Ikan import atau ikan pendatang membawa maksud ikan yang dibawa masuk ke sesuatu perairan yang bukan habitat asalnya. Ini termasuk ikan yang dibawa masuk dari luar negara. Kebanyakan dari kita menganggap ikan pendatang ini berbahaya kepada ikan natif atau ikan asal. Betul ke ia hanya membawa keburukan semata-mata?

 

Keli Afrika

Nama lain : Northern African catfish, lele, keli

Nama Saintifik : Clarias gariepinus

Negara asal : Kebanyakan negara Pan-Afrika

Baik Buruk Spesies Ikan Import (Spesies 1)

Keli Afrika pada mulanya diperkenalkan sekitar tahun 1980-an. Ini bertujuan untuk pembiakan kacukan serta beberapa faktor untuk kegunaan akuakultur. Keli Afrika tidaklah merupakan ancaman yang besar kepada ekosistem dan spesies tempatan.

Biasanya spesies ini memakan apa saja dan hidup secara senyap di tasik, kolam atau lombong. Walaupun dikatakan tidak mempunyai daya melawan yang kuat, keli Afrika masih mempunyai kelebihan kerana saiznya yang mampu mencapai saiz gergasi membuatkannya masih menjadi buruan bagi sesetengah pemancing.

 

Amazon Redtail Catfish

Nama lain : Amazon Redtail catfish, Baung Merah Amazon

Nama Saintifik : Phractocephalus hemioliopterus

Negara asal: Amerika Selatan; Amazon, Brazil, Colombia

Baik Buruk Spesies Ikan Import (Spesies 1)

IKLAN

Spesies catfish ekor merah ini merupakan spesies yang berasal dari Amerika Selatan. Pengenalan spesies ini kepada habitat tempatan ialah menerusi kepentingan dalam bidang ikan hiasan serta ikan bagi buruan pemancing sukan. Kekuatan ikan ini menjadikannya menjadi spesies ikan sukan yang semakin popular di kalangan pemancing tempatan. Terdapat kolam-kolam pancing komersial sudah mula memperkenalkan spesies ini di kolam mereka.

Walaupun diakui ganas, namun masih tiada rekod jelas menunjukkan ancaman risiko tinggi kepada ekosistem tempatan ataupun kemampuan spesies ini untuk membiak sendiri di ekosistem bebas tempatan.

 

Asian Redtail Catfish

Nama lain : Asian Redtail Catfish, Baung Ekor Merah

Nama Saintifik: Hemibagrus wyckioides

Negara Asal: Indochina, Thailand

Baik Buruk Spesies Ikan Import (Spesies 1)

Ikan ini dipasarkan secara segar sebagai ikan makanan dan menjadi industri akuakultur di beberapa negara Asia. Spesies ini dibawa masuk ke Malaysia sebagai ikan akuarium dan juga sebagai ikan sukan di kolam-kolam pancing air tawar komersial.

Baung ekor merah ini tidak memilih dan memakan apa sahaja makanan. Spesies ini turut didakwa sebagai ikan air tawar paling agresif di dunia dan sudah pun bertebaran luas memasuki sistem sungai di negara kita. Secara perlahan-lahan spesies tempatan seperti baung kuning mula terancam survival hidupnya.

IKLAN

 

Peacock Bass

Nama lain : Peacock cichlid, PB, Ikan Raja, Ikan Merak

Nama Saintifik : Cichla ocellaris

Negara asal : Kawasan sungai Amerika Selatan, Guyana dan Suriname

Baik Buruk Spesies Ikan Import (Spesies 1)

Ikan peacock bass dikatakan spesies yang cepat membiak dengan banyak dalam sesuatu kawasan. Asalnya, ikan ini diperkenalkan untuk tujuan akuakultur dan aktiviti memancing secara komersial. Namun disebabkan sifat kepemangsaannya yang melampau, spesies ini dikatakan tidak sesuai dalam akuakultur.

Namun begitu, bagi sektor pancingan sukan PB amat digemari oleh kaki pancing kerana kekuatan lariannya. Risiko bagi ekosistem yang mempunyai kemasukan spesies ini dan tidak dikawal selia dengan baik mungkin mengakibatkan penurunan bilangan spesies tempatan lain dan kehilangan spesies tertentu dalam sesebuah ekosistem.

 

Giant Pangasius

IKLAN

Nama lain: Giant pangasius, Paroon Shark, Patin Chao Phraya

Nama saintifik: Pangasius sanitwongsei

Negara asal: Indochina, Thailand

Baik Buruk Spesies Ikan Import (Spesies 1)

Ikan patin Chao Phraya atau Chao Phraya catfish merupakan spesies ikan air tawar yang berada dalam keluarga ikan yu patin (shark catfish) dalam order Siluriformes. Ikan yang berasal dari lembangan sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya ini telah disenaraikan dalam spesies yang terancam berikutan aktiviti penangkapan secara berlebihan.

Spesies benthopelagik dan bermigrasi ini menjadikan krustasea dan ikan ikan sebagai makanan utama. Ia kini menjadi ikan sukan khususnya di kolam-kolam pancing air tawar komersial dan sangat berbahaya sekiranya terlepas ke sistem badan sungai ekoran kerakusan dan kemampuan hidup di kawasan air payau dengan baik.

 

Siamese Carp

Nama lain: Siamese carp, Siamese giant carp, Kap Siam

Nama saintifik: Catlocarpio siamensis

Negara Asal: Indochina, Thailand

Baik Buruk Spesies Ikan Import (Spesies 1)

Ikan giant barb, Siamese carp atau kap Siam merupakan spesies Cyprinid terbesar di dunia dan hanya terdapat di Lembah Mae Klong, Mekong dan Chao Phraya di Indochina. Ia telah merosot secara drastik akibat kehilangan habitat dan penangkapan ikan secara berlebihan dan kini dianggap kritikal terancam.

Ikan yang mampu membesar panjang sehingga 3 meter dan 300 kg berat ini kini lebih mudah ditemui kolam-kolam pancing dan di dalam industri akuakultur. Kehadirannya sama sekali tidak menjejaskan populasi ikan tempatan kerana tiada sebarang rekod ancaman dari spesies ini.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI