Kebanyakan kolam memancing hari ini mengamalkan konsep pancingan tangkap dan lepas. Tidak kiralah kolam pancingan air masin mahupun air tawar.
Memandangkan ia konsep tangkap dan lepas maka proses pengendalian ikan amatlah penting bagi menjamin tahap survival ikan berpanjangan agar ia terus boleh dipancing lagi, lagi dan lagi…
Tatacara Mendaratkan Ikan
Boleh
Gunalah tangguk yang disediakan oleh pihak. Jika tangguk tidak disediakan maka gunalah tangguk sendiri untuk mendaratkan hasil tangkapan tanpa mengira saiznya.
Tak Boleh
Jangan sesekali menggunakan lip grip atau pencangkuk mulut ikan. Perbuatan ini bukan saja boleh mencederakan mulut ikan malah turut menjejaskan struktur tulang belakangnya. Terutamanya ikan yang bersaiz besar.
Boleh
Jika ketiadaan alat mendaratkan ikan, cubalah untuk mendaratkan ikan dengan memegang bahagian ekornya. Atau dengan memasukkan tangan ke bahagian bawah pipinya. Namun tindakan ini perlu berhati-hati agar tidak mencederakan bahagian insangnya.
Tak Boleh
Elakkan juga melakukan jerk iaitu mengangkat ikan keluar dari air dengan menggunakan kuasa joran dan tali pancing walaupun memiliki set pancing yang sangat berkuasa.
Tatacara menanggalkan mata kail
Boleh
Gunalah playar atau alat khas menanggalkan mata kail (hook remover) untuk mengeluarkan mata kail yang tertancap pada mulut atau badan ikan.
Tak Boleh
Elakkan dari menanggalkannya hanya menggunakan tangan sahaja. Sekiranya mata kail berada jauh di dalam mulut ikan, sebaiknya cakap dipaksa untuk menanggalkannya. Potong sahaja perambut kira-kira 5 cm yang terkeluar dari mulut ikan.
Tatacara bergambar dengan ikan
Boleh
Sekiranya ingin bergambar dengan hasil tangkapan, lakukanlah dengan tempoh yang segera. Sebaiknya biarkan ikan berada dalam keadaan tenang sebelum memegangnya. Peganglah bahagian ekor dengan kemas dan mengampu bahagian abdomennya untuk bergambar.
Tak Boleh
Jangan bersihkan badan ikan dengan mengelap kotoran atau lendir pada badan ikan. Lendir pada badan ikan adalah agen antibodi yang sangat penting pada kesihatan ikan. Jangan juga bergambar dengan cara menggantung ikan dengan menggunakan lip grip.
Tatacara melepaskan kembali tangkapan
Boleh
Jika perlu, berikan sedikit bantuan pernafasan jika ikan yang dilepaskan kembali dengan cara yang sempurna menunjukkan respon negatif untuk berenang dalam keadaan normal.
Tak Boleh
Jangan sesekali campak ikan ke kolam dengan cara melambungnya ke udara. Perbuatan ini samalah sebagaimana kita terjun ke kolam dengan cara mengembangkan badan.
Cara memasang lukah mesti betul dan tepat. Lazimnya cari lokasi di mana ada arus air atau lubuk ikan atau dilaluan ikan yang telah dikenal pasti.
Bersihkan tempat meletak lukah daripada anak-anak kayu tetapi jangan merosakkan struktur asal dikeliling kawasan lukah.
Biasanya tutup dibahagian atas lukah dengan anak-anak pokok dengan patahkan anak-anak pokok seperti pokok senduduk untuk elakkan panas dari cahaya matahari selain daripada memberikan situasi semulajadi bagi ikan. Lukah boleh dipasang sama ada menghadap arus air masuk atau sebaliknya.
Umpan yang dibungkus dalam kain sama ada umpan belacan atau perut ayam atau lain-lain umpan yang menarik ikan untuk masuk lukah. Secara teorinya ikan berenang menongkah arus jika lukah diberikan umpan. Jika memasang lukah dengan banyak unit dan jauh dari rumah pastikan di bahagian belakang
diapungkan untuk berikan udara kerana ikan yang terperangkap terutama ikan keli dan ikan haruan perlukan udara untuk pernafasan.
Jika lukah dibenamkan semua pintu lukah atau akan terperangkap di bahagian dalam lukah. Ikan yang terhidu umpan di bahagian bawah arus akan datang dan mencari umpan dengan memasuki melalui pintu lukah.
Biasanya lukah dipasang waktu petang atau pagi hari kerana terdapat jenis-jenis ikan yang aktif pada waktu siang dan ada yang aktif pada waktu malam.
Periksa lukah setiap 24 jam untuk kawasan berarus terutama juka berlaku hujan lebat kerana banyak anak kayu atau daun akan menutup lubang lukah.
Bersihkan pintu lukah jika tersumbat dan isi semula umpan.
Cara mengutip ikan yang terperangkap adalah dengan membuka pintu belakang lukah yang juga berfungsi untuk mengeluarkan ikan daripada lukah pada bahagian paling hujung lukah.
Antara jenis ikan yang terperangkap seperti ikan keli, Ikan baung, Ikan patin, haruan, seluang, udang, belut, lampam, tilapia dan maam-macam jenis lagi. Kadang-kadang terdapat ikan yang musnah dimakan oleh ikan jenis lain jika lambat dikutip.
Penggunaan lukah untuk menangkap ikan masih relevan dalam masyarakat luar bandar untuk menambahkan bekalan protein daripada ikan air tawar. Semoga generasi baru kita akan mengenali alat menangkap ikan dinamakan lukah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...