Anda WAJIB seorang amat meminati aktiviti dunia hanyir memancing. Memang tak ke mana kerjaya seorang tekong kalau hanya sekadar membawa pemancing keluar memancing.
Disiplin diri yang baik agar boleh dicontohi oleh pemancing. Tekong yang berdisiplin akan diteladani oleh pelanggan atau pemancing. Ibarat macam guru juga. Kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
Selalu memancing di dalam lokasi, faham selok-belok teknik dan cara untuk menjinakan ikan bagi memudahkan pelanggan.
Ads
Mampu berkongsi pengalaman dengan pemancing lain dari segi teknikal bermula dari pemilihan rod, kekili, tali, ikatan perambut, gewang, umpan dan lain-lain agar dapat membantu pemancing terutamanya yang baru mengikuti trip anda.
Tekong perlulah menawarkan khidmat atau bantuan dengan penuh bersemangat. Keterujaan akan lebih terasa kepada pelanggan apabila kehadiran tekong banyak membantu pemancing dan memberi impak yang positif.
Ads
Tekong atau guide juga harus memancing bersama-sama dengan pemancing bila ada ruang untuk memberi semangat kepada mereka. Jangan pula terlebih memancing dari pemancing pulak.
Tekong atau guide jangan mengambil hasil yang dipancing, semua hasil yang diperolehi dari tangannya atau awak-awak harus diberikan kepada pelanggan kerana mereka telah membayar sewa dan pakej perkhidmatan kita.
Ads
Wajib melengkapkan diri dengan lesen kompentesi pemanduan bot, mendaftar bot dan memiliki insuran bagi melindungi semua pemancing.
Memahami teknik pertolongan cemas dan tindakan yang perlu dilakukan jika berlaku pada saat kecemasan.
Memastikan bot bersedia dan semua pemeriksaan dibuat untuk faktor keselamatan sebelum berlepas dan selepas pulang dari memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebagai penghuni habitat air masin dan payau, anda boleh menemui ikan kedukang ini di laut atau muara sungai. Asalkan penggunaan umpan memancing yang tepat, ikan ini akan dapat dengan mudah dipancing.
Boleh dikatakan hampir kesemua spot di pinggir laut dan muara yang memiliki dasar berlumpur dan berbatu boleh dijadikan lokasi memancing ikan kedukang.
Boleh dikatakan langsung tidak sukar untuk memancing ikan kedukang. Populasinya yang masih banyak, datang secara berkumpulan akan memudahkan anda untuk memancing kelompok ikan ini.
Namun ada baiknya juga jika anda mengambil tahu teknik memancing yang betul. Yang pertama adalah teknik pancingan dasar dengan dua teknik perambut berbeza.
Perambut pertama ialah dengan menggunakan batu hidup atau mati yang membolehkan umpan pada mata kail membuai. Dan keduanya menggunakan perambut apollo 2-3 mata kail.
Meskipun pada asasnya mudah kerana seperti catfish lainnya akan memakan apa saja umpan, ternyata ada umpan yang lebih disukai oleh ikan kedukang.
Umpan utama yang paling berkesan berdasarkan pengalaman kebanyakan pemancing ialah umpun-umpun atau ruat nipah. Umpan inilah yang terkenal paling galak dan sangat disukai oleh kelompok keluarga catfish atau ikan-ikan pinggiran lautlainnya.
Jika dibandingkan dengan menggunakan udang mati atau udang kopek, kedukang lebih menyukai umpan umpun-umpun. Umpan memancing ikan kedukang laina yang juga cukup efektif adalah menggunakan isi kerang. Kerang mentah yang dipakai adalah kerang dara atau kerang bulu.
Sebenarnya bila-bila masa pun anda boleh memancing, ikan jenis ini akan dapat diperolehi. Tetapi, berdasarkan pengalaman, awal pagi dan senja hari adalah waktu yang paling tepat untuk memancing ikan kedukang.
Selepas hujan biasanya sambaran akan lebih galak dan saat air laut bergerak pasang atau beranjak surut anda juga boleh mendapatkan sambaran lebih banyak berbanding ketika laut sedang pasang penuh ataa surut habis.
Beberapa pemancing juga mendapatkan sambaran yang banyak ketika pancingan malam. Ikan kedukang seperti halnya Catfish lainnya memanfaatkan deria bau penciuman untuk mengesan umpan atau mangsanya.
Ketika ikan kedukang mula menyambar umpan anda, segera bersiaplah kerana karakteristiknya yang berkelompok akan memberikan peluang untuk anda mendapatkan sambaran yang lebih.
Persoalan ini sering bermain di benak fikiran kita. Sama seperti manusia, adakah ikan juga boleh tidur? Jawapannya, YA!
Tetapi tidak seperti manusia dan mamalia lain, cara ikan tidur dan merehatkan diri adalah berbeza sama sekali.
Ini kerana ikan tidak mempunyai kelopak mata (kecuali jerung) sama seperti manusia dan mamalia lain.
Dikatakan, sewaktu ikan tidur, ia tidaklah benar-benar terlelap, tetapi sebaliknya ia tidur dalam keadaan separa sedar.
