(Oleh: Imran Butet)

Trip Geng Suka-Suka (GSS) untuk kali kedua ini disertai oleh kebanyakannya kali pertama memancing atau menyandat sotong.

Kami bergerak dari Shah Alam pukul 12.30 malam dan sampai di jeti Kemaman pukul 6.00 pagi. Pak Zahari atau Pok Yie telah sedia menanti kehadiran kami.

Jeti bot Pok Yie terletak di belakang Pondok Polis Kemaman. Perlayaran kami bermula ke spot kandang sotong yang berkedalaman 20-30 meter mengambil masa 2 jam perjalanan.

 

Apabila sampai sahaja, Pok Yie pun menghanyutkan bot dan ahli trip pun menurunkan candat masing-masing.

Che Man Haris berjaya menjadi ahli trip pertama yang berjaya mencandat 3 ekor sotong sekali gus. Di spot pertama ini kami berjaya mendapat anggaran 5 kilo sotong.

 

Candat Sotong Di Penghujung Musim

 

Di spot kedua terdapat beberapa buah bot lagi yang sedang mencandat sotong.
Apabila sotong dah tak minat candat tiruan, saya pun cuba pakai umpan ikan kerisi untuk dijadikan candat sotong.

IKLAN

Usaha saya tak sia-sia apabila seekor torak sepanjang sekaki lebih berjaya dinaikkan. Tengku Don ikut sama menggunakannya dan berhasil. Khairol Hafifi pun pakai candat ikan kerisi tetapi ular laut atau selipat yang mengena.

 

Candat Sotong Di Penghujung Musim

 

Di spot kedua ini tekong Pok Yie menyediakan masakan kari sotong segar yang baru dicandat dan nasi panas yang superb!

Apabila tiba waktu senja Pok Yie pun menghidupkan genset untuk memasang lampu sportlight. Waktu malam sotong kurang timbul.

Kami hanya dapat 5 ekor torak besar, Pok Yie mengajak kami beralih untuk mencuba di spot ketiga berada ke tengah laut sedikit mengambil masa sejam perjalanan lagi.

IKLAN

 

Sotong masih tidak galak menyambar candat. Setelah menunggu hampir tiga jam tanpa hasil menggalakkan, Pok Yie pun mengajak kami kembali ke kandang sebelah darat
semula yang mana waktu pagi sotong sangat galak mengambil candat.

 

Candat Sotong Di Penghujung Musim

 

Perjalanan hampir dua jam lebih kerana faktor melawan angin dan air kucah dan ramai angler yang kecundang. Tepat jam 5 pagi barulah sotong kembali galak menyambar candat.

IKLAN

Samsul Azri dan Ayen Westport terpaksa kerja over time dengan memasang 3-5 set pancing untuk melayan sotong sebab ramai yang kecundang mabuk laut.

 

Candat Sotong Di Penghujung Musim

 

Di spot terakhir kami dapat sotong anggaran 10 kilo. Setelah mencuba pelbagai cara sotong yang berjaya kami candat anggaran lebih 30 kilo sahaja dalam masa 24 jam.

Pukul 8 pagi Pok Yie mengajak kami melayan ikan kerisi pula. Setelah memancing kerisi buat seketika barulah kami pulang ke darat.

Setelah mengagihkan hasil tangkapan kepada 12 orang, dapatlah seorang 3 kilo sotong.

 

Candat Sotong Di Penghujung Musim

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI