Walaupun ikan-ikan lampam liar (bukan ikan lampam ternak atau kolam pancing) sudah terbiasa dengan diet makanan di habitatnya, namun ia masih boleh dipancing dengan umpan yang bukan menjadi diet makanannya.
Bahan-bahan umpan yang biasa digunakan untuk memancing di kolam berbayar sebenarnya boleh juga digunakan untuk memancing ikan lampam di sungai ataupun tasik.
Bahan-Bahan:
Dedak ayam
Pes perisa strawberi
Roti dadu
Cara penyediaan & mengumpan:
1. Bancuh dahulu kira-kira 1-2 kg dedak ayam bersama pes perisa strawberi dan air. Jadikan doh atau adunan yang agak liat (keras).
Adunan ini bertujuan untuk dilontar ke kawasan memancing sebagai pengumpan atau rasuah.
Ia bertujuan untuk menarik ikan-ikam lampam datang ke radius umpan bermata kail yang akan dilontarkan kemudian.
2. Bancuh lebihan dedak ayam bersama pes strawberi dan air yang tidak terlalu peroi dan tidak perlu terlalu liat.
Yang penting adunan tidak berderai ketika dilontar ke lubuk dan boleh terurai dengan baik apabila berada di lubuk.
3. Potong roti sandwich menjadi kiub (dadu) dan gaulkan dengan pes perisa strawberi. Kemudian cucuk roti dadu in pada mata kail rambai atau perambut dua mata kail.
Setelah itu kepalkan adunan dedak ayam pada mata kail. Kemudian barulah dilontar umpan ini ke kawasan di mana dedak rasuah dilontar sebelumnya.
Mata bom merupakan gabungan perambut bermata kail berangkai yang disambungkan gelungan dawai atau spring. Rangkaian mata kail sebanyak 3-10 ini akan dicangkuk dengan umpan sama ada roti atau pellet. Sementara spring pula akan dikepal dengan bancuhan dedak sebagai umpan rasuah untuk menarik ikan datang.
Mata bom atau mata rambai ini merupakan benda penting untuk memancing rohu. Walaupun pelbagai teknik dan cara digunakan namun bagi aku mata bom jugalah yang selalu digunakan. Di kedai pancing banyak terjual mata bom ni namun bagi bagi seorang pemancing, buat sendiri mata bom memberi satu kepuasan.
Ia merupakan satu kerja seni dan salah satu cabang seni dalam memancing. Setengah orang kata ia kerja yang leceh namun tidak bagi pemancing tegar.
Bahan keperluan:
Spring
Jarum
Swivel
Tali sulam
Getah paip akuarium
Kevlar
Tutorial 1
Sambung spring dengan swivel menggunakan kevlar (tali sulam bersaiz kasar) kira-kira 2 inci panjang.
Tutorial 2
Ikat 3 perambut tali sulam pada cincin swivel mengikut ikatan yang anda biasa gunakan.
Tutorial 3
Masukkan getah paip akuarium paip oxigen pada tali perambut dan swivel sehingga menyentuh spring dan keluarkan tali perambut dari dalam getah paip.
Tutorial 4
Kemudian ikat getah paip dengan kuat agar spring tidak lari apabila ikan tarik mata kail (bukan takut ikan terlepas atau putus tapi swivel yang atas akan turun ke bawah dan nak tarik bagi sediakala susah sebab lubang getah sempit).
Tutorial 5
Kemudian masukkan tali perambut benang pada lubang jarum (pastikan jarum bersaiz besar) untuk dimasukkan ke dalam lubang paip.
Tutorial 6
Tali perambut yang dikeluarkan dari getah paip bolehlah diikatkan mata kail yang sesuai. Kemudian buat perambut 2 mata kail untuk disambungkan pula pada spring bahagian bawah.
Tutorial 7
Perambut spring mata bom yang siap untuk digunakan.
Salah satu cara ikan untuk mengesan makanan adalah melalui deria bau. Sensor mengesan bau yang ada pada ikan bahkan lebih efektif berbanding deria penglihatan khususnya mengesan makanan di dalam air yang keruh atau kawasan yang kurang ditembusi cahaya.
Salah satu medium penyebaran bau yang bagus di dalam air minyak. Khususnya minyak yang telah diolah menjadi umpan untuk memikat ikan. Umpan 3D ini sesuai digunakan untuk menambah daya pikat pancingan air tawar dan air masin.
Cara 1
Kelar sedikit umpan ikan yang akan digunakan.
Cara 2
Picitkan minyak Umpan 3D ke bahagian yang dikelar.
Cara 3
Untuk lebih berkesan, boleh dicurahkan pula serbuk Matsumoto cacing tanah. Kemudian perapkan seketika sebelum dijadikan umpan.
Jika ingin menggunakan minyak pemikat ini di laut atau kolam air masin, berikut disediakan beberapa panduan mudah.
Kopek kulit udang kemudian hiris atau kelar sedikit badan udang. Ia bertujuan bagi minyak meresap ke dalam isi udang.
Picit minyak Umpan 3D pada badan umpan dan kemudian biarkan seketika minyak tersebut menyerap pada udang.
Cucukkan udang atau umpan tersebut pada mata kail. Ia boleh digunakan untuk memancing dasar atau casting.
Untuk kegunaan casting menggunakan gewang, minyak Umpan 3D boleh dititiskan pada tali benang yang diikat secara tambahan pada gewang atau swivel.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...