
Ikatan Marshall’s Snare ini amat mudah dan ringkas namun ia cukup praktikal. Sama ada mengikat langsung menggunakan tali utama ataupun perambut mono serta fluorocarbon, ia mampu menghasilkan satu ikatan yang kemas dan mampu bertahan.
Tutorial 1
Ikatan untuk menyambungkan tali tangsi atau sulam dengan swivel atau mata kail bermata cincin.
Tutorial 2
Lingkarkan tali kira-kira sejengkal.
Tutorial 3
Buatkan satu simpulan tanpa ikatan pada bahagian tali utama.
Tutorial 4
Masukkan hujung lingkaran tali ke dalam cincin swivel.
Tutorial 5
Kemudian masukkan pula hujung lingkaran melalui swivel keseluruhannya.
Tutorial 6
Masukkan pula hujung tali ke dalam lingkaran yang tersebut.
Tutorial 7
Tarik hujung tali dan tali utama sehingga ikatan kemas terbentuk.
Tutorial 8a
Potong lebihan hujung tali dan sebaiknya bakar hujungnya.
Cara Buat Simpulan Klasik Bimini!

Cara 1
Lipatkan tali menjadi gelung kira satu depa dan pegang pada kedua-dua tali dengan hujungnya dibiarkan kira satu kaki.
Cara 2
Pintal gelung tali yang diselitkan pada jari kira-kira 20 hingga 30 pusingan.
Cara 3
Masukkan gelung tali ke bawah kedua tapak kaki sementara pastikan pintalan yang dihasilkan tadi tidak terurai.
Cara 4
Rapatkan pintalan dengan menolak pintalan yang dihasilkan dari dalam gelung sehingga pintalan menjadi ketat.
Cara 5
Bagi mengelak pintalan menjadi longgar, gunakan kedua-dua kaki sambil tangan memegang punca pintalan dari terlepas.
Cara 6
Tanpa membiarkan pintalan menjadi longgar, lurutkan hujung tali agar melilit pintalan sedikit demi sedikit.
Cara 7
Lakukan lilitan tersebut sehingga ia menjadi tindanan hingga hujung gelung.
Cara 8
Lilitan penuh yang dihasilkan. Kekalkan ia agar tidak terlerai untuk ikatan simpulan.
Cara 9
Untuk melakukan simpulan mati, masukkan hujung gelung ke bawah tapak kaki dan regangkannya.
Cara 10
Rapatkan pangkal dan lilit dengan hujung tali 8-10 kali.
Cara 11
Lilit pula ke arah berlawanan beberapa kali masukkan hujung tali ke dalam gelung.
Cara 12
Basahkan lilitan dan tarik hujung tali dengan seketat-ketatnya.
Cara 13
Simpulan Bimini Twist yang disiapkan.
Ikatan Berasaskan Nombor 8 Yang Sempoi

Ikatan eight figure knot (8 knot) atau ikatan nombor 8 merupakan satu ikatan paling asas untuk menyambungkan tali kepada mata kail bercincin atau kili. Ia dinamakan 8 knot berikutan satu simpulan berupa nombor 8 akan terbentuk sebelum ia diketatkan. Jika simpulan nombor 8 tidak terhasil bermakna ikatan tersebut telah tersilap tutorialnya.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali ke dalam lubang cincin mata kail (tidak kisah dari arah depan atau belakang mata kerana ia tidak perlu buat ikatan pada teras mata kail).
Tutorial 2
Lakukan satu simpulan mati pada hujung tali yang memasuki lubang cincin.
Tutorial 3
Kuatkan simpulan mata itu sekuat yang mampu.
Tutorial 4
Potong lebihan tali merapati simpulan. Sebaiknya tidak terlalu rapat pada simpulan.
Tutorial 5
Bakar hujung tali tekan hujungnya agar terbentuk benjolan yang akan berfungsi sebagai stopper.
Tutorial 6
Pegang bahagian hujung tali dan buat lingkaran pada bahagian tali utama.
Tutorial 7
Buat satu lingkaran di bawah tali hingga terbentuk angka 8 kemudian masukkan hujung tali ke dalam lingkaran.
Tutorial 8
Tarik hujung tali dan kuatkan ikatan sehingga bahagian simpulan hujung tali mampat pada ikatan.
DIY Penyelamat Gewang Tersangkut Pokok!!

Terdapat pelbagai jenis dan kaedah penggunaan penyelamat gewang, namun matlamatnya hanya satu iaitu untuk menyelamatkan gewang yang tersangkut.
Lazimnya kita akan menggunakan hanya satu jenis penyelamat gewang, tidak kiralah gewang tersebut tersangkut pada struktur di dasar atau pertengahan sungai.
Untuk melepaskan gewang yang tersangkut pada reba di bawah permukaan air atau di atas pokok pula agak kurang sesuai untuk menggunakan penyelamat gewang yang sedia ada.
Bagi mengatasi perkara ini, perlu ada penyelamat gewang yang lebih sesuai. Contohnya macam penyelamat gewang yang kami kongsikan ini.
Bahan-Bahan:
Joran patah yang tidak digunakan lagi
Pemukul telur
Cable tie
Gunting
Cara Membuatnya:
Ambil pemukul telur dan letak di penghujung joran. Sebaiknya pastikan pemukul telur dapat diikat pada joran di antara dua cincin.
Ikat dengan ketat dengan menggunakan cable tie bagi menghalang pemukul telur itu melurut dan tercabut ketika proses melepaskan gewang yang tersangkut.
Penyelamat gewang ini bolehlah digunakan untuk melepaskan gewang yang tersangkut pada reba di dalam atau pada batang pokok yang tidak dapat dicapai dengan tangan.