Bagaimana Nak Jadi Tekong Yang Disayangi!!

Share

 

Anda WAJIB seorang amat meminati aktiviti dunia hanyir memancing. Memang tak ke mana kerjaya seorang tekong kalau hanya sekadar membawa pemancing keluar memancing.

 

Disiplin diri yang baik agar boleh dicontohi oleh pemancing. Tekong yang berdisiplin akan diteladani oleh pelanggan atau pemancing. Ibarat macam guru juga. Kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

 

 

Selalu memancing di dalam lokasi, faham selok-belok teknik dan cara untuk menjinakan ikan bagi memudahkan pelanggan.

 

Mampu berkongsi pengalaman dengan pemancing lain dari segi teknikal bermula dari pemilihan rod, kekili, tali, ikatan perambut, gewang, umpan dan lain-lain agar dapat membantu pemancing terutamanya yang baru mengikuti trip anda.

 

Tekong perlulah menawarkan khidmat atau bantuan dengan penuh bersemangat. Keterujaan akan lebih terasa kepada pelanggan apabila kehadiran tekong banyak membantu pemancing dan memberi impak yang positif.

 

 

Tekong atau guide juga harus memancing bersama-sama dengan pemancing bila ada ruang untuk memberi semangat kepada mereka. Jangan pula terlebih memancing dari pemancing pulak.

 

Tekong atau guide jangan mengambil hasil yang dipancing, semua hasil yang diperolehi dari tangannya atau awak-awak harus diberikan kepada pelanggan kerana mereka telah membayar sewa dan pakej perkhidmatan kita.

 

Wajib melengkapkan diri dengan lesen kompentesi pemanduan bot, mendaftar bot dan memiliki insuran bagi melindungi semua pemancing.

 

 

Memahami teknik pertolongan cemas dan tindakan yang perlu dilakukan jika berlaku pada saat kecemasan.

 

Memastikan bot bersedia dan semua pemeriksaan dibuat untuk faktor keselamatan sebelum berlepas dan selepas pulang dari memancing.

 

IKLAN