Riverse knot ini merupakan ikatan paling mudah dilakukan terutamanya bagi mengikat perambut dawai bersalut plastik. Ikatan ini sering digunakan oleh pemancing bagi mengikat mata kail khusus untuk memancing ikan bergigi tajam seperti tenggiri dan juga toman.

 

Kelebihan ikatan ini adalah disebabkan tiada bebanan simpulan ke atas perambut atau dawai yang digunakan. Oleh yang demikian lilitan tidak mudah lucut sebaliknya semakin mencengkam apabila diberi tentangan.

 

Cara Mengikat Perambut Dawai Pada Mata Kail

 

Perambut perlu dipotong terlebih dahulu mengikut panjang saiz yang dikehendaki. Sebaiknya lebih satu inci dari panjang saiz yang dikehendaki bagi tujuan simpulan. Dan pastikan juga lubang cincin mata kail yang digunakan sepadan dengan saiz perambut. Pilihan terbaik ialah mata kail dari jenis large ring.

 

Tutorial 1

Masukkan salah satu hujung perambut menerusi cincin melalui arah satu arah. Sebaiknya dari bawah atau belakang lubang cincin. Pastikan hujung tali yang dimasukkan sama panjang dengan teras batang mata kail.

Cara Mengikat Perambut Dawai Pada Mata Kail

IKLAN

 

Tutorial 2

Pegang dengan kemas bahagian perambut pada teras mata kail sebagaimana di dalam gambar.

Cara Mengikat Perambut Dawai Pada Mata Kail

 

Tutorial 3

Ambil bahagian perambut utama dan tariknya dalam keadaan tegang dan tidak terlepas bahagian hujung yang dipegang. Bila menggunakan perambut dawai anda dapat rasakan sedikit kesukaran untuk membuatnya.

IKLAN

Cara Mengikat Perambut Dawai Pada Mata Kail

 

Tutorial 4

Mulakan lilitan pada teras batang mata kail ke arah hujung mata kail. Ia sedikit sukar kerana kebanyakan ikatan atau lilitan terarah ke lubang cincin.

Cara Mengikat Perambut Dawai Pada Mata Kail

 

Tutorial 5

IKLAN

Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan. Jika teras mata kail panjang bolehlah sehingga 7 lilitan dan pastikan lilitan tersebut tidak menutup sepenuhnya hujung perambut.

Cara Mengikat Perambut Dawai Pada Mata Kail

 

Tutorial 6

Akhir sekali masukkan bahagian hujung perambut utama ke dalam lubang cincin juga dari arah yang sama (belakang/bawah) sebagaimana memasukkan hujung perambut yang awal tadi.

Cara Mengikat Perambut Dawai Pada Mata Kail

 

Tutorial 7

Ikatan mata kail yang telah siap sepenuhnya.

Cara Mengikat Perambut Dawai Pada Mata Kail

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI