Cara Buat Single Asisst Hook Paling Asas

Share

 

Dunia memancing semakin dihambat teknologi terkini. Penggunaan assist hook boleh dianggap sebagai satu rukun dalam teknik jigging di lautan. Sebelum kemunculan teknik jigging perlahan yang menggunakan assist hook berkembar, penggunaan single assist hook lebih banyak digunakan.

 

Segmen DIY kali ini kami ingin menampilkan cara menghasilkan single assist hook yang terawal pernah dihasilkan.

 

Cara menghasilkannya juga amat mudah tidak sebagaimana menghasilkan assist hook berkembar tetapi ketahanan dan kekuatannya sudah terbukti.

 

Bahan keperluan:

 

Large ring hook

Solid ring

Kevlar 150lb-200lb

Shrink tube

 

Tutorial 1

Potong kevlar anggaran 6-8 inci (bergantung kepada saiz jig yang digunakan) dan lipat dua. Kemudian buat simpulan pada bahagian hujung kevlar pada teras mata kail.

 

Tutorial 2

Ketatkan simpulan kemudian ikat bahagian U kevlar dengan tali yang lebih halus dan masukkan ke dalam lubang cincin. Tujuan tali halus ini adalah untuk memudahkan kevlar ditarik masuk ke dalam lubang cincin.

 

Tutorial 3

Tarik hujung kevlar sehingga bahagian simpulan rapat pada gelang cincin mata kail. Potong bahagian lebihan kevlar dengan kemas.

 

Tutorial 4

Potong shrink tube kira-kira 1 inci kemudian masukkan melalui kevlar.

 

Tutorial 5

Bakar bahagian tengah shrink tube yang menghubungkan mata kail dan kevlar. Tujuan shrink tube ini adalah untuk melindungi bahagian simpulan.

 

Tutorial 6

Ikat atau buat simpulan biasa solid ring pada bahagian hujung kevlar. Single assist hook ini sudah siap untuk digunakan.

 

IKLAN