
Ikatan turtle knot merupakan salah satu ikatan yang mudah tetapi agak kukuh juga. Namun ia lebih sesuai digunakan untuk mengikat mata kail dengan menggunakan tali sulam atau kevlar berbanding perambut mono apatah lagi fluorucarbon.
Tutorial 1
Masukkan tali perambut melalui cincin mata kail dari arah hadapan. Masukkan tali dengan kepanjangan yang selesa untuk dibuat ikatan.
Tutorial 2
Buatkan satu lingkaran biasa di atas tali perambut.
Tutorial 3
Kemudian masukkan hujung tali perambut ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi dari bahagian bawah.
Tutorial 4
Buatkan satu lagi lingkaran dan kemudian masukkan hujung perambut ke dalam lingkaran pertama tadi.
Tutorial 5
Tarik hujung perambut perlahan-lahan sehingga satu simpulan terbentuk pada bahagian tali yang bersilang. Ketatkan simpulan tersebut.
Tutorial 6
Masukkan lingkaran atau bulatan tali yang terhasil tersebut kepada mata kail melalui bahagian matanya.
Tutorial 7
Tarik tali perambut utama sehingga ikatan kemas pada mata kail. Potong lebihan hujung tali perambut.
Trip Throwback – Casting Gohok Musim Kering!!

Musim kemarau di Sungai Pahang amat sinonim dengan musim mengilat si gigi jarang… apa lagi kalau bukan ikan begahak atau lebih popular dengan gelaran `gohok’ di sini.
Kehadiran begahak sememangnya dinantikan ketika musim kemarau. Ini kerana ketika musim kemarau paras air sungai yang menyusut dan faktor air sungai yang semakin jernih, menyenangkan bagi aktiviti mengilat ikan begahak.
Air yang terlalu cetek ini agak berbahaya untuk memancing menggunakan sampan atau bot kerana kedalaman dasar sungai sukar untuk dijangka dan risiko untuk enjin dimasuki pasir adalah tinggi. Satu-satunya cara untuk memburu begahak adalah dengan mengilat dari tebing atau landbase casting.
Melalui teknik landbase casting ini membolehkan lebih ramai pengilat mencuba nasib tanpa perlu mengeluarkan belanja untuk menyewa bot.
Keghairahan mengilat begahak ini bukan saja pengilat setempat, ia turut dirasai rakan-rakan dari luar Pahang dan terpanggil untuk mencuba nasib memburu lesen atau memperbaharui lesen begahak ini.
Sebagai anak jati Sungai Pahang, khidmat saya sebagai guide sering ditagih oleh rakan-rakan dari Kuala Lumpur, Terengganu, Johor malah dari negara jiran (Singapura) yang ingin turut bersama mencuba nasib mengilat spesies yang tiada di negeri lain selain Pahang DM.
Pada kebiasaannya saya memburu begahak dengan menggunakan bot. Penggunaan bot lebih efektif untuk memburu begahak kerana dapat meliputi kawasan yang lebih luas.
Namun disebabkan faktor air sungai yang cetek, maka saya akan bawa rakan-rakan mengilat secara menebing di beberapa spot berpotensi di sepanjang Sungai Pahang tidak jauh dari bandar Maran.
Sedikit tip untuk landbase casting ini, lazimnya saya akan cari spot air dalam, dasar berstruktur lubang atau lekuk atau kawasan kuala anak sungai.
Lazimnya peratus strike diterima di spot air yang dalam. Bagi mengilat ikan begahak, set yang kami gunakan adalah dari medium light-medium, 5-10 lb hingga ke 6-15lb.
Untuk memperoleh strike, kami terpaksa menahan terik panas matahari. Ini kerana ikan begahak aktif ketika matahari tegak di atas kepala. Saya sendiri sudah banyak kali menerima strike pada waktu begini.
Selain perlu bertahan dipanggang terik matahari (ada juga rakan kami yang terpaksa lari berteduh kerana tidak tahan dgn cuaca panas), dugaan ketika casting yang perlu dihadapi ialah gewang tersangkut pukat, diganggu nelayan, angin kencang dan terpaksa bersaing dengan pemburu yang lebih cemerkap iaitu sang memerang.
Keasyikan Sebenar Jigging Golden Trevally (GT)!!

