Cara buat umpan patin segera!

Share

 

 

 

Umpan atau perisa produk Original dipasarkan melebihi 12 jenis perisa kesemuanya. Perisa-perisa ini pula jika dicampurkan akan menghasilkan satu gabungan bau dan aroma yang memikat.

Selain menggunakan sos campuran perisa ini dengan roti, ia juga berkesan jika digunakan dengan palet atau dedak biji.

 

Bahan-Bahan Keperluan:

 

 

2 botol (sederhana) perisa pandan kelapa Original

1 botol (sederhana) perisa honeydew Original

1 Botol (sederhana) perisa nangka Original

1 botol 500ml kosong

 

Cara-Cara Penyediaan Umpan

 

Sediakan satu botol kosong untuk campuran perisa. Kemudian masukkan 2 botol perisa pandan kelapa Original

 

Kemudian masukkan pula satu botol perisa nangka Original ke dalam botol yang sudah dimasukkan 2 botol perisa pandan kelapa. Goncang seketika agar campuran perisa ini sebati.

 

Masukkan pula 3 penutup botol perisa honeydew Original (perisa honeydew ini tidak boleh banyak dicampurkan kerana baunya yang kuat boleh mematikan bau perisa yang lain).

Goncang sehingga campurnan perisa ini benar-benar sebati. Kemudian bolehlah digunakan sebagai umpan.

 

Cara Penggunaan umpan:

 

Sediakan satu plastik kosong bersaiz bersair besar. Masukkan umpan (anggaran 10 penutup botol – bergantung kepada jumlah roti yang ingin digunakan).

Kemudian ratakan umpan agar mengenai setiap ruang di dalam plastik tersebut.

 

Masukkan roti sandwic yang telah dipotong dadu. Kembungkan plastik supaya mudah untuk menggoncangnya (untuk menyebatikan umpan dengan roti dadu).

 

Apabila roti dadu sudah sebati sebati dengan umpan maka ia bolehlah digunakan umpan memancing ikan terutamanya ikan patin.

IKLAN