Sedap ke ikan patipok aka pecah periuk ni? Korang jangan terpedaya pada rupanya. Mentang-mentang rupanya hitam, hodoh dan bermain di kawasan sampah hanyut, korang menyangka ia tidak boleh dimakan umpama ikan bandaraya. Ramai yang tidak tahu isi ikan pecah periuk ini jauh lebih sedap dari ikan siakap!
Bahan-Bahan
1-2 ekor ikan pecah periuk (anggaran 2-3 kilogram)
Bahan Untuk Rempah Ikan
2 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia
Ads
3 sudu besar rempah kari ikan
Bahan Untuk Ditumis
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
5 biji bawang merah kecil (dihiris halus)
1 sudu teh halba campur (halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
Bersihkan ikan, perap dengan asam limau dan garam. Kemudian cuci bersih ikan tersebut dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan yang perlu ditumis sehingga wangi. Masukkan rempah yang telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan diikuti dengan bendi dan terung. Kacau lalu biarkan ia hingga mendidih. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan. Untuk tambah perisa, boleh letak garam, gula dan serbuk perasa jika berminat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Mata kail siwash kelihatan seperti mata kail yang asas, tetapi ia berbeza dari yang lain. Cangkuk siwash biasanya mempunyai teras panjang dan mata lurus yang terbuka.
Dengan teras yang panjang ia amat sesuai untuk digunakan bagi memancing ikan yang mengambil makanan secara menyambar.
Atas sebab itulah ia biasa digunakan menghasilkan perambut apollo. Ia juga sesuai digunakan untuk menggantikan mata tiga pada sesudu.
Fungsi dan reka bentuk hampir sama dengan octopus circle hook. Namun ia lebih ringan dan nipis dan amat sesuai untuk kegunaan pancingan berhanyut dengan menggunakan umpan hidup yang lebih kecil.
Dalam pancingan sukan seperi pancingan ikan layaran, mata kail ini adalah pilihan terbaik terutamanya untuk memanjangkan hayat umpan hidup yang kecil seperti tamban.
Rangkaian mata lingkar yang menekankan konsep strike yang sama. Demon circle hook didatangkan untuk aksi pancingan yang lebih ringan dan sesuai untuk pancingan dasar air tawar.
Ia adalah alternative kepada pemancing yang sudah jemu menggunakan J hook untuk pancingan dasar air tawar.
Mungkin anda boleh cuba untuk memancing ikan dasar air tawar seperti baung dan lain-lain spesies yang lebih gemar menelan umpan berbanding mengutis.
Mata kail ini direka bentuk berdasarkan bentuk udang. Jika anda perhatikannya betul-betul terbukti ia dibentuk seperti udang.
Berdasarkan reka bentuk tersebut maka ia merupakan mata kail yang paling efisien untuk cangkuk umpan udang sama ada udang hidup atau pun udang mati.
Cara penggunaannya juga pelbagai. Sama ada menyucuk ke dalam badan udang melalui bahagian ekor atau menggantung seekor atau lebih udang. Selain itu ia juga sesuai untuk memancing spesies ikan keli atau tongsan yang bermulut luas.
Mata kail yang diperbuat daripada carbon steel ini dengan warna permukaan yang terang berkilat. Point atau hujung mata kailnya amat tajam dan amat sesuai untuk memancing ikan-ikan yang bermulut tebal dan keras.
Mata kail ini amat sesuai untuk digunakan dengan perambut berangkai dan menjadi pilihan utama untuk pancingan ikan-ikan bermulut kecil seperti rohu atau ikan-ikan bersaiz kecil. Malah ia juga bagus untuk memancing ikan patin dan pacu.
Bream hooks sangat sesuai untuk menangkap ikan di laut. Dengan teras pendek dan tempaan keluli tambahan yang kuat menjadikannya sangat kuat.
Sepadan dengan namanya juga ia merupakan mata kail utama untuk memancing ikan yang bergigi keras dan berahang kuat seperti ikan kuku dan bayan, yang sememangnya terkenal dengan kekuatan kunyahan.
Ia juga mata kail alternatif untuk memancing ikan yang mampu mematahkan teras mata kail seperti ikan pacu.
Sebagaimana namanya, mata kail ini dicipta khusus untuk memancing udang terutamanya udang galah. Ia dibentuk seperti bilah sabit bagi memudahkan hujung matanya yang halus, nipis dan tajam mudah menembusi mulut udang.
Selain udang, mata kail ini juga boleh digunakan untuk memancing ikan-ikan yang tidak kuat melawan atau ikan-ikan kecil.
Ia adalah mata kail biasa yang boleh digunakan untuk pancingan ikan air tawar dan air masin yang bersaiz kecil. Ia biasanya diperbuat daripada logam yang lembut dan boleh dibentuk atau diubahsuai beberapa kali sebelum kekuatannya menjadi lemah.
Walau bagaimana pun ia masih tajam dan mampu memegang ikan dengan baik apabila tercangkuk pada mulut ikan.
Keluk pada mata kail ini menjadikannya ideal untuk umpan hidup. Dibuat dari logam yang sama seperti cangkuk Aberdeen, mereka akan membengkok jika digantung di bawah beberapa struktur.
Walau bagaimanapun, apabila ikan tertancap padanya, reka bentuk mata kail ini menghalangnya daripada diluruskan.
Ada orang kata, ikan apa pun sedap kalau dibuat masak kari. Memang betul ada betul pendapat tersebut. Tapi kalau ikan yang sedap isinya agak dirugi dibuat kari kerana kari tersebut boleh membunuh rasa asal ikan itu. Jadi, kalau ada ikan yang kurang sedap rasanya seperti ikan alu-alu maka memang sesuai sangat dibuat kari.
Bahan-Bahan: (Bergantung kepada saiz ikan alu-alu)
1 ekor ikan saiz kecil dipotong
2 biji bawang besar (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 sudu biji sawi
1/2 sudu halba
2 sudu besar kari ikan (digaulkan dengan sedikit air dijadikan pes)
1 mangkuk air asam jawa
1 mangkuk santan
Sedikit air
Sedikit garam
2 tangkai daun kari
Cara-Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan kisar,biji sawi,halba dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga betul-betul garing atau pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan ikan.Bila dah menggelegak masukkan santan dan garam.
4. Masak sehingga menggelegak beberapa minit dan bolehlah diangkat.
Dari Abu Dzar RA, bahawa Nabi SAW bersabda pada Bilal: “Wahai Bilal, kalau subuh telah beranjak ke langit maka itu bukanlah subuh, subuh itu nampak seperti ini…”
Lalu baginda menyuruh untuk bersahur dan baginda pun bersahur seraya bersabda: “Umatku akan selalu dalam kebaikan selama mengakhirkan sahur dan mempercepatkan berbuka.”
“Kami makan sahur bersama Nabi Muhammad SAW lalu kami solat (subuh) berjamaah”,
Anas berkata kepada Zaid: “Berapa jarak waktu antara azan (subuh) dan sahur?”
Zaid menjawab: “Sekitar bacaan al-Quran 50 ayat”
(HR Bukhari)
Berdasarkan hadis ini, jarak waktu selesai sahur Nabi SAW dengan waktu subuh sangat dekat, hanya sekitar jangkaan waktu bacaan 50 ayat al-Quran yang dibaca dengan kadar sederhana, tidak cepat dan tidak lambat (sekitar 10 – 15 minit sebelum subuh).
‘Amr B. Maimun al-Audi menyatakan, “Para sahabat Muhammad SAW adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) dalam bersahur.”
(Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199)
Semoga kita dapat mengikuti sunah Nabi SAW dengan bersegera berbuka apabila masuk waktu dan melewatkan sahur.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...