Buat Sendiri Sos Umpan Memancing!!

Share

 

Bahan-bahan keperluan:

1 kotak air kacang soya (1 liter)

4 sudu besar Milo

3 biji telur itik

1 bekas taufufa kosong (banyak terjual di pasar malam)

1/2 paket yis segera

1 biji kelapa tua (diparut)

 

Cara-cara pembuatan:

 

(Semua bahan-bahan ini boleh dimasukkan ke dalam mesin pengisar tanpa perlu mengikut aturan atau kuantiti. Yang penting kesemua bahan dikisar halus sehingga sama ada dikisar sekaligus ataupun diulang sehingga habis.)

 

Tempe dipotong kecil kemudian dimasukkan ke dalam bekas pengisar. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan sebaiknya setiap kali mengisar terdapat kesemua bahan.

 

Setelah kesemua bahan dikisar sehalus yang mungkin, masukkan sos ke dalam bekas seperti botol sehingga 3/4 penuh.

 

Sos ini perlu diperam bagi menjalani proses penapaian sekurang-kurangnya 5 hari sebelum boleh digunakan. Dalam proses penapaian ini gas akan terhasil yang boleh menyebabkan letusan berlaku sekiranya ia disimpan di dalam bekas bertutup dan akan melimpah keluar jika kuantiti terlalu padat di dalam bekas simpanan.

 

Sos umpan ini amat sesuai digunakan bersama roti. Pada waktu ia digunakan nanti boleh ditambah sedikit perisa seperti pandan atau strawberi bergantung selera ikan di mana-mana kolam pancing.

(Oleh: Naz Damai)

 

IKLAN