Respon gerong terhadap jenis gewang juga sangat meluas. Disebabkan itu, gerong belang digemari oleh pemancing yang gemarkan penggunaan umpan tiruan seperti teknik mengilat, jigging, surf casting serta fly fishing dek kerana gerong tidak sukar untuk dipujuk.
Namun untuk memujuk GT menyambar jig atau umpan tiruan lain memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika anda berada di kawasan zon strike spesies ini, pasti sangat mengujakan apabila strike demi strike yang dilakukan oleh sang gerong terhadap gewang yang dihulur.
Gewang ‘hard lure’ minnow saiz kecil hingga sederhana antara saiz ideal yang sesuai untuk menggoda gerong belang. Saiz sebegini sesuai untuk mengilat terutama di kawasan agak cetek, di mana menjadi tempat permainan gerong.
Selain itu, gewang permukaan seperti popper dan stick bait pula bukan sahaja sangat efektif, malah mampu memberikan visual aksi sambaran yang mengagumkan saat dibaham spesies trevally ini.
Teknik penggunaan umpan tiruan seperti jigging, casting, trolling, fly fishing malah penggunaan soft plastic memang efektif untuk memancing gerong jika anda berada di zon strike atau habitat kegemaran gerong. Selalunya kawasan cetek berpasir, jernih dan berterumbu karang mempunyai potensi tinggi sebagai zon strike.
Kebelakangan ini, apabila GT semakin liat untuk membaham jig, pemancing yang bijak akan bertindak kreatif dengan meletak umpan tambahan pada jig. Lazimnya udang hidup atau sotong akan dicangkuk pada mata kail bersama jig demi meningkatkan lagi prestasi strike.
Sejarah Penjenamaan Mata Kail!!

Perusahaan mata kail inovatif yang sekarang Eagle Claw dimulai ketika McGill menghabiskan waktu melakukan apa yang paling disukainya, pancingan layang di Sungai Colorado.
Pancingan pagi itu tidak sebagus yang seharusnya, meskipun rainbow trout frenzy, mereka sulit untuk dipancing.
Ketika beristirehat, Drew memerhati dua ekor helang besar berlegar di ruang udara. Salah satu helang perlahan-lahan berputar ke bawah dan mendarat di puncak pohon kapas yang sudah mati, cakar runcingnya yang tajam menembus dengan mudah kayu yang lapuk.
McGill kagum dengan kemampuan helang yang luar biasa menangkap ikan di atas air dan pikirannya beralih ke kekuatan penetrasi cakar mematikan itu, dibandingkan dengan kekuatan penetrasi mata pancing yang beliau gunakan.
McGill tertarik dengan ilham barunya dan merasa terdorong untuk menguji mata kailnya sendiri dengan menyeretnya ke atas tali beg kulit.
Goresan mata kait meninggalkan tanda pada tali beg kulitnya tetapi tidak menembusnya. McGill kemudian menggunakan playar untuk membentuk mata kail agar menyerupai bentuk khusus cakar helang dan menguji pada tali kulit.
Kali ini kait itu menusuk kulit tebal. McGill terus mengubah suai mata kailnya hari itu dan dengan penuh harapan untuk memancing keesokan harinya. Hasilnya McGill berjaya mendaratkan banyak ikan!
McGill tidak tertangguh mereka cipta mata kailnya yang baru dan lebih baik dengan menggabungkan hujung yang tajam dan design melengkung yang terinspirasi oleh cakar helang.
Ketika Wright dan McGill duduk untuk memberi nama produk baru mereka, apa lagi nama yang lebih baik selain Eagle Claw?
Mata kail itu pantas menguasai pasaran berikutan inovasi hebatnya dalam industri memancing selepas ratusan tahun. Itulah kisah luar biasa burung yang membangunkan industri memancing.
baca juga Sejarah Awal & Revolusi Mata Kail
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan