Patipok atau pecah periuk (Lobotes surinamensis) adalah spesies yang gemar mengikut sampah yang dihanyutkan dari muara sungai ke laut seperti batang pokok tumbang, pokok nipah yang hanyut.
Ikan ini menjadikan sampah sarap atau apungan sampah sebagai lokasinya mencari makan. Jika terserempak dengannya ketika memancing di tengah laut, jangan sesekali menganggapnya hanya sampah sarap, tetapi ia sebenarnya rezeki terpijak buat anda.
Lontaran Umpan
Dalam memburu penghuni apungan (selain patipok, ada spesies lain juga menghuni apungan besar), teknik menghanyut umpan dan melontar perlu dilakukan sehampir mungkin ke apungan tersebut.
Ads
Perambut
Perambut sepanjang setengah depa menggunakan perambut kabel ataupun tali mono 60 paun boleh dipraktikkan dalam memburu spesies ini. Setting kasar ini penting bagi memastikan dapat menarik mangsa keluar dari halangan apungan.
Ads
Umpan
Umpan sotong atau hirisan kembung sangat sesuai digunakan untuk menjerat mangsa yang kebiasaannya mencari makanan di sekitar apungan yang hanyut. Spesies pelagik ini pada kebiasaannya akan melarikan umpan antara dasar dan permukaan air.
Ads
Set pancing
Set pancing yang digunakan juga tidak perlulah menjurus kepada set yang terlalu berat kerana, aksi tarikannya memang dinantikan pemancing. Cuma perlu seimbang agar dapat merasai keseronokan sebenar melayan penghuni ini.
Umpan alternatif
Secara amnya, ikan patipok akan menjamah apa jua umpan yang dilontarkan berhampiran kumpulan mereka.Selain hirisan kembung dan sotong, batu ladung yang diikat bulu itik juga mendapat sambutan dan tidak keterlaluan jika saya katakan spesies ini mudah dipancing jika terkena lubuknya. Selain itu mikro jig dengan sotong getah juga boleh digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bentuk sesudu menyerupai ikan perimpin atau anak-anak ikan lain yang menghuni perairan lombong atau sungai menyebabkan ia realistik pada pandangan ikan. Kilatan pada sesudu juga sangat menyerupai kilatan yang terdapat pada sisik ikan-ikan kecil.
Fluttering atu gelekan sesudu menghasilkan sinaran berkilat lebih-lebih lagi apabila dipanah cahaya matahari yang terik. Kilatan ini menyerupai ikan-ikan kecil yang sedang sakit atau panik ketakutan, ini lebih cepat menarik perhatian pemangsa walau sebagaimana degil sekalipun.
Perimeter permainan sesudu adalah pelbagai. Ia boleh dimainkan di permukaan air, kolum pertengah dan heretan dasar. Sesudu biasanya berat dan ia mudah dilemparkan jika anda menggunakan baitcaster.
Oleh kerana sesudu banyak bergantung kepada kilatnya itu, ia menjadi kurang efektif apabila cuaca mendung, cahaya matahari tidak dapat membalikkan kilatan pada badan sesudu. Disebabkan itu juga ia tidak beberapa sesuai digunakan pada awal pagi dan lewat petang, jauh sekali pada waktu malam.
Sesudu adalah besi dan lumrah besi ia tidak meresap apa-apa cecair. Jadi cecair bau-bauan tidak dapat disembur padanya. Kerana ia besi, ia senang berkarat, lebih-lebih lagi apabila catnya sudah tertanggal akibat digigit ikan.
Oleh kerana ia besi berat, ia cepat tenggelam dan ini membuatkan ia mudah tersangkut pada reba dan rumpaiar, lebih-lebih lagi jika menggunakan mata tiga.
Gelung mata kailnya satu, maka hanya satu mata tiga atau mata tunggal digunakan dan apabila ia tersangkut ia sukar dilepaskan apabila menggunakan penyelamata gewang berbanding gewang yang mempunyai lebih mata tiga.
Sifat sesudu yang flutter atau bergelek semasa tenggelam dan wobble (goyang ke kiri dan kanan) semasa diputar menyebabkan tali pancing mudah kusut, lebih-lebih lagi menggunakan kekili spinning.
Kebanyakan pengunjung menggunakan joran pole sendiri. Joran pole yang dibawa sendiri biasanya tidak menggunakan teknik pelampung seperti mana pole yang disediakan.
Kebanyakannya menggunakan teknik gelungan seakan-akan spring yang terletak antara hujung sambung joran dan tali utama. Namun bagi orang baru, biasanya menggunakan pelampung.
Dengan cara ini, getuan halus udang harimau lebih mudah dikesan. Cuma mata haruslah sering memerhatikan pergerakan pelampung.
Apabila menggunakan joran dilengkapi pelampung, anda disarankan mengukur semula kedalaman kolam, kemudian selaraskan semula dengan paras pelampung pada tangsi.
Ini kerana kedalaman air kolam berubah-ubah, kadangkala airnya rendah, kadangkala dalam. Jadi apabila kita dapat selaraskan kedudukan pelampung di tangsi dengan kedalam kolam, peratusan untuk sukses adalah tinggi.
Mata kail pula dari jenis Gamakatsu no. 8 (mata kail yang terdapat gelungan timah dililit pada tangkai mata kail).
Timah yang dililit pada tangkai mata kail untuk memastikan mata kail sentiasa tegak ke bawah, tidak terjungkit ke atas agar tancapan pada mulut udang lebih kukuh semasa sentapan dibuat. Selain itu ia juga bertindak sebagai pemberat.
Umpan isi udang, hati ayam atau perumpun boleh digunakan. Namun umpan perlulah dilabuhkan di tempat yang betul. Hotspot terbaik ialah sekitar penjuru kolam dan juga buih-buih bekalan oksigen.
Sudah menjadi kelaziman pemancing udang kolam akan berubah tempat untuk mencari port udang berkumpul. Jika dalam masa 5 minit tiada ragutan, mereka akan berpindah port. Sebaik saja umpan dilabuhkan, mata terus fokus pada pelampung.
Setelah kelihatan pelampung tenggelam, berikan sedikit ruang kepada udang untuk membawa lari umpan. Ketika ini tumpuan terhadap joran dan pelampung amat penting.
Perlahan-lahan angkat joran dan apabila terasa berat udang, lakukan sedikit sentapan bagi memudahkan mata kail tercangkuk kemas di mulut udang (kadang-kadang ada yang tercangkuk kaki atau ekor).
Pastikan sentapan dibuat berlawanan dengan arah udang membawa lari pelampung. Biasanya teknik mudah dan ringkas ini berjaya membuahkan hasil.
Tips tambahan
Teknik casting udang. Teknik ini digunakan untuk untuk menangkap udang yang pening-pening lalat dan berlegar-legar di permukaan kolam.
Biasanya apabila stok udang dimasukkan, udang-udang baru akan naik ke permukaan. Ketika inilah otai-otai kolam mempraktikkan teknik ini.
Mata kail tanpa umpan akan dihulurkan betul-betul di hadapan udang yang timbul. Apabila udang berenang ke hadapan, joran disentap keras untuk menusuk ke badan udang tadi.
Biasanya teknik ini dibenarkan oleh pemilik kolam kerana ia tidak dianggap sebagai menangguk udang.
Sotong jarum besar atau lebih popular dengan nama sotong torak mula menyerang perairan Terengganu sejak akhir Mac lagi. Maka, kaki-kaki sotong bertaraf otai, baru atau tak pernah langsung mencandat sebelum ini mula berkira-kira merancang trip untuk ke Terengganu. Tujuan mereka tentunya mencandat sotong torak.
Siapa yang tidak terliur bila terbayangkan sotong bakar. Saiz sotong pula, perghh…. semangat gila! Jika kena lubuk, sotong yang dinaikan panjang-panjang belaka. Jika sudah rezeki, siap boleh jual sotong yang ditangkap. Tolak kos bot… dapat untung pula.
Set yang biasa digunakan bagi memancing sotong torak. Candat mayat merah putih jenis luminous & candat timah atau batu ladung.
Disyorkan anda menggunakan candat kepala merah berbadan putih jenis luminous. Candat jenis ini memang nampak tidak menarik tetapi sebenarnya power. Jenis biasa tanpa luminous lebih murah tetapi kurang ganas. Candat ini dijual dalam set-set tertentu dan mudah dijumpai di kedai-kedai pancing di Terengganu terutamanya.
Cara mengikat candat ke tali perambut sama seperti mengikat mata kail apollo. Kalau tak tahu… minta tolong mereka yang mahir. Anda boleh memasang seberapa banyak candat yang anda mahu jika anda mampu mengendalikan tali kusut dengan baik. Untuk newbie, dicadangkan anda memasang maksimum 3 sahaja.
Jangan ikat candat terlalu dekat antara satu sama lain. Dibimbangi candat bawah dan atas akan tersangkut bersama. Disebabkan sotong torak mempunyai badan yang panjang, perlu diambil kira panjang berkenaan dalam menganggar jarang antara candat.
Jika teknik ini tidak dipatuhi, sotong yang terkena candat akan tersangkut pula pada mata candat di bahagian ekornya dan peluang pemancing untuk mendapatkan lebih sotong dalam satu masa akan terjejas.
Candat twist (timah) dipasang pada bahagian paling bawah tali perambut. Tujuannya untuk memastikan tali perambut sentiasa berada di dalam keadaan tegak, melurus ke bawah. Jika candat twist tiada, anda boleh gantikan dengan batu ladung yang bersesuaian saiznya.
Jika batu ladung digunakan… tentunya tiada sotong yang sudi menyambar batu ladung berkenaan. Setakat ini, candat twist berwarna merah merupakan candat yang paling berjaya menambat hati sotong.
Ketika anda menurunkan candat, pastikan anda menurunkan candat twist terlebih dahulu. Turunkan secara perlahan-lahan.
Tindakan tergesa-gesa akan menyebabkan tali anda akan berpintal. Proses meleraikannya memang menyeksa batin kerana orang lain sedang sibuk menaikan sotong sambil memprovokasi emosi anda.
Jika sotong memegang candat anda, layan seperti biasa dengan drag kekili dilaras mengikut berat sotong. Jika anda menggunakan serek (koyan), rapatkan tali pada tepi bot dan lepas tali secara terkawal jika henjutannya semakin keras dan kuat.
Bila tiada tarikan… anda perlu tarik tali perlahan-lahan. Jangan tarik sotong seperti menarik ikan… jika bernasib baik anda akan dapat double atau triple.
Selepas sotong pertama dinaikkan. Jangan membuang masa… turunkan candat dengan segera. Sotong torak makan mengikut pergerakan arus. Jika kumpulannya berada di bawah bot anda, semua pemancing akan merasa tarikan sotong.
Untuk menaikkan semangat anda, bayangkan sotong berkenaan akan menjadi sotong bakar yang enak apabila anda tiba di daratan nanti.
Jangan terkejut jika sotong jenis lain juga dinaikkan. Sotong yang biasa bermain bersama sotong torak termasuklah sotong ketupat dan sotong jarum. Sotong mengabang sangat jarang dan hampir tiada kerana sotong ini suka bermain di kawasan berstruktur. Begitu pun kadang kala ada pemancing yang dapat juga.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...