit lagi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Lobster adalah invertebrata dengan kerangka luar yang keras. Seperti kebanyakan arthropoda, lobster harus bersalin kulit untuk tumbuh, yang membuat mereka terdedah kepada bahaya.
Selama proses moulting (bersalin kulit), beberapa spesies berubah warna. Lobster memiliki 8 kaki berjalan; tiga pasang hadapan memiliki cakar, yang pertama lebih besar dari yang lain.
Sepit hadapan juga secara biologis dianggap sebagai kaki, sehingga mereka termasuk dalam Order Decapods (sepuluh kaki).
Meskipun lobster sebahagian besar semitrikal secara bilateral seperti kebanyakan arthropoda lainnya, beberapa genus memiliki penyepit khusus yang tidak setara.
Anatomi lobster meliputi dua bahagian tubuh utama: cephalothorax dan abdomen. Cephalothorax menggabungkan kepala dan thorax, yang keduanya ditutupi oleh karapas chitinous.
Kepala lobster terdiri dari antena, rahang bawah, maksila pertama dan kedua. Kepala juga menyandang mata majmuk.
Berikutan lobster hidup di lingkungan keruh di dasar lautan, mereka kebanyakan menggunakan antena sebagai sensor.
Mata lobster memiliki struktur reflektif di atas retina cembung. Sebaliknya, mata yang paling kompleks menggunakan konsentrator sinar bias (lensa) dan retina cekung.
Thorax lobster terdiri dari maxillipeds, pelengkap yang berfungsi terutama sebagai bahagian mulut, dan pereiopoda, pelengkap yang berfungsi untuk berjalan dan mengumpulkan makanan.
Abdomen termasuk pleopoda (juga dikenal sebagai perenang), digunakan untuk berenang serta kipas ekor, terdiri dari uropoda dan telson.
Lobster, seperti sesiput dan lelabah, memiliki darah biru karena adanya hemocyanin, yang mengandungi tembaga.
Sebaliknya, vertebrata dan banyak haiwan lain memiliki darah merah dari hemoglobin yang kaya zat besi.
Lobster memiliki hepatopankreas hijau, yang disebut tomalley oleh para chef, yang berfungsi sebagai hati dan pankreas haiwan.
Lobster dari keluarga Nephropidae serupa dalam bentuk keseluruhan dengan sejumlah kelompok terkait dengan yang lain.
Mereka berbeza dari lobster air tawar dalam kekurangan sambungan antara dua segmen terakhir thorax, dan mereka berbeda dari lobster karang keluarga Enoplometopidae dalam memiliki penyepit penuh pada tiga pasang kaki pertama, bukan hanya satu.
Perbezaan dari keluarga fosil seperti Chilenophoberidae didasarkan pada pola alur pada karapas.
Lobster hidup di semua lautan, di dasar berbatu, berpasir, atau berlumpur dari garis pantai ke luar batas landas kontinen.
Mereka umumnya hidup sendiri di celah-celah atau di liang di bawah batu. Lobster adalah omnivora dan biasanya memakan mangsa hidup seperti ikan, moluska, krustasea lain, cacing, dan beberapa tanaman.
Mereka memakan bangkai jika terdesak, dan diketahui juga bersifat kanibalisme di dalam kurungan.
Namun, ketika kulit lobster ditemukan di dalam perut lobster, ini belum tentu merupakan bukti kanibalisme kerana lobster memakan kulitnya setelah moulting.
Sementara kanibalisme dianggap tidak ada di antara populasi lobster liar, itu diamati pada 2012 oleh para peneliti yang mempelajari lobster liar di Maine.
Secara umum, lobster memiliki panjang 25-50 cm (10-20 inci, dan bergerak dengan perlahan berjalan di dasar laut.
Namun, ketika mereka melarikan diri, mereka berenang mundur dengan cepat dengan menekuk dan meluruskan perut mereka. Kepantasan 5m/s (11mph) telah dirakam. Ini dikenali sebagai reaksi pelarian karidoid.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Kita biasa dengar istilah air cantik, bukan? Tapi tahu ke korang air cantik tu macam mana? Air yang tak cantik pulak macam mana? Sebenarnya yang perlu kita tau ialah fasa air.
Air Menyorong Kecil
Air menyorong kecil ini merujuk kepada air laut ketika air pasang besar yang mula bergerak perlahan dan akan bani atau mati selepas 3 hari. Ketika ini air keruh mula jernih dan arus perlahan. Kebanyakan kawasan sesuai untuk memancing. Kebiasaannya waktu ini sesuai untuk memburu spesies kurau, senangin dan jenahak di kawasan pantai dan kawasan dalam yang lain. Waktu air menyorong kecil juga dianggap terbaik bagi pemancing yang ingin memburu spesies bersisik melalui teknik slow jigging terutamanya di Selat Melaka.
