Salah satu cara ikan untuk mengesan makanan adalah melalui deria bau. Sensor mengesan bau yang ada pada ikan bahkan lebih efektif berbanding deria penglihatan khususnya mengesan makanan di dalam air yang keruh atau kawasan yang kurang ditembusi cahaya.

 

Salah satu medium penyebaran bau yang bagus di dalam air minyak. Khususnya minyak yang telah diadun menjadi umpan untuk memikat ikan. Umpan 3D ini sesuai digunakan untuk menambah daya pikat pancingan air tawar dan air masin.

 

Langkah 1

Kelar sedikit umpan ikan yang akan digunakan.

 

Langkah 2

IKLAN

Picitkan minyak Umpan 3D ke bahagian yang dikelar.

 

Langkah 3

Untuk lebih berkesan, boleh dicurahkan pula serbuk Matsumoto cacing tanah. Kemudian perapkan seketika sebelum dijadikan umpan.

 

 

Untuk pancingan air masin.

 

Kopek kulit udang kemudian hiris atau kelar sedikit badan udang.

Picit minyak Umpan 3D pada badan umpan dan kemudian biarkan seketika minyak tersebut menyerap pada udang.

Cucukkan udang atau umpan tersebut pada mata kail.

 

 

Ikan dari hasil umpan 3D dan udang kopek.

 

 

Untuk kegunaan casting, minyak Umpan 3D boleh dititiskan pada tali benang yang diikat secara tambahan pada gewang atau swivel.