Mula-mula sekali buat ikatan pilihan anda untuk menyambungkan perambut pada mata kail double hook (mata dua). Kemudian cucukkan dawai tajam yang bercangkuk pada hujungnya atau jarum ke mulut ikan sehingga keluar pada pangkal ekornya.
Kemudian letakkan simpulan perambut pada cangkuk jarum dan tarik perlahan-lahan sehingga simpulan perambut turut sama keluar pada pangkal ekor ikan gelama.
Ads
Tarik simpulan perambut sehingga mata kail berada di luar mulut gelama. Pastikan point mata kail berada di bahagian atas kepala umpan bagi mengelak dari situasi tersangkut pada dasar.
Ads
Perambut mata dua umpan gelama yang sedia untuk disambungkan pada set pancing. Jika tiada mata dua, boleh saja gunakan mata kail tunggal. Ia juga berkesan namun peratus hook up lebih baik jika menggunakan mata dua.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Dapatkan info tentang masa air pasang dan surut dari pemilik rakit atau pemilik bot. Ada sesetengah tempat ikan galak makan ketika air pasang dan kurang galak ketika air surut terutamanya surut laju. Jadi kurang buang masa dan umpan jika kita mancing pada masa yang tepat.
Elakkan memancing ketika air bani kerana ketika itu ikan tidak berapa aktif manakala ikan pengacau seperti buntal dan kerong banyak berlegar legar di sekeliling tukun, reba atau karang menghabiskan umpan anda.
Oleh itu pilihlah air yang berarus tak kira air besar atau kecil namun seeloknya air menyorong kecil lebih afdal kerana arus pasang surutnya tidak laju amat sesuai untuk mengendap spesies ikan gred A.
Pastikan umpan terbaik di rakit atau lokasi anda mengebot tersebut. Contohnya ada sesetengah tempat umpan killernya udang kopek dan ada pula yang umpan killernya ruat bakau atau perumpun. Lebihkan umpan ruat bakau atau perumpun, udang kopek dan udang hidup.
Pelbagaikan penggunaan umpan ruat bakau atau perumpun. Kerana sekiranya udang kopek dan udang hidup tak habis boleh jugak dibuat lauk. Pelbagaikan penggunaan umpan. Kekadang ikan ni macam kita jugak.Ikot selera nak makan apa.
Rajin-rajinkan diri anda periksa umpan. Kekadang tu tunggu lama tak strike strike. Rupanya umpan dah habis sebab ikan kecil banyak menghabiskan umpan.
Gunakan mata kail yang sesuai dengan penggunaan umpan. Jika umpan ruat bakau, perumpun atau udang kopek anda boleh pilih mata kail yang bersaiz kecil seperti matakail Angler lengkung saiz 6, 8 & 10. Sekiranya berumpan udang hidup anda boleh gunakan mata kail jenama apa sahaja yang bersaiz 1/0 – 3/0 bergantung kepada saiz umpan asalkan tajam.
Belajar dengan otai-otai yang biasa mancing di rakit atau mengebot tentang penggunaan teknik perambut yang sesuai. Perambut yang kasar keberangkalian untuk menaikkan ikan kurang berbanding perambut halus. Biasanya perambut berkekuatan 20lb je tapi kalau nak lebih baik guna perambut dupont 10, 12 dan 15lb. Perambut dupont kurang berbelit atau berkerinting.
Sediakan apollo bersaiz 9/10/11. Amat berguna ketika ikan gelama rancak menjamah umpan. Guna apollo letak umpan udang kopek pada mata apolo tersebut dan longgarkan drag. Lepas tu biarkan seketika.Kalau bernasib baik drag berbunyi kompom ikan besar yang makan umpan. Kalau tak, berjuntai gelama lekat pada mata kail apollo.
Kalau kita kedekut, rezeki pun kedekut dengan kita. Jadilah insan pemurah. Rezeki masing masing dah ditentukan. Kemudian perbanyakkan sedekah. Tak kiralah sedekah apa terutamanya hasil pancing kita kepada orang yang lebih memerlukan. InsyaAllah rezeki kita sentiasa ada dan ditambah.
Sepanjang pengamatan saya memancing tamok di rumah rakit, waktu terbaik untuk dapat tamok bersaiz besar atau tamok mega ialah pada waktu malam. Terutamanya ketika air bani pada waktu malam. Pada waktu lain jarang-jarang saya dapat tamok mega ni.
Ada beberapa teknik yang sesuai untuk dicuba. Salah satu cara yang biasa dilakukan oleh pemancing ialah dengan menggunakan amboh atau koyan. Sememangnya penggunaan koyan lebih berkesan untuk mendapatkan tamok mega pada waktu malam.
Sambil tidur ayam menanti joran yang lain yang ditarik ikan, koyan yang berumpankan roti dilabuhkan bersebelahan dengan bunjut roti. Bagi yang belum mengetahui, bunjut roti ialah ramasan roti yang diletakkan di dalam bunjut.
Ia berperanan sebagai rasuah untuk memanggil tamok. Apabila tamok datang, ia akan mengambil roti yang dicucuk mata kail kerana tidak dapat memakan roti di dalam bunjut.
Adalah penting tali koyan tidak diikat pada objek pegun sebaliknya dipegang dengan jari. Ini membolehkan jari dapat mengesan sebarang getuan. Andai lewat menyentap, tamok akan membawa lari tali ke bawah tiang atau tong pelampung yang berteritip tajam. Maka berputih matalah jawabnya. Ruginya kalau yang mengena itu tamok mega.
Satu lagi teknik yang paling berkesan ialah memancing di rumah rakit. Caranya ialah mencari lantai papan yang berlubang. Saiz lubang sekitar 1 kaki x 1 kaki atau sekurang-kurangnya yang boleh menaikkan ikan tanpa banyak masalah. Cara ini adalah untuk mengelirukan tamok yang terlalu sensitif kepada bunyi dan cahaya lampu.
Tangkapan tamok efektif pada waktu malam hari dalam keadaan yang senyap dan penggunaan lampu yang terhad. Teknik yang digunakan ialah mata kail diikat terus pada tali utama tanpa penggunaan pemberat atau batu ladung dan pelampung. Umpan roti pula dilepaskan sekadar mencecah permukaan air dan kelihatan terampai-ampai seperti keadaan roti hanyut.
Harapan untuk menipu tamok mega yang berlegar di bawah permukaan air dengan kaedah ini amat tinggi. Sekiranya anda berminat untuk mencari tamok mega, carilah pada waktu malam ketika air bani dengan teknik yang saya praktikkan ini. Semoga berjaya!
Tanpa pemberat atau lebih senang disebut ladung / batu ladung sesetengah terma memancing tidak dapat dilaksanakan. Khususnya pancingan dasar atau bottom fishing yang memerlukan pemberat untuk menyasarkan umpan di dasar sungai ataupun laut.
Sememangnya pemberat atau batu ladung yang diperbuat daripada timah merupakan pemberat paling popular dalam dunia memancing. Tidak dinafikan banyak kelebihan penggunaan batu ladung timah, namun kita masih boleh menggunakan bahan lain sebagai penganti timah sebagai pemberat.
Ladung Besi
Besi juga sebenarnya berpotensi untuk dijadikan pemberat. Carilah besi-besi terbuang atau terpakai yang memiliki lubang dan berpermukaan tidak terlalu tajam. Perkara ini agak penting agar mudah digunakan dan tidak merosakkan tali pancing.
Bahkan ramai juga pemancing menggunakan besi bar untuk menggantikan ladung timah di pancingan laut dalam. Cuma kelemahan besi, ia mudah berkarat jika digunakan di air masin. Untuk kegunaan jangka masa panjang, mungkin cat boleh membantu.
Ladung Kaca
Pernah juga terdengar kaca diusulkan jadi pengganti timah. Isi padu kaca agak padat dan sisinya mudah dibentuk halus dan tidak melukai. Selain itu, kaca berbentuk cembung (bebola) tidak mudah pecah.
Selain itu, dikatakan warnanya yang transparent dapat menarik perhatian ikan. Cuma pembentukkannya agak rumit dan kos yang sedikit tinggi tetapi masih boleh dilakukan jika benar-benar mahu menggantikan timah.
Ladung Batu
Batu adalah barang alami yang dianggap paling mesra lingkungan untuk dijadikan pengganti timah. Cuma batu agak sukar untuk ditebuk untuk membuat lubang. Dikatakan, beberapa pemancing menggunakan bungkusan plastik untuk menyambungkannya ke rangkaian pancing.
Masalahnya, plastik itu sendiri adalah satu sumber pencemaran. Yang pasti batu adalah mesra alam. Mungkin anda mampu memikirkan cara-cara untuk menggunakan batu sebagai batu ladung.
Lain-lain alternatif
Banyak barang lain yang boleh dijadikan pengganti timah sebagai pemberat pancing. Bancuhan simen dan pasir yang dikeraskan dalam acuan tertentu juga boleh dijadikan pemberat.
Begitu juga dengan stainless steel. Stainless steel berbentuk bar merupakan pengganti timah yang paling ideal, kecuali harganya yang sekeras sifatnya juga. Dan yang paling popular digunakan sejak dahulu ialah spark plug.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...