Sebarau besar yang melebihi 30cm panjang lebih digemari kerana mempunyai tulang yang kurang berbanding sebarau kecil. Di kalangan pemancing, kehebatannya bersaing dan kerakusan apabila menyambar umpan lebih memberikan kepuasan.

 

Cara-Cara Nak Cari Lubuk Sebarau Monster!!

 

Sifat agresifnya itu membolehkan ia diklasifikasikan sebagai ikan yang sangat garang, setanding toman walaupun saiznya lebih kecil.

 

Umumnya ikan sebarau gemar mendiami sungai-sungai jernih dengan air yang mengalir serta dasar berpasir dan sedikit berlumpur. Ia boleh ditemui di semua zon sungai, dari kawasan pertemuan antara air tawar dan air masin hingga ke zon paling hulu.

 

IKLAN

Melalui kajian, taburan sebarau berbeza mengikut saiznya. Juvenil bersaiz kurang dari 10 cm biasanya lebih menggemari sungai cetek yang berbatu dengan aliran air deras. Apabila mencapai saiz antara 11 cm hingga 20 cm, ia mula berpindah ke habitat yang lebih luas, berair jernih dan mengalir dengan perlahan.

 

Cara-Cara Nak Cari Lubuk Sebarau Monster!!

 

Kawasan yang bertakung dengan kedalaman melebihi 3meter, berdinding dan berdasarkan batu dan sedikit lumpur dengan aliran air yang perlahan pula menjadi pilihan sebarau melebihi 21cm. Kawasan kediaman ikan-ikan dewasa yang bersaiz besar ini lazimnya dikenali sebagai lubuk.

IKLAN

 

Kebanyakan sebarau dewasa mendiami lubuk-lubuk di hulu sungai yang terdapat ranting pokok tenggelam sepanjang hari. Keadaan ini turut memberi cabaran kepada para pemancing kerana cabaran memburu sebarau bermula dari masa mencari kawasan pemancingan strategik lagi.

 

Cara-Cara Nak Cari Lubuk Sebarau Monster!!

 

IKLAN

Untuk mencari lubuk sebarau, pemancing mungkin perlu berjalan beberapa jam mengharungi sungai berbatu dan berair deras menuju ke hulu sungai. Oleh itu, pemancing bukan sahaja perlu perlu mempunyai kecekapan mengendalikan peralatan memancing tetapi juga perlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.

 

Di samping itu, ikan sebarau juga amat sensitif terhadap bunyi-bunyi yang ganjil. Pemancing perlu berhati-hati agar segala tingkah laku dan pergerakan tidak mengganggu ikan.

 

Cara-Cara Nak Cari Lubuk Sebarau Monster!!

 

Sehinggakan ada pendapat yang mengatakan bahawa warna pakaian juga perlu dititik-beratkan apabila hendak memburu sebarau sebagaimana keadaan apabila memburu ikan kelah. Pakaian yang cerah boleh dikesan ikan yang berada di dalam air.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI