Kaki trekking lebih terdedah kepada risiko sesat ni. Kadang-kadang sebab terlalu yakin padahal baru sekali dua masuk hutan. Sebaiknya bawalah guide yang lebih arif jika mahu ke lubuk yang jauh di dalam hutan. Tidaklah nanti dari trip memancing jadi cerita survival pulak.

 

 

Perkara ini juga sering dialami oleh kaki trekking. Bila masuk hutan tebal, disapa pulak dengan suara pak  belang atau campsite diterjah oleh gajah yang bersiar-siar. Kecut perut jugak sampai boleh kacau mood nak memancing.

 

 

Eksperimen dengan umpan. Perkara ini sering dilakukan kaki pancing terutama kaki kolam. Macam-macam eksperimen dan campuran umpan dicuba. Itu belum masuk lagi dengan bahan-bahan pelik yang dijadikan umpan. Dah macam saintis dalam makmal gayanya.

IKLAN

 

Mengalami perkara mistik Kerap kali kedengaran cerita kaki pancing disakat hantu atau mengalami perkara-perkara mistik terutama di lubuk-lubuk pancing yang agak terpencil. Mana-mana kaki pancing yang pernah disampuk tu alamat sebulan jugalah bercuti MC daripada memancing.

 

Cabaran Menjadi Seorang Pemancing!

 

IKLAN

Kalau memancing di kolam berbayar tu, kena pulak hari yang ramai orang atau ketika pertandingan memancing, memang tali pancing bersimpang siur bersilang macam teka silang kata. Nasib baiklah kaki pancing ni penyabar, mana yang jenis sabar tu nipis-nipis, memang dekat tangan siap-siap ada gunting dengan chainsaw kiri kanan. Tunggu nak potong je, tunggu nak potong je.

 

Kaki trekking memang sinonim dengan pacat ni. Sekali masuk hutan terutama ketika musim hujan memang tak sah kalau tiada pacat yang datang menumpang dicelah-celah jari. Apalah sangat kan, tak perlu sediakan air teh pun kalau pacat ni datang ziarah, pandai-pandai dialah cari sendiri darah di celah-celah jari kaki buat pelepas dahaga.

 

 

IKLAN

Kau dah penat trekking 8 jam bawa makanan dan umpan ke lubuk power yang memakan kos beratus ringgit. Bila sampai je, tengok dah ada geng lain tengah riang menjaring atau tengah mengebom ikan. Fuhh panas beb, panas. Dia punya panas sampai kau terbayang lubuk ni jadi Pearl Harbour kejap lagi ni.

 

Cabaran Menjadi Seorang Pemancing!

 

Terpancing sesuatu selain ikan ni kadang-kadang kelakar bila anda naikkan biawak, labi-labi atau haiwan lain. Namun situasi ini akan jadi kurang kelakar bila anda dah lama kumpau, lepastu bila strike ikan, yang dinaikkan ialah baju dalam, selipar dan sampah sarap. Itulah siapa suruh simpan tabiat buang sampah ke dalam sungai.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI