Jika kita perhati habitat dan tabiat pemakanan ikan tongsan sisik kasar ni memang pecah kepala memikirkan umpan untuk memancingnya. Dikatakan, pucuk ubi kayu boleh dijadikan umpan namun peratusan untuk mendapatkannya agak rendah.
Oleh yang demikian anda bolehlah mencuba umpan percubaan ini berasaskan tepung yang berlemak dan berbau wangi. Umpan yang mudah disediakan ini pernah mendaratkan tongsan sisik kasar di kolam-kolam pancing.
Bahan keperluan:
Sebungkus roti sandwich dipotong dadu
Ads
Sekotak pati santan 200 ml
Sebungkus serbuk NS Power perisa pandan.
Cara penyediaan:
Ads
Tutorial 1
Potong roti sandwic dalam bentuk dadu atau boleh juga dijadikan cebisan dengan mencariknya. Masukkan roti dadu ini ke dalam bekas bancuhan umpan bertutup.
Tutorial 2
Masukkan pati santan di dalam bekas berasingan bersama serbuk NS Power perisa pandan. Bancuh campuran bahan ini hingga sekata dan bertukar menjadi warna kehijau-hijauan. Warna ini penting agar ia kelihatan seperti rumpai atau dedaun yang menjadi diet ikan kap rumput.
Ads
Tutorial 3
Curahkan campuran santan ini ke atas roti dadu secara sekata. Elakkan dari mencurah secara terus kerana ia akan menyebabkan roti menjadi benyek pada sesebahagian saja. Kemudian goncang agar ia sebati dan sekata.
Tutorial 4
Biarkan adunan umpan ini di dalam bekas bertutup untuk tempoh sekurang-kurangnya satu jam. Kemudian barulah digunakan sebagai umpan.
Sebaiknya gunakan teknik apungan di pertengahan air atau pra permukaan kolam yang menjadi kawasan rondaan ikan tongsan sisik kasar mencari makanan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Beberapa perisa produk Original jika dicampurkan akan menghasilkan satu gabungan bau dan aroma yang memikat.
Selain menggunakan sos campuran perisa ini dengan roti, ia juga berkesan jika digunakan dengan dedak hancur atau dedah separuh hancur seperti dedak 920c.
Bahan-Bahan Keperluan
Dedak 920C
Perisa Pandan Kelapa Original
Perisa Pisang Original
Serbuk Perisa Pandan Original
Santan Kotak
Kelapa parut
Keropok jagung
Cara-cara penyediaan umpan:
Langkah 1
Masukkan 1 kilogram dedak 920C ke dalam bekas bancuhan. Kemudian masukkan pula santan kotak 200ml ke atas dedak. Gaul bahan-bahan ini hingga sekata.
Langkah 2
Masukkan pula 10 penutup perisa pandan kelapa Original. Gaul hingga sekata. Kemudian masukkan pula 5 penutup perisa pisang Original dan gaul hingga sekata.
Langkah 3
Tambahkan kira-kira setengah botol serbuk perisa pandan Original dan gaulkan.
Langkah 4
Kemudian ambil kira-kira dua genggam kelapa parut, taburkan ke atas dedak gaul hingga sekata. Akhir sekali renjiskan sedikit demi sedikit air dan gaul sehingga dedak sesuai untuk dikepal. Pastikan ia tidak terlalu peroi atau lembik.
Cara Penggunaan Umpan
1. Sebaik-baiknya simpan atau perap dalam bekas bertutup untuk tempoh beberapa jam agar ia benar-benar sebati sebelum digunakan untuk memancing.
Sebenarnya tidaklah susah sangat nak pancing pacu ni. Selain umpan organik atau semulajadi, umpan berasaskan makanan ikan dengan campuran bahan perasa juga boleh dijadikan umpan untuk memancing ikan pacu. Berikut ada contoh umpan buatan sendiri yang ringkas tetapi berkesan untuk memancing pacu kolam.
Satu perkara lagi, kalau nak berjaya tunggu matahari terik sikit. Biasanya pacu memang galak bedal umpan time panas.
Bahan-bahan keperluan:
Palet 920
Sos Raya Kuning A1
Strawberi Musang A1
Jajan atau keropok jagung
Air
Cara-cara penyediaan umpan:
Tutorial 1
Masukkan satu kilogram pelet 920 ke dalam bekas bancuhan.
Tutorial 2
Masukkan air 200ml dan gaul pelet. Biarkan seketika sehingga pelet menyerap air.
Tutorial 3
Masukkan pula Sos Raya Kuning A1 sebanyak 5 penutup botol, kemudian tambah sos Strawberi Musang A1 juga sebanyak 5 penutup botol.
Gaul pelet ini hingga sebati kemudian perapkan ia di dalam bekas tertutup kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum digunakan.
Cara-cara penggunaan umpan:
Tutorial 1
Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail (teknik apung menggunakan spring dua mata kail berpelampung).
Tutorial 2
Kepal pelet pada spring kira sebesar penumbuk. Pastikan palet mampu dikepal dengan sempurna. Jika berderai, tambahkan sedikit air pada pelet.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...