Ini kerana ia harus sentiasa berwaspada dengan pemangsa yang mungkin akan menyerang hendap secara tiba-tiba.
Dalam soal ikan tidur ini, ada pelbagai cara yang menunjukkan ikan sedang tidur atau merehatkan diri.
Ada yang tidur sambil berenang perlahan-lahan, ada yang berada dalam keadaan diam dan kaku, ada yang berada dalam posisi seperti mati, dan ada juga yang bersembunyi di batu, dalam pasir dan di karang.
Namun, bagi ikan bayan (parrotfish) cara tidurnya amat menarik sekali. Ini kerana ia boleh menghasilkan sejenis ‘mukus’ untuk dijadikan sebagai tempat tidur.
Mukus tersebut akan membaluti tubuh ikan bayan ini dan secara tidak langsung ia membantu untuk mengelak daripada serangan pemangsa lain.
Perangai buntal lebih kurang sesirat juga. Malah ia lebih ditakuti berbanding benci kepada sesirat.
Buntal bukan saja kerap menggigit tali utama dan perambut, ia juga suspek pembunuh kepada umpan hidup terutamanya udang hidup.
Dengan harga udang hidup yang semakin mahal, ia tentu menyakitkan hati pemancing jika lubuk dipenuhi si buntal.
Sama ada ketam nipah, ketam batu atau lain-lain, ia merupakan spesies mengutis umpan yang cekap dan menyakitkan hati.
Sebagaimana ikan buntal, ia juga pakar mengerjakan umpan udang hidup. Jika dibiarkan lama, ia bukan saja memakan kaki udang malah sehingga mata kail menjadi kosong.
Kecuali ia tercangkuk pada mata kail, ia tidak lagi dianggap pengacau umpan sebaliknya satu tangkapan bonus.
Ikan yang bergerak secara berkumpulan ini dianggap sebagai spesies pengacau umpan, khusus bagi pemancing yang tidak menjadikannya sebagai ikan sasaran.
Ia sememangnya gemar mengetis umpan dengan mulutnya yang kecil. Jika menggunakan mata kail yang besar maka ia selamat dari tercangkuk.
Oleh yang demikian jika anda teringin untuk memancingnya juga maka gunalah mata kail yang lebih kecil.
Sama ada di muara, pesisir pantai atau perairan cetek, anda akan berhadapan dengan spesies bernama ulat bulut.
Selain bijak menghabiskan umpan, ia kadangkala tercangkuk juga pada mata kail. Apabila didaratkan, pemancing perlu berhati hati ketika menanggalkan dari mata kail kerana
spesies ini mempunyai bulu-bulu beracun dan sekiranya terkena pada anggota badan boleh menyebabkan kegatalan.
Belangkas biasanya boleh ditemui di muara anak sungai kecil yang menghala ke kawasan muara.
Sebagaimana ketam, ia boleh dibawa pulang dan dimakan jika tercangkuk pada mata kail.
Namun jika tidak tercangkuk pada mata kail, ia samalah seperti spesies pengacau umpan lain yang menghabiskan umpan secara senyap.
Apa saja jenis ikan termasuklah ikan-ikan kecil seperti seriding merupakan pengacau umpan yang paling banyak menghabiskan umpan.
Terutamanya umpan dari jenis hirisan ikan. Bagi mengelak serangan anak atau ikan-ikan kecil, sebaiknya gunalah umpan yang agak liat seperti jejari sotong kurita.
Walau dikutis ia masih mampu bertahan sehingga disambar spesies sasaran.
Selain dijadikan umpan yang mujarab, sebenarnya perumpun sarang juga tergolong dalam spesies pengacau umpan.
Biasanya berada di kawasan anak sungai dan tebing yang bereba. Cuma kerjanya lebih halus berbanding ketam. Atau lebih kurang sama macam anak ketam.
Biasanya dia akan meratah udang hidup secara perlahan-lahan. Kalau anda mendapati kaki udang hidup anda kudung semua, jangan tak percaya ia adalah kerja perumpun sarang.
Merupakan ikan yang banyak berkeliaran di kawasan muara yang berselut dan berlumpur. Secara fizikalnya mempunyai mulut yang besar dan badan yang bebelang.
Tabiat makan yang tidak memilih, semua umpan ikan ni sebat. Kadang-kadang telan umpan sehingga ke insang.
Jika bersaiz kasar mungkin ada yang ingin membawa pulang dan memberikan sedikit hiburan ketika tercangkuk umpan.
Tetapi jika asyik yang bersaiz dua jari yang membaham umpan, memang menjengkelkan!
Seperti belukang, species ini tidak mempedulikan umpan apa yang digunakan. Semua yang melekat kat mata kail akan disapu.
Kalau dah ambil umpan ia biasanya akan menelan mata kail hingga ke dalam perut. Kalau dah telan, amat susah untuk mengeluarkan mata dan kadang kala pemancing terpaksa mengeluarkan perambut dan digantikan dengan mata dan perambut yang baru.
Jangan tertipu dengan rupa parasnya yang seakan kerapu itu.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...