
Step 1
Ikatan untuk menyambungkan tali tangsi atau sulam dengan swivel atau mata kail bermata cincin.
Step 2
Buatkan lingkaran tali kira-kira sejengkal.
Step 3
Buatkan satu simpulan tanpa ikatan pada bahagian tali utama.
Step 4
Masukkan hujung lingkaran tali ke dalam cincin swivel.
Step 5
Kemudian masukkan pula hujung lingkaran melalui swivel keseluruhannya.
Step 6
Masukkan pula hujung tali ke dalam lingkaran yang tersebut.
Step 7
Tarik hujung tali dan tali utama sehingga ikatan kemas terbentuk.
Step 8
Potong lebihan hujung tali dan sebaiknya bakar hujungnya.
Kenali Teknik Micro Jigging!!

Jigging mikro atau micro jigging merupakan satu cabang teknik memancing yang menggunakan kepingan besi (jig) sebagai umpannya.
Jig tersebut menyerupai bentuk ikan dan lazimnya kepingan micro jig bermula dari berat sekitar 7g hingga 20g.
Setup asas micro jigging
Rod
Joran yang digunakan adalah dari PE 0.3 hingga ke PE 1.5. Lazimya joran jigging mikro mempunyai blank yang halus serta sensitif paada bahagian hadapan.
Ia bertujuan memudahkan anda untuk menggayakan jig lebih gemalai dan semulajadi serta peka mengesan getuan ketika jig anda disentuh ikan.
Reel
Kekili mendatar adalah yang paling mudah digunakan, bermula dari siri 500 hingga 2500 dengan nisbah gear ratio 6:1 dan ke atas. Disarankan juga menggunakan kekili yang kalis air masin.
Kekili menegak atau baitcaster juga boleh digunakan dan sebenarnya ia lebih praktikal kerana lebih mudah mengesan jatuhan jig anda sampai ke dasar. Nisbah gear ratio juga sama seperti kekili mendatar.
Tali utama
Tali utama yang biasa digunakan adalah antara 6lb hingga 12lb. Tali sulam atau braided line adalah pilihan yang paling tepat kerana ia bersifat sifar regangan dan lebih kuat berbanding tali tangsi atau mono line.
Tahap sensitiviti terhadap getuan ikan yang lebih tinggi serta aksi jig akan lebih semulajadi kerana ia lebih kurang rintangan arus berbanding tali tangsi.
Shockleader
Perambut kejutan atau shockleader yang biasa digunakan adalah di antara 10lb hingga 15lb. Shockleader adalah wajib disambungkan kerana tali sulam yang bersifat sifar regangan serta ia mudah terhakis.
Oleh kerana itu shockleader bertindak menyerap segala regangan serta menjadi pelindung tali sulam dari terhakis ketika ikan cuba berenang ke struktur batu, kayu dan sebagainya.
Mata kail
Mata kail tunggal atau single hook dan assist hook lebih sesuai digunakan berbanding mata tiga (treble hook). Selain kadar sangkut yang rendah, tahap hook up juga lebih tinggi.
Ringkasan panduan
Joran khusus yang dicipta bagi teknik ini adalah lebih disarankan kerana ia lebih sensitif dan ringan.
Kekili berkelajuan tinggi adalah yang lebih praktikal kerana secara teknikal anda tidak perlu mengarau kekili dengan laju. Cukup sekadar karuan sederhana jig anda sudah pun beraksi pantas dan dengan karauan santai jig anda sudah pun beraksi natural.
Berbanding jika anda mengunakan kekili berkelajuan rendah, anda harus mengarau reel dengan laju secara teknikal (jika perlu) bagi mendapatkan kelajuan yang anda mahukan.
Semakin halus tali utama lebih berkesan kerana secara harfiahnya akan lebih ringan dan secara tidak langsung jig anda mudah tenggelam ke dasar.
Ia juga sensitif mengesan getuan ikan, aksi jig lebih semulajadi. Namun setting drag pada kekili anda haruslah menepati kekuatan yang sepatutnya, jika tidak ia akan mudah putus.
Jig yang berpemukaan berkilat serta lebar adalah lebih baik kerana pantulan cahaya lebih mudah menembusi penglihatan ikan ketika didalam air berbanding warna.
Kenali Ikan Lais!!

