Cara-Cara Buat Sendiri Batu Ladung ©

Share

 

Tidak dapat dinafikan kos memancing yang semakin meningkat sejajar dengan peredaran zaman membuatkan pemancing merasa sedikit terikat dengan bebanan perbelanjaan untuk kos memancing. Namun tidak semestinya peralatan atau aksesori itu itu perlu dibeli.

Batu ladung adalah salah satu aksesori yang semakin meningkat harganya. Kalau satu trip memancing lebur 10 biji dek kerana tersangkut semestinya ia membebankan ditambah lagi dengan mata kail dan swivel yang putus.

Di sini kita berkongsi membuat batu ladung dari timah pemberat rim kereta.

 

Peralatan yang diperlukan:

 

  • Timah pemberat kereta yang dibuang
  • Penunu bunsen
  • Senduk atau kuali kecil
  • Dawai untuk pin
  • Daun Pisang
  • Tanah

 

Cara-caranya… (biar gambar berbicara)

Timah pemberat rim kereta yang tidak digunakan (boleh juga gunakan timah dalam bateri kereta terpakai).
Senduk yang tahan panas dan sesuai digunakan.
Buatkan lubang pada tanah mengikut saiz batu ladung yang dikehendaki.
Bentukan daun pisang seperti ini. Letakkan dawai sebagai cangkuk pada hujung daun pisang.
Leburkan timah sehingga cair.
Gunakan playar untuk menambah timah sekiranya kurang. Sila berhati-hati kerana suhunya amat panas.
Tuangkan timah ke dalam daun pisang yang telah di bentuk tadi.

 

Selamat mencuba dan memancing setelah berjaya.

IKLAN