Saya masih keliru sama ada nak guna perambut dawai atau tidak jika casting tenggiri dan spesies bergigi tajam lain jika menggunakan gewang pintail?
Saya pernah dengar orang kata kalau pakai perambut dawai ni tenggiri boleh nampak dan tak akan sambar pintail tu. Tapi kalau tak pakai perambut dawai, takut pulak pintail tu lebuh kena cukai. Apa pendapat admin?
JAWAPAN:
Memang tidak dinafikan penggunaan perambut dawai atau kabel adalah satu KEMESTIAN jika ingin memburu spesies bergigi tajam seperti tenggiri, alu-alu, toman atau pacu.
Faktor utama kenapa perambut dawai ini digunakan kerana bimbang pemangsa-pemangsa bergigi tajam ini akan menelan umpan atau gewang hingga boleh memutuskan tali perambut.
Oleh yang demikian penggunaan perambut dawai adalah kemestian terutamanya bagi pancingan menggunakan umpan alami ataupun umpan tiruan seperti pintail dan sebagainya lagi.
Ia juga perlu digunakan untuk casting dan trolling di laut kerana tidak pasti spesies apa yang bakal menyambar gewang tersebut.
Tidak dinafikan juga perambut dawai lebih mudah dilihat berbanding leader fluorocarbon tetapi ia masih boleh diatasi dengan menggunakan perambut dawai yang lebih halus diameter.
Saya mencadangkan perambut dawai berkuatan 40lb ke bawah. Perambut dawai juga tidak perlu panjang, memadai 10cm ke bawah.
Seperkara yang perlu anda ingat, pintail biasanya dimainkan dengan karauan yang laju. Dengan karauan yang laju, saya tidak fikir tenggiri berkesempatan untuk melihat dan menilai perambut yang digunakan. Apa yang jelas kelihatan hanyalah aksi renangan pintail tersebut.
Jika target ikan pari – guna umpan udang, gelama, sotong
Jika target ikan senangin atau kurau – guna umpan udang, umpun-umpun, ikan belalak mata
Jika target ikan sembilang – guna umpan udang, umpun-umpun
Jika target ikan daun baru – guna umpan umpun-umpun, udang
Jika target ikan belukang – guna umpan ruat-ruat, jangkau, ikan, udang
Jika target ikan gelama – guna umpan udang, sotong
Kenal Pasti Perambut Ataupun Teknik Untuk Target Buruan
Teknik perambut Ikan pari – buat panjang perambut dari suku depa hingga setengah depa boleh dipelbagaikan variasi mengikut kawasan. Manakala panjang perambut untuk batu dalam anggaran anggaran sejengkal panjang.
Teknik perambut ikan daun baru – perambut berantai (2-3 mata kail) seumpama perambut apollo.
Teknik perambut ikan sembilang – buat perambut setengah depa dan batu sejengkal (perambut Y)
Tetapkan Waktu Untuk Menukar Umpan.
Setiap umpan boleh dikatakan mempunyai timing tersendiri (tempoh tahan guna). Itu yang saya perhati dan belajar dari orang-orang lama. Sebagai contoh, udang kebiasaannya mengambil masa 10 ke 20 minit untuk habis.
Manakala jika menggunakan umpan ikan mengambil masa 20 hingga 40 minit untuk habis. Apa pun bergantung pada lokasi pertandingan tersebut. Konsep saya mudah saja iaitu tetapkan waktu menukar umpan melalui balingan pertama dan kedua. Dari situ kita boleh andaikan umpan boleh bertahan berapa lama.
Manfaatkan tempoh masa pertandingan dengan sebaik mungkin. Jangan banyak membuang masa dengan tempoh bertenang. Sentiasa fokus dan fokus kerana tempoh waktu pertandingan mungkin panjang tetapi tempoh waktu ikan aktif makan umpan sangat pendek.
Sediakan Peralatan Tambahan (Spare)
Sediakan peralatan untuk memasuki pertandingan lebih awal sebagai contoh perambut, batu ladung untuk memudahkan proses pertukaran jika berlaku situasi rabut, putus, hilang dan sebagainya lagi.
Pastikan ada spare reel & spare spool untuk kebarangkalian kerosakan ataupun braided putus dalam kuantiti yang banyak.
Spoon atau sesudu ini lazimnya berharga murah dan boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual peralatan memancing. Semurah RM3.00 hinggalah yang mahal RM50 atau lebih, bergantung kepada kemampuan anda.
Kerana harganya yang berpatutan, jika sangkut dan putus tidak terasa ralat sangat. Ia juga selalu digunakan sebagai gewang penduga kawasan baru untuk memastikan keadaan di dasaran.
Bentuk sesudu menyerupai ikan perimpin atau anak-anak ikan lain yang menghuni perairan lombong menyebabkan ia realitik pada pandangan ikan. Kilatan pada sesudu juga sangat menyerupai kilatan yang terdapat pada sisik ikan-ikan kecil.
Fluttering atu gelekan sesudu menghasilkan sinaran berkilat lebih-lebih lagi apabila dipanah cahaya matahari yang terik. Kilatan ini menyerupai ikan-ikan kecil yang sedang
sakit atau panik ketakutan, ini lebih cepat menarik perhatian pemanga walau sebagaimana degil sekalipun.
Perimeter permainan sesudu adalah pelbagai. Ia boleh dimainkan di permukaan air, kolum pertengah dan heretan dasar.
Sesudu biasanya berat dan ia mudah dilemparkan jika anda menggnakan baitcaster.
Kelemahan sesudu
Oleh kerana sesudu banyak bergantung kepada kilatnya itu, ia menjadi kurang efektif apabila cuaca mendung, cahaya matahari tidak dapat membalikkan kilatan pada badan sesudu.
Disebabkan itu juga ia tidak beberapa sesuai digunakan pada awal pagi dan lewat petang, jauh sekali pada waktu malam.
Sesudu adalah besi dan lumrah besi ia tidak meresap apa-apa cecair. Jadi cecair bau-bauan tidak dapat disembur padanya. Kerana ia besi, ia senang berkarat, lebih-lebih lagi apabila catnya sudah tertanggal akibat dikekah ikan.
Oleh kerana ia besi berat, ia cepat tenggelam dan ini membuatkan ia mudah tersangkut pada reba dan rumpaiar, lebih-lebih lagi jika menggunakan mata tiga.
Gelung matakailnya satu, maka hanya satu mata tiga atau mata tunggal digunakan dan apabila ia tersangkut ia sukar dilepaskan apabila menggunakan penyelamata gewang berbanding gewang yang mempunyai lebih mata tiga.
Sifat sesudu yang flutter atau bergelek semasa tenggelam dan wobble (goyang ke kiri dan kana) semasa dikarau menyebabkan tali pancing mudah kusut, lebih-lebih lagi menggunakan kekili spinning.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...