Kami tiba di port memancing di waktu petang. Biasalah bila dah sampai sana apa lagi, kami pasang khemah dan menyiap barang-barang pancing kami. Tapi rupanya pada hari tu hujan turun tak henti setelah 3 jam kami berada di sana. Hujan berlarutan hinggalah ke lewat malam.

 

Kami memang berniat memancing 2 hari tapi keadaan begini mengundang kami pulang pada keesokan harinya. Bila malam tiba, biasalah kalau dah kaki pancing, masih memancing walaupun hujan turun.

 

Kami bertiga berteduh di dalam khemah dan kami biarkan kesemua 7 joran kami tersusun tegak di tepi pantai. Kami tidak tutup pintu khemah jadi kami boleh melihat hujan yang turun dengan lebat sekali. Walaupun hujan tapi suasana tak gelap sangat kerana pancaran dari lampu di jalan raya.

 

Bila Makhluk Ghaib Pun Nak Memancing!!

 

Dari khemah, kami masih boleh melihat joran kami di luar dari jauh. Bercahayakan lampu yang khas untuk khemah, kami semua duduk di dalam menghadap laut, sambil berbual dan berborak-borak, akak beralih pandangan ke joran kami.

 

Di dalam hujan, akak ternampak bahawa salah satu dari joran suami telah diangkat dan seperti seseorang sedang memancing ikan. Tetapi tidak kelihatan. Akak terus suruh suami dan adik angkat akak melihat.

 

“Korang tengok kat joran tu. Korang nampak apa yang aku nampak?”

 

Mereka terus diam. Suami pula lagi boleh buat lawak. Dia berkata, “Sudah biarkan. Tempat dah gelap. Harapkan lampu jalan. ‘Dia’ nak join pancing biarkan lah. Mana tahu dapat ikan. Mana tahu dia tak pernah try pancing pakai joran. Hehehe… Jangan tegurlah. Sekali dia jelma depan mata lagi satu kerja. Dah buat bodoh. Awak tu lemah semangat…”

 

Selepas suami kata begitu sambil kami memerhatikan joran itu, tiba-tiba seperti benda itu tahu yang kami melihat apa yang dia buat dan terus joran itu dia letak kembali semula ke tempat asal.

 

Ingatkan dah berhenti. Rupanya selang setengah jam dari kejadian itu satu dari joran akak pula dibuat main. Tapi joran akak semua ada akak letak loceng.

 

Jadi bila benda itu seperti bermain dengan joran akak, locengnya berbunyi. Selepas itu ia berhenti. Ia seakan-akan ingin mencuba semua joran itu.

 

Kelakar tapi menyeramkan kerana tidak dapat melihat. Inilah satu kejadian yang akak alami ketika memancing.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI