Cairkan sedikit perisa strawberry / pandan dengan mencampurkan sedikit air ke dalam bekas semburan.
Umpan Original ini agak likat dan akan menyebabkan ia tidak dapat disembur keluar. Tujuan penggunaan botol semburan adalah bagi membolehkan perisa umpan diseratakan ke setiap inci roti dadu.
Step 2
Semburkan perisa umpan ke atas roti sandwich yang telah dipotong dadu ke dalam bekas bancuhan umpan.
Ads
Goncang bekas bancuhan umpan bagi membolehkan roti dadu dibolak-balik dan disembur dengan sempurna.
Step 3
Taburkan serbuk vanila ke atas roti dadu yang telah diselaputi perisa umpan. Goncang bekas bancuhan dan tabur lagi serbuk vanila agar setiap roti dadu mengenainya.
Serbuk vanila ini berfungsi menaikkan lagi aroma perisa umpan. Biarkan seketika adunan ini di dalam bekas bancuhan bertutup.
Ads
Cara penggunaan:
Cucuk kira-kira 3-5 ketul roti dadu hingga memenuhi teras mata kail pada perambut Y dua mata kail. Kemudian kepal roti dadu pada mata kail kira-kira sebesar penumbuk dan lontar ke spot pilihan anda.
Umpan ini akan mengapung dengan baik di permukaan air. Sekiranya ingin memancing dengan teknik dasar maka guna batu gantung bersaiz kecil dan sangkutkan ia pada swivel yang menyambungkan tali utama dan perambut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memancing di bawah jambatan yang dimaksudkan bukanlan dengan cara menaiki bot dan kemudian berlabuh di bawah jambatan berkenaan.
Sebaliknya, menjadikan platform atau pelantar pada tiang jambatan sebagai spot memancing. Dalam artikel ini lebih merujuk kepada teknik memancing di bawah jambatan Pulau Pinang yang pertama.
Boleh dikatakan hampir semua pelantar bawah jambatan tidak mempunyai tempat untuk memancang pancing. Jadi, korang perlulah membawa sendiri tali bagi mengikat pancing pada tiang jambatan.
Bagaimana cara untuk mengikat pancing pada tiang jambatan itu terpulanglah pada kreativiti korang sendiri. Yang penting ia dapat menyelamatkan set pancing korang terhumban ke laut apabila disentap ikan.
Set pancing
Set pancing yang disarankan ialah set pancing yang murah harganya tetapi kuat dan tahan lasak. Ini kerana ketiadaan tempat pancang memaksa korang sekadar mengikatnya dan letak di atas pelantar begitu saja.
Impak daripada ikan menyambar umpan akan menyebabkan set pancing akan terseret dan bergesel teruk pada pelantar.
Tali utama & perambut
Kelasakan perambut dan tali utama terhadap geseran dan kakisan pada struktur tajam, tukun, karang di dalam air menjadi penentu kejayaan mendaratkan ikan.
Jadi, pilih tali utama dan perambut yang sepadan. Disarankan anda menggunakan tali tangsi 20lb dan ke atas sebagai tali utama dan perambut sekurang-kurangnya 40lb.
Anda boleh menggunakan teknik perambut batu hidup atau batu gantung tetapi pastikan batu ladung diikat dengan ikatan yang memudahkan ia lucut apabila tersangkut pada
sesuatu objek. Kehilangan batu ladung adalah lebih baik daripada set lengkap perambut dan juga ikan.
Lubuk
Kelebihan memancing di bawah jambatan ini ialah kita berada berdekatan dengan lubuk. Lubang-lubang atau struktur di bawah jambatan lazimnya menjadi kediaman ikan
pemangsa. Oleh yang demikian kita tidak perlu membaling umpan jauh dari kawasan tiang jambatan.
Teknik
Teknik pancingan dasar dan pertengahan air merupakan kaedah terbaik untuk menjerat ikan-ikan pemangsa.
Anda boleh gunakan apa saja teknik perambut asalkan umpan kekal berada di dasar dan pertengahan air.
Umpan
Walaupun umpan terbaik adalah hidupan yang terdapat perairan sekitar lokasi seperti ikan-ikan kecil dan udang tetapi sebaiknya bawalah umpan tambahan yang turut menjadi dietnya.
Manalah tahu anda akan berhadapan dengan kesukaran untuk memperoleh ikan-ikan umpan di tempat tersebut.
Aksesori
Disamping kesemua peralatan penting yang perlu dibawa, jangan lupa bawa bersama gancu bertangkai panjang.
Ia amat penting untuk mendaratkan ikan terutamanya apabila memperoleh ikan bersaiz kasar ketika air laut sedang surut rendah.
Casting mengabang (eging) boleh dilakukan sama ada dari tebing atau menggunakan bot. Tidak perlu set khas atau mahal untuk menjeratnya. Penggunaan set ‘ringan’ sudah memadai untuk melayan aksi gostan sang mengabang.
Setelah candat dilontar biarkan ia tenggelam seketika sebelum dikarau. Teknik karauan secara santai, lebih sesuai agar mengabang sempat mengejar candat. Sambil mengarau, joran sesekali disentap ke atas agar candat tidak tersangkut batu.
Di Jepun, para pengilat sotong di sana menggunakan joran khas yang agak keras kerana mereka mengamalkan teknik yang kasar dan agresif disebabkan sotong di tempat mereka sudah lali dengan teknik lemah-lembut.
Tambahan pula dengan bilangan caster yang ramai, sotong sudah biasa dengan kehadiran candat serta lebih berhati-hati.
Drag kekili perlu diselaraskan dengan sesuai. Drag yang ketat akan menyebabkan sotong mudah terlucut. Bila terasa sotong merengut candat joran mesti ditegakkan ke atas. Mengabang akan menyentap laju ke belakang dengan cara menyemburkan air untuk melepaskan diri.
Setiap kali semburan semakin tinggi ia naik ke atas dan akhirnya sotong tersebut timbul di permukaan. Jika terdapat banyak sotong mengabang kita boleh melihat kawanannya mengejar candat yang dikarau. Jangan terus menaikkan sotong yang diperolehi.
Biarkan ia di dalam air, supaya rakan anda boleh melontar candat di belakang sotong yang terjerat tadi. Kebiasaannya akan ada sotong lain yang mengejar candat tersebut.
Mengabang diketahui gemar bergerak secara berpasangan atau berkumpulan. Jika seekor mengejar candat, beberapa ekor lagi turut sama mengejar untuk berebut candat yang dianggap sebagai makanannya.
Nampak otai-otai surfcaster ni macam senang je diorang cari pari. Bila turun memancing je dapat… turun je dapat.
Tapi jangan risau… kami sudah dapat rahsianya. Berikut merupakan panduan yang diberikan oleh otai-otai surfcaster kalau nak target pari.
➡ Ketahui keadaan tempat anda memancing. Jika anda memancing di kawasan landai dan berbeting, cubalah jelajah kawasan tersebut sewaktu air surut.
Di sini anda boleh mengenal pasti lopak pari yang biasanya menjadi kawasan pari berkumpul.
➡ Waktu terbaik untuk memburu pari ialah pada waktu pergerakan air mulai pasang dan mula surut. Namun pari juga agak aktif pada waktu air limpas iaitu surut sepenuhnya.
➡ Jarak lontaran jauh bukanlah menjadi faktor utama untuk anda mendaratkan pari. Ada masa dan ketika pari juga bermain di tepian pantai.
Namun ada yang beranggapan lebih jauh anda baling, peluang untuk mendaratkan ikan lebih cerah terutama pada waktu air jalan pasang, iaitu waktu ikan mudik ke tepian.
➡ Apabila pari melarikan tali, anda jangan cuba sedaya upaya melawan kembali tarikan tersebut. Biarkan dan kendurkan sedikit tali joran anda.
Jika ada tanda-tanda pergerakan tali bermakna anda mempunyai peluang untuk membuat karauan.
➡ Pari biasanya berpasangan. Jika anda berjaya menaikkan seekor ada kemungkinan untuk anda menaikkan pasangannya. Dan biasanya si betina lebih besar dari jantan.
➡ Seelok-eloknya gunakan gancu untuk membawa naik ikan pari ini ke daratan. Agak bahaya untuk mencekup ikan ini menggunakan tangan kerana faktor sengat di pangkal ekornya yang boleh membawa maut.
➡ Pakai pakaian yang sesuai seperti berlengan panjang, topi dan bercermin mata hitam ketika memancing. Jangan lupa membawa bekalan air secukupnya.
➡ Bawa kerusi khas untuk anda duduk. Sama ada berhampiran joran anda atau duduk di tepi pantai sambil memerhati dan menunggu joran anda mengena ikan.
➡ Lain tempat lain tekniknya. Cubalah bertanya pada mereka yang lebih aris untuk ketahui teknik perambut dan umpan yang sesuai memburu pari di sesuatu kawasan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...