Ikan baung merupakan ikan air tawar yang sedap dijadikan hidangan. Rasanya sangat enak dan dikategorikan sebagai ikan bernilai tinggi sehingga puluhan ringgit di sesetengah tempat bagi sekilogram.
Lazimnya ikan baung boleh diperolehi di mana-mana lokasi sungai dan sungai. Ikan ini aktif dan lebih mudah memancingnya bila selepas hujan, air sungai menjadi keruh dan serta pada waktu malam.
Untuk memancing ikan baung, umpannya tidaklah sukar dan tidak menolak apa sahaja jenis umpan berbau kuat. Jadi tidak hairanlah umpan tapa begitu sinonim dengan ikan baung ini. Namun berapa ramai yang tahan dan sanggup berhadapan menggunakan umpan ini.
Jadi untuk pilihan, apa kata gunakan daging burger sebagai umpan untuk memikat ikan ini. Syaratnya, perlu cari lokasi yang airnya mengalir (tidak terlalu deras) jika mahu menggunakan umpan ini.
Ads
Bahan-bahan
Daging burger
Tepung jagung
Cara penyediaan:
Tutorial 1
Daging burger perlu dinyahbekukan (dilembutkan) terlebih dahulu dan letakkan di dalam suatu bekas.
Ads
Tutorial 2
Campurkan sedikit tepung jagung.
Ads
Tutorial 3
Uli dan adun tepung jagung bersama daging burger.
Tutorial 4
Hasil adunan haruslah kenyal tetapi lembut.
Tutorial 5
Umpan burger yang telah siap. Hanya ambil dan cangkukkan pada mata kail dan terus boleh memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
LAIN KOLAM LAIN TABIAT PEMAKANAN IKANNYA. JIKA KOLAM ITU BIASA DIAJAR MAKAN PERUT AYAM, MAKA PENGGUNAAN UMPAN KONGKANG (UMPAN PERUT AYAM YANG DIPROSES DAN TIDAK BERBAU BUSUK) ADALAH ALTERNATIF TERBAIK. DAN UMPAN TEPUNG YANG MENGGUNAKAN KONGKANG ADALAH PILIHAN TERBAIK KERANA KEUPAYAANNYA UNTUK MENGAPUNG DENGAN BAIK DI DALAM AIR.
Bahan-bahan Umpan:
Cara-Cara Penyediaan Umpan:
Masukkan setengah kilogram gandum ke dalam bekas bancuhan.
Masukkan setengah kilogram tepung jagung dan seratakan campurannya.
Masukkan sepaket mauripan dan gaulkan hingga rata.
Masukkan 15-20 penutup Umpan Ulong (kongkang) dan gaul hingga sebati.
Masukkan 4 penutup esen pisang dan gaul lagi sehingga rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
Masukkan pewarna sekiranya perlu. Gaulkan adunan ini sehingga sebati.
Cara-Cara Menggunakan Umpan:
Simpan adunan di dalam bekas tertutup rapat dan jemur selama 4 jam sehingga adunan menjadi kembang.
Gunakan perambut dua mata dan cucuk jajan pada mata kail.
Balut atau gentel jajan itu dengan adunan tepung. Sekiranya adunan agak lembik, bolehlah tambahkan lagi tepung gandum.
Plekoptera juga dikenali sebagai STONEFLY adalah sejenis serangga yang kebiasaannya duduk di kawasan jeram yang bersih dan berair jernih. Serangga seperti ini hanya memilih kawasan yang mempunyai kualiti air yang baik.
Kebiasaannya ikan-ikan seperti tengas, sebarau yang tinggal di kawasan pergunungan menjadikan stonefly ini sebagai diet pemakanan.
Untuk menjerat spesies ikan pergunungan ini, teknik pancingan layang juga sangat sesuai digunakan kerana mekanisma pancing layang itu sendiri membolehkan kita melayangkan umpan seringan serangga untuk sampai ke kawasan sasaran.
Berikut adalah langkah-langkah untuk menghasilkan umpan jenis stonefly secara ringkas dan ianya boleh dilakukan sendiri.
Alatan keperluan:
1-Vise
2-Bobbin
3-Whipe finishing
4-Gunting
5-Benang
6-Wayar tembaga
7-Marker pen hitam
8-Getah gelang hitam
9-Lebihan plastic double tape
10-Goose biot hitam
11-Scud back brown
12-Phesant tail
13-Tali mono 10lb
14-Dubbing brown
15-Mata kail Mustaid saiz 8
Tutorial 1
Mulakan ikatan dari depan dan disertakan dengan melilit wayar tembaga sehingga ke bahagian belakang.
Tutorial 2
Kemudian ikat sedikit hujung getah gelang bermula dari belakang.
Tutorial 3
Ambil 2 helaian goose biot diikat pada bahagian kiri dan kanan untuk membuat ekor.
Tutorial 4
Ambil dubbing material utk mencipta bentuk badan serangga dan dililit sehingga ke bahagian tengah mata kail.
Tutorial 5
Lilitkan getah gelang tadi sehingga bahagian tengah mata kail dan matikan ikatan getah tersebut.
Tutorial 6
Lakukan perkara yang serupa pada wayar tembaga tadi dan lilitkan hingga bahagian tengah juga.
Tutorial 7
Ambil scud back sepanjang 4 cm dan ikat dari bahagian tengah mata kail.
Tutorial 8
Kemudian ikat pula lebihan plastic tape bertindih dengan scud back.
Tutorial 9
Lilit sedikit dubbing di bahagian tengah untuk hasilkan thorax.
Tutorial 10
Ambil 3 helaian phesant tail untuk mencipta kaki serangga, lakukan ikatan seperti dalam gamba dan hasilkan sebanyak 6 ikatan.
Tutorial 11
Letak ikatan phesant tail tadi di kanan kiri bahagian untuk menghasilkan kaki serangga.
Tutorial 12
Setelah selesai membuat kaki, tarik bahagian plastic tape dan scudback ke depan dan ikat bahagian pertama tersebut.
Tutorial 13
Ulang langkah no 11 dan 12 sebanyak 3 kali untuk hasilkan thorax stonefly. (Rujuk pada tutorial).
Tutorial 14
Buat mata serangga menggunakan tali tangsi bakar dengan perlahan bahagian kiri dan kanan untuk hasilkan bentuk bulat bahagian mata dan ikatkan pada bahagian paling depan.
Tutorial 15
Ambil 2 helaian phesant tail untuk hasilkan sesungut dan lakukan ikatan terakhir bagi mematikan semua ikatan.
Tutorial 16
Potong lebihan kaki utk menampakkan lebih kekemasan dan kemaskan bahagian yang tak perlu.
Orang kata tak perlu susah-susah buat umpan ikan keli… beli je cacing. Betul memang la betul tapi kalau ada makan lebih baik pasti keli akan cari yang lebih baik. Lebih-lebih lagi kalau umpan tinggi protein macam telur ayam muda.
Tentu ramai yang keliru dengan istilah telur ayam muda. Telur ayam muda bukanlah bermaksud telur yang ditelurkan oleh ayam muda, sebaliknya telur yang masih berada dalam ovari ayam yang belum sempurna. Lazimnya ia diperoleh jika menyembelih ayam yang belum habis bertelur atau akan bertelur.
Telur ini biasanya terdiri dari gugusan telur kuning tanpa cengkerang kulit telur. Selain enak dijadikan makanan, ia juga boleh dijadikan umpan memancing. Ia boleh digunakan secara terus atau diproses bersama bahan-bahan lain untuk dijadikan umpan memancing ikan bermisai terutamanya ikan keli.
Barang keperluan:
1 kg telur muda
3 paket Nestum segera
1/2 keping ragi tapai (boleh juga guna yis)
2 bungkus roti bun
Minyak JS
Tepung jagung
Cara menghasilkannya:
Hancurkan setengah keping ragi tapai, kemudian masukkan ia bersama telur muda ke dalam bekas pengisar.
Kisar seketika, kemudian campurkan 3 paket Nestum dan 3 penutup botol Minyak JS. Kisar sehingga adunan menjadi sebati.
Koyakkan carik-carikkan roti bun (2 bungkus) menjadi cebisan kecil di dalam bekas kedap udara.
Curahkan adunan bahan yang dikisar ke atas cebisan roti dan gaul sehingga ia sekata sepenuhnya.
Tutup bekas kedap udara dan simpan atau peram selama 4 hari.
Cara menggunakannya:
Jika adunan umpan agak lembik, tambahkan sedikit tepung gandum sehingga ia boleh dikepal atau dicangkukkan pada mata kail.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...