Ikan-ikan ini sebahagian besar waktu hidupnya dihabiskan di air hitam. Perairan air hitam dicirikan oleh warna perairan yang coklat tua sampai kehitaman yang disebabkan oleh adanya keasidan, pH relatif lebih rendah tapi tidak keruh.
Kelompok Siluridae sering berada pada air yang tenang di floodplain dan mereka pindah ke sungai, mereka tinggal di pinggir sungai atau lubuk di dasar sungai pada musim kemarau.
Ikan lais hidup di perairan air tawar yang termasuk sungai, rawa dan limpahan banjir. Taburannya meliputi Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Ikan lais adalah ikan dari famili Siluridae yang terdiri dari beberapa genus. Di antara genus-genus tersebut yang mempunyai spesies paling banyak adalah Cryptopterus (C.
bicirrhis, C. schilbeides, C. cryptopterus, C. hexapterus, C. limpok, C. macrocephalus, C. apogon, C. micronema, C. lais dan C. mononema (Saanin, 1984 dan Kottelat et al, 1993).
Ikan lais adalah spesies benthopelagic yang hidup di perairan tropika. Ia merupakan ikan bersaiz kecil yang hanya mampu membesar sehingga 24cm.
Ciri-ciri ikan lais
Tidak memiliki sisik
Hujung belakang lubang hidung di pinggir muka dan depan mata.
Mempunyai dua pasang sesungut.
Ikan lais mempunyai pola pertumbuhan yang isometrik iaitu pertumbuhan panjang seimbang dengan pertumbuhan berat.
Bentuk tubuh ikan lais masih dalam batas bentuk tubuh ikan pada umumnya yaitu dengan nilai “B” berkisar antara 2,5- 3,5. Berdasarkan nilai faktor kondisi iaitu berkisar 0,24-0,44 ikan lais termasuk jenis ikan yang pipih.
Mempunyai 10-11 tulang tambahan tutup insang.
Perkara Penting Mesti Dilakukan Untuk Mengelak Kumpau!!

Pastikan tali pancing anda tiada luka, rekahan, lipatan, apatah lagi sudah mereput.
Pastikan swivel atau snap yang digunakan berfungsi dan berpusing dengan baik.
Pastikan setiap simpulan dibasahi dengan air sebelum anda menarik untuk mengetatkannya.
Pastikan joran dan kekili anda sentiasa di dalam keadaan baik, basuh dengan air bersih setiap kali habis memancing. Servis dan bubuh gris setiap 3 bulan sekali.
Pastikan umpan yang akan digunakan sama ada umpan hidup atau mati sesuai dengan spesies yang hendak diburu.
Buat catatan masa, tarikh, tempat dan umpan yang digunakan sekiranya anda mendapat ikan yang besar. Maklumat ini amat penting untuk memancing dimasa hadapan.
Pastikan tackle box anda mengandungi alatan wajib seperti mata kail, snap & swivel, ladung, tali perambut, pisau serba guna, playar, batu pengasah kecil, gunting kecil dan pemetik api walaupun anda bukan seorang perokok.
Fahamilah analogi peredaran bulan, matahari, pasang surut air dan perubahan air besar ke air mati. Fahamilah hubung kait habitat umpan dan ikan pemangsa.
Fahamilah dan jagalah peralatan memancing anda dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah talian hayat di antara anda dan si ikan.
Buat tinjauan dan dapatkan informasi sebaik mungkin dari penduduk tempatan sebelum memancing ditempat yang belum diterokai.
Amalkan sikap tangkap & lepas (catch & release) sekiranya anda tidak memerlukan ikan tersebut… terutamanya ikan kecil. Jangan jadikan mereka spesies yang terancam.
Pastikan perairan dan kawasan memancing bersih. Kekalkan kehijauan alam semulajadi.