Umpan patin ini terhasil dari bahan-bahan perisa umpan yang digabungkan untuk mendapatkan aroma dominan durian tetapi mempunyai rasa yang variasi. Aroma durian yang kuat dan tengik ini sebenarnya mendorong ikan untuk mendekati umpan sekaligus mengambil dan memakan umpan tersebut.
Untuk menghasilkan gabungan umpan ini perlulah sukatan yang betul dan tepat. Bau dan rasanya tidak boleh terlalu lemah atau kuat.
BAHAN-BAHAN:
2 Botol (saiz sederhana) perisa strawberi Original
1 Botol (saiz sederhana) perisa durian Original
1 Botol kosong (500 ml) untuk campuran umpan.
Ads
CARA PENYEDIAAN:
Sediakan sebuah bekas atau botol minuman kosong saiz 500 ml. Tuangkan 2 botol perisa strawberi ke dalam botol kosong ini.
Kemudian tuangkan pula 1 botol perisa durian ke dalam botol tersebut.
Ads
Goncang botol campuran perisa strawberi dan durian sehingga campurannya sebati. Sebaiknya biarkan 10 hingga 15 minit umpan ini sebati sebelum digunakan.
NOTA:
Umpan ini boleh digunakan bersama apa saja roti sandwich, roti kentang, serbuk roti, dedak dan juga pelet. Untuk ujian ini pelet 920 menjadi pilihan dan digunakan dengan teknik perambut dua mata kail.
CARA PENGGUNAAN UMPAN:
Ads
Rendam dan tos dengan segera 1 kg pelet di dalam bekas bancuhan umpan. Biarkan seketika sehingga pelet menjadi lembut.
Tuangkan umpan durian strawberi (anggaran 10-15 penutup botol) ke atas pelet dan goncang hingga sekata. Biarkan seketika sehingga umpan meresap pada pelet.
Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail. Kemudian kepal pelet kira-kira segenggam pada kedua-dua mata kail dan pastikan mata kail tergantung kemas di tengah-tengah kepalan pelet.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bukan sesuatu yang pelik bila lain kolam lain umpan walaupun untuk memancing spesies ikan yang sama. Sebenarnya ia bukanlah disebabkan oleh perbezaan selera ikan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor air kolam itu sendiri.
Sifat air kolam sedikit sebanyak mempengaruhi resepi umpan yang sepadan dengan selera ikan. Walau bagaimana pun umpan tongsan ini merupakan umpan asas dan paling banyak digunakan untuk memancing spesies ini.
Bahan keperluan
1kg dedak 929
Serbuk pandan
Perisa pandan NS Power.
Perisa pisang Umpan Original
Air kolam
Cara Penyediaan:
Tutorial 1
Masukkan sekilo dedak 929.
Tutorial 2
Masukkan kedua-dua paket serbuk pandan.
Tutorial 3
Masukkan kedua-dua paket NS
Tutorial 4
Masukkan 4-5 penutup perisa pisang original.
Tutorial 5
Masukkan air kolam sedikit demi sedikit dan digaul.
Tutorial 6
Perambut spring dua mata yang digunakan.
Tutorial 7
Kepal dedak dengan kemas pada spring dan biarkan mata kail terjuntai keluar.
Pancingan ikan rohu merupakan satu bentuk pancingan yang amat unik. Ia berbeza dengan pancingan ikan kap lain. Pancinglah di mana saja pasti ramuan umpan akan disulam dengan penggunaan minyak berperisa udang, sotong atau belangkas.
Minyak berperisa ini boleh diperoleh di kedai-kedai pancing namun untuk kepuasan, apa kata korang buat sendiri. Nak buat pun tidaklah susah mana. Yang penting ia lebih menjimatkan dan boleh diguna untuk tempoh yang lama.
Bahan keperluan
1 paket minyak masak 1kg
500gm kerisik
250gm udang geragau
250gm gula melaka
Cara pembuatan
Tutorial 1
Sediakan satu bekas kosong. Masukkan 500gm kerisik, 250gm udang, 250gm gula melaka (sebaiknya gula melaka ditumbuk kasar terlebih dahulu) dan juga 1 paket minyak masak. Gaul kesemua bahan tersebut sehingga rata dan sebati.
Tutorial 2
Kisar kesemua bahan tadi dengan blender. Tidak perlu kisar kesemua bahan sekaligus. Tapi pastikan kesemua bahan dikisar sehingga menjadi betul-hetul halus.
Tutorial 3
Setelah semua bahan dikisar halus, sediakan satu periuk atau kuali untuk memasak kesemua bahan tadi. Sebaiknya masaklah dengan api perlahan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu jam. Gaul bahan sekali-sekala bagi mengelakkan ia berketul atau berkerak.
Tutorial 4
Setelah masak, biarkan minyak rohu ini menyejuk. Setelah itu barulah dimasukkan ke dalam botol atau balang kaca. Untuk tahan lama sebaiknya minyak rohu disimpan di dalam bekas kaca.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...