Umpan boleh dilabuhkan terus hingga ke dasar sekiranya anda memancing di kawasan berpasir (terutamanya bagi pancingan pantai) dan menggantung umpan kira-kira sedepa dari dasar jika kawasan berkarang.
Teknik perambut terbaik ialah yang menggunakan tanduk yang disusuli perambut sepanjang 2 hingga 5 depa bersesuaian dengan keadaan terutama jumlah pemancing di atas bot pada satu-satu masa. Jika jumlah pemancing atas bot agak rapat perambut panjang boleh mengundang tangsi berpintal sesama sendiri.
IKLAN
Sementara teknik perambut apollo tidak sesuai untuk memancing ikan ini kerana umpan yang terlalu dekat dengan perambut utama menyukarkan ikan bermuncung panjang mendekatinya. Mulutnya jauh ke bawah dari muncung yang tersentuh tangsi menyebabkan ia sensitif dan meninggalkan umpan.
Memancing apa jenis ikan pun, pemancing perlu tahu diet yang paling diminati atau yang biasa kita sebut makanan asasi untuk dijadikan umpan. Walaupun ramai tahu ikan kembong dan sotong merupakan umpan antarabangsa, tapi tidak ramai tahu teknik yang betul menghidupkan umpan mati serta memanjangkan hayat umpan hidup pada mata kail.
IKLAN
Tidak kira apa ikan besar dan bergred tinggi pasti tergoda apabila melihat umpan dalam keadaan `sakit’ yang tidak perlu bersusah payah memburunya. Di antara jenis umpan yang biasa digunakan untuk memancing spesies campuran yu dan pari ini ialah ikan pelagik seperti selayang, tamban, selar, kembong, pelaling dan lolong.
Jenis ikan pelagik sesuai di waktu siang manakala sotong lebih efektif di waktu malam. Namun kedua-duanya tidak mendatangkan masalah jika digunakan siang dan malam asalkan kena pada tempatnya.
IKLAN
Jika pada waktu malam umpan sotong hidup atau segar tiada, anda boleh cuba dapatkan ikan lolong mengunakan appollo berwarna putih berkilat. Lolong adalah di antara ikan pelagik yang tidak segan menyambar apollo tidak kira siang arau malam.
Apa yang pemancing perlu miliki untuk berdepan dengan spesies yang gemar membuat larian kencang mendatar? Apa yang diperlukan ialah kekili yang memiliki sistem tegangan yang baik dan lancar. Tali utama perlu keluar dari gelendung kekili tanpa tersekat-sekat supaya menjamin keupayaan tali utama tersebut bertahan dan mengelakkan tekanan setempat (static pressure).
Sebarau bersifat pemangsa atau pemburu. Spesies ini sering menerkam mangsa secara tiba-tiba selain gemar mengejar ikan kecil.
Kelajuan renangan menjadikannya suatu kelebihan ketika mengejar mangsa. Selain menghentam mangsa dengan agresif, sebarau juga mampu menggunakan teknik menyedut mangsanya.
Sebarau biasanya bergerak secara berkumpulan dan selalunya dalam setiap kumpulan terdapat seekor sebarau yang dominan bertindak sebagai ketua.
Bagi sebarau yang lebih besar, biasanya akan bergerak secara bersendirian atau pun berpasangan. Spesimen yang besar jarang berenang berkumpulan kerana sifat dominannya.
Sebarau merupakan ikan pancingan sukan yang sangat mengujakan. Spesies ini mempunyai sifat seekor pemburu dan sangat agresif.
Pemancing yang terjumpa kawanan sebarau sedang memburu mampu menaikkan beberapa ekor spesies ini dalam waktu yang singkat.
Di Malaysia, sebarau atau badong boleh dikatakan ikan pancingan sukan yang paling terkenal dan paling mengujakan.
Daya tentangan ikan ini cukup kuat dan boleh dikategorikan antara spesies pemangsa yang terhandal.
Kekuatan sebarau boleh dirasakan sejak dari mula spesies ini menghentam gewang sehinggalah sewaktu mendaratkan ikan ini.
Sebarau cukup terkenal bagi penggemar teknik mengilat. Selain gewang tiruan dan sesudu, sebarau juga boleh dipancing menggunakan umpan seperti cacing dan serangga.
Lokasi terbaik dan popular memancing sebarau termasuklah tasik-tasik besar, lombong tinggal, kawasan air terjun berjeram serta sungai-sungai pergunungan. Sebarau sering mendiami kawasan seperti ini.
Kawasan yang mempunyai sedikit struktur menambahkan lagi potensi kehadiran sebarau. Dengan struktur seperti batu besar dan kayu, sebarau berpotensi menunggu mangsa di sebalik struktur tersebut.
Penggunaan umpan tiruan lebih berpotensi dihentam sebarau jika digayakan di kawasan berstruktur.
Sebarau yang lebih besar atau badong pula sering menghuni kawasan yang lebih dalam dan berstruktur.
Sebarau bersaiz 1kg ke atas mampu memberikan tentangan yang mengujakan sehingga ke gigi air atau tepi bot. Kes mata kail standard gewang dan sesudu patah atau bengkok perkara biasa jika terkena sebarau bersaiz besar.
Ada di kalangan kaki pancing awal-awal lagi akan menukar mata kail kepada yang lebih kuat, terutama menjejaki sebarau di kawasan sungai pergunungan.
Kekuatan tentangan serigala air tawar ini sejak awal sehingga ke akhir perlawanan seharusnya mendapat penghormatan oleh pemancing.
Tip dan teknik
Bagi teknik mengilat, penggunaan paling mudah, efektif dan popular ialah penggunaan sesudu.
Penggunaan sesudu sangat berkesan untuk digayakan di lokasi yang berair tidak terlalu dalam serta berarus.
Bagi lokasi seperti sungai-sungai pergunungan, selalunya penggunaan sesudu tidak mengecewakan.
Larian sesudu serta kilauan pada sesudu biasanya akan menarik perhatian spesies ini untuk mengejar dan menghentam sesudu.
Selain itu, penggunaan gewang selaman sama ada selaman sederhana dan selaman dalam turut berkesan menjerat sebarau.
Sebarau yang bersaiz lebih besar biasanya mendiami kawasan yang lebih dalam dan penggunaan gewang selaman berkesan menarik perhatian sebarau.
Satu lagi gewang tiruan yang cukup popular ialah gewang permukaan. Saya sendiri menganggap, dalam banyak-banyak gewang, gewang jenis ini paling mengujakan.
Anda sendiri cuba bayangkan, setibanya di satu teluk di awal pagi, ketika itu hujan sedang turun gerimis, gewang pensil di lontar jauh, sebelum dimainkan dengan perlahan.
Sedang mata memerhatikan lenggokan gewang berkenaan, satu deburan kuat kedengaran, serta-merta degupan jantung berkali ganda kuat degupannya.
Satu tarikan padu berlaku pada kekili anda dengan tali berdecit muntah keluar sebelum asakan tersebut cuba ditahan dengan kemas.
Tiada yang lebih nikmat melainkan merasai saat pertarungan tersebut. Sama ada ia berpihak kepada ikan atau anda itu terpulang pada skill dan juga peralatan memancing yang anda gunakan.
Beberapa tahun yang kebelakangan ini, kita telah dapati banyak spesies pendatang yang telah memasuki perairan kita. Kebanyakannya adalah berasal dari aktiviti akuarium atau akuakultur.
Belum ada kajian yang cukup lengkap tentang kesan negatif dari kehadiran spesies-spesies ini, tetapi pada mata kasar pemancing-pemancing dan juga hasil kajian di negara lain, spesies pendatang memang telah menjejaskan habitat dan tumbesaran spesies asli kita.
Ada spesies pendatang yang membiak dengan amat pantas, memakan telur spesies ikan Malaysia dan juga merosakkan habitat air. Kesannya, ada ikan tempatan yang terbantut saiznya dan semakin berkurangan.
Kita tidak boleh menunggu hingga kajian lengkap dibuat mengenai isu ini. Kita perlu bertindak sekarang juga. Jika anda terpancing spesies pendatang di perairan yang semulajadi (tasik, sungai dan sebagainya), JANGAN LEPASKAN ia balik ke air. Makanlah atau dermakannya kepada pihak yang memerlukan.
Ikan Pendatang Termasuk:
Semua ikan jenis Cichlid: Flower horn, peacock bass, jaguar cichlid, kerapu lombong, tilapia (semua jenis)
Ikan-ikan Kap: Kap rumput, leekoh, kap kepala besar, kap putih, rohu, katla
Ikan Keli: Keli Afrika, Keli Rusia.
Lain-lain spesies: Pacu, lampam jawa, ikan bandaraya
Sila Amalkan ‘Tangkap Dan Lepas’ (Catch & Release)
Sila cuba mendaratkan ikan anda secepat yang mungkin. Ini mengelakkan dari paras asid lactic dalam ikan menjadi terlalu tinggi dan mungkin membunuh ikan.
Gunakan tangguk, bukan cangkuk (gaff). Tangguk perlulah dari bahan jaring yang halus dan tidak mencederakan sisik ikan.
Basahkan tangan anda sebelum anda memegang ikan. Ini mengelakkan dari lendir ikan dikikiskan. Lendir ini adalah pertahanannya dari penyakit!
Jika boleh biarkan ikan didalam air ketika anda menanggalkan mata kail.
Setelah menanggalkan mata kail, pegang ekornya didalam air, dan olakkan ikan sehingga ia mula meronta, kemudian lepaskanlah ia.
Jika anda ingin mengambil gambar ikan, buatlah secepat mungkin. Setiap saat ikan itu di luar air, maka semakin kurang peluangnya untuk hidup. Jangan gantung ikan dari insang atau bibirnya saja. Ini merosakkan organ dalamannya. Gunakan kedua-dua tangan anda, biarkan ikan itu dalam posisi mendatar.
Jangan sekali-kali melepaskan ikan pendatang balik ke dalam air (kecuali anda memancing di kolam bayar).
Kata orang aktiviti memancing ni mendedahkan kita kepada kekotoran, bau hanyir, busuk dan sebagainya. Jadi, soal fesyen dan penampilan memang jarang sekali dijadikan isu.
Tetapi sejak akhir-akhir ini memang dapat kita lihat elemen penampilan di kalangan kaki pancing semakin berubah saban hari.
Kalau dulu berlengging sewaktu memancing tu memang perkara biasa. Pakai baju t-shirt pagoda dengan topi jenama sukan pun tak kisah.
Berjemur tengah panas sampai rentung pun tak jadi hal. Tapi sekarang tak lagi! Kaki pancing era baru semakin berani bergerak ke hadapan.
Lengkap dengan seluar khas memancing, kemeja atau baju lengan panjang, topi, dan ini semua belum masuk kasut, jam tangan outdoor, cermin mata polarized dan buff lagi.
Semua ini semakin menjadi trend di kalangan pemancing Malaysia. Memang mengikut peredaran zaman sungguh pemancing masa kini.
Apa pun, fesyen yang cuba diterapkan oleh kaki pancing masa kini memang wajar diberi pujian.
Setidak-tidaknya ia mengangkat hobi memancing daripada nampak selekeh kepada satu hobi yang beridentiti tersendiri.
Ia sekali gus mengubah norma ‘mind set’ orang lain bahawa hobi memancing ada kelas. Tapi, Perlu Ke?
Benar, soal gaya atau penampilan ni bukanlah isu besar untuk digebangkan. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri untuk menggayakan apa jua pakaian atau aksesori ketika keluar memancing.
Jika berkemampuan, tidak salah pun untuk bergaya lebih.
Tetapi persoalan yang ingin dibangkitkan di sini ialah adakah gaya dan penampilan itu sesuatu yang perlu buat kaki pancing?
Sejauh mana gaya memainkan peranan untuk mendapatkan ikan? Atau adakah gaya dan penampilan hanya perlu untuk tujuan bergambar sahaja?
Pokoknya, sekali lagi dijelaskan bahawa penampilan tidaklah memberi apa-apa makna tertentu buat kaki pancing.
Tidak pernah pula terjadi pemancing yang bergaya lebih banyak mendapat ikan daripada kaki pancing yang berpenampilan biasa.
Ia lebih kepada gaya yang melambangkan identiti kaki pancing. Soal rezeki itu semua ketentuan dari-Nya.
Dan buat yang bergaya, janganlah pula memperlekehkan pemancing yang pakai biasa-biasa ketika keluar memancing.
Gaya bukanlah menjadi penentu dan lambang kaki pancing sebenar. Ingat, gaya hanyalah salah satu usaha untuk menjadikan kaki pancing lebih beridentiti.
Tidak ada betul dan salahnya untuk mengenakan pakaian atau aksesori apa pun untuk keluar memancing.
Dan bagi penulis sendiri, penulis lebih selesa memakai pakaian yang ‘simple’ dan tidak terlalu sarat.
Pada hemat penulis, asalkan pakaian itu menjadikan anda selesa sewaktu memancing, itu sudah fesyen pancing memadai.
Begitulah sedikit sebanyak yang dapat penulis kongsikan mengenai topik bergaya ketika memancing untuk slot wacana kali ini.
Jadi, apa pula kata kaki pancing sekalian? Jom kita lihat pandangan dan pendapat kaki pancing untuk isu wacana kali ini.
Apa kata netizen:
“Perlu! Walaupunpemancing sering terdedahdengan persekitaran yangkotor/semak, berhujan dan berpanas cara pemakaian yangbaik (mengikut bajet poket) juga menjadi faktor utamauntuk kita tampil lebih selesa semasa memancing.
Attitude seorang pemancing itu juga bolehdigambarkan dari segi pakaiannya yang nampaklebih segak.
Ini kerana aktiviti memancing sudahmenjadi salah satu sukan yang diiktiraf di peringkatantarabangsa.
Penggunaan buff, hand sleeve, cerminmata, sarung tangan & kasut bukan saja sebagai alatperhiasan diri, malah ia diguna pakai untuk faktorkeselamatan.”
EMI SAID
“Aksesori diciptaadalah untuk menambahbaik bersesuaianmengikut persekitaran,jadi adalah wajar bagi pemancingmengenakan baju, sleeve , buff etc mengikutselera masing-masing.
Barulah up to date!Secara tak langsung ia juga mencerminkankemajuan arena memancing ini dipandangtinggi dan berada pada standard semasa yangtinggi.
Yang penting tepuk dada tanya selera,mampu lebih belilah yang branded, kalauseadanya, pakailah yang sederhana…”
ISKANDAR APNI
“Pakaian khasmelambangkan identiti seorangpemancing, bukan nakmenunjuk tapi untuk keselesaandiri sendiri.
Sebab kadang–kadangada yang beranggapan buruk jika melihatpenampilan pemancing yang selekeh ketikamemancing.
Apa-apa pun ikut kemampuan poket,jangan sampai poket rabak gara-gara nak bergaya.Keh…keh…keh.”
ZAFRI ANGLERS
“Tak nak lananti orangyang tak minatmemancingakan kata, `Memancing ni untukorang yangselekeh dan pengotorsaja!’.
Jadi sama-samalah kitamenjaga imej kita sebagai pemancing.Tunjukkannilai-nilaimurni dan etika seorang pemancingyang profesional.
Hobi sukan, hobimain golf pun adaIdentitipakaiannya, jadi memang perlu kakipancing Malaysia bergaya.”
SHARIFF KAMAL
“Bagi saya perlu untukbergaya ketika memancing. Tapibila dah bergaya ni biasalah,mesti ada yang akan menyindirdan majoriti di kalanganpemancing sendiri.
Sebab sesetengah pro dalamdunia memancing ni akan pakai biasa-biasa je sebabda lama dalam industri. Bila newbie pakai, mesti akankeluar ayat ‘budak baru nak up’.
Ni memang kerapterjadi. Kalau pandangan umum tu biasa la sebabdiorang bukan dalam arena ni, dan diorang takfaham. So, kita tak payah amik ‘pot’ sangat.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...