Air Menyorong Besar
Air menyorong besar bermaksud, keadaan air mati yang mula berarus. Biasanya berlaku 3 hari sebelum air besar. Ketika ini ikan yang berada di kawasan zon pasang surut air mati mula aktif dan bergerak mengikut arus. Ketinggian air pasang boleh dilihat meningkat sedikit demi sedikit. Kebiasaannya pada hari ketiga, nelayan akan keluar menjaring untuk memburu spesis ikan senangin yang mula bergerak bersama air pasang. Jika nelayan keluar menjaring senangin ia bermakna para jigger juga berpeluang untuk mencari senangin atau gubal ketika ini.
Air Besar
Air besar bermaksud, keadaan air pasang tinggi dan arus deras. Biasanya air bergerak bersama lumpur menyebabkan air menjadi keruh. Ia biasanya berlaku selama 7 hari sebelum air mengecil semula. Ketika ini air pasang akan menenggelamkan reba-reba kayu dan batu tebing di sekitar tebing selat. Kebanyakan spesies berlindung ketika arus di kawasan tengah terlalu laju. Kebanyakan spesies predator malah ikan semilang juga amat aktif ketika ini. Kawasan muara dan anak sungai ketika air mula masuk, adalah yang paling sesuai. Kebanyakan ikan Pari kecil di bawah 2 kg biasanya banyak terdapat di kawasan pantai yang cetek.
Air Bani / Air Mati
Air mati dan tidak berarus bermaksud, keadaan air begitu jernih dan sekiranya umpan di jatuhkan, arus tidak mampu menghanyutkan batu ladung walaupun bersaiz kecil. Malah ada ketikanya umpan tanpa batu ladung pun tak hanyut. Keadaan air seperti ini menyebabkan ikan kurang aktif. Hanya waktu air mula pasang atau air mula surut yang mempunyai arus sesuai untuk memancing. Sekiranya hujan, suhu air bertambah sejuk dan ini memburukkan keadaan. Kebanyakan spot sesuai berada di laluan tengah selat seperti laluan kapal dan kawasan tertentu yang lain. Ketika ini, air jernih di kawasan anak sungai amat sesuai untuk teknik casting. Umpan perumpun atau udang hidup sesuai untuk menjerat tetanda dan siakap yang bergerak di dalam anak sungai. Aktiviti jigging ketika air mati ini juga boleh menyebabkan sesalan yang tak berkesudahan.
Air Bulu Kera
Air bulu kera ini merujuk kepada warna air khususnya di lubuk-lubuk sungai atau muara yang hampir menyamai warna bulu kera. Air bulu kera ini dikatakan air yang cantik kerana ia tidak terlalu keruh dan tidak juga terlalu jernih. Ia dianggap air yang cantik untuk memancing kerana banyak rekod tangkapan yang bagus berjaya didaraatkan ketika air berwarna bulu kera ini. Namun ia tidak menjamin korang tidak akan kumpau jika memancing pada waktu ini. Walaupun keadaan air yang cantik kadangkala tidak juga membuahkan hasil Ini bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan suhu persekitaran.
Pastikan tidur dan rehat yang cukup jika anda mengikuti trip perjalanan yang jauh. Terutamanya jika anda mudah mabuk laut. Tambah pula perairan terengganu yang lazimnya menjadi port mencandat sotong juga popular dengan alun ombaknya.
Sebaiknya cari tekong yang memiliki kemudahan dan fasiliti bot yang baik. Lengkap dengan gps dan sonar bagi mengesan kumpulan atau kandang sotong. Penting bagi korang yang pertama kali nak menyandat, pastikan bot tersebut selesa dan memiliki tandas.
Gunakan peralatan yang sesuai untuk mencandat. Jika menggunakan joran dan kekili, sebaiknya guna set sederhana dan jika menggunakan koyan, sebaiknya tali koyan berdiameter tebal agar tidak bersimpul dan memedihkan tangan.
Cara mencandat sotong adalah mengunjun candat sehingga ke dasar laut. Batu ladung atau candat twist yang digunakan sebagai pemberat dibiarkan di dasar, hanya tali pancing dihenjut dengan cara mengendur dan menegangkannya. Apabila terasa sesuatu yang berat, tarik atau gulung tali secara sederhana.
Jika menggunakan candat mayat atau candat apollo, sebaiknya cubalah candat pelbagai warna dan perhatikan candat yang mana lebih disukai oleh sotong. Jika candat mayat atau candat udang kurang disukai oleh sotong, cuba pula candat umpan yang menggunakan umpan ikan.
Apabila candat mengena sotong, jangan karau atau gulung tali dengan laju dan kasar. Jangan juga terlalu perlahan hingga sotong mampu meloloskan diri. Tarik secara bertenang dan apabila sotong muncul di permukaan air, biarkan ia memuntahkan dakwat sebelum mendaratkannya ke dalam bot.
Biarkan sotong yang berjaya dinaikkan mati sebelum memasukkannya ke dalam tong ais. Sekiranya ada tangkapan selain sotong, sebaiknya asingkan sotong dan ikan kerana kualiti dan rasa ikan akan terjejas.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...