Pancingan haruan boleh dikatakan sebagai langkah awal penglibatan kebanyakan orang ke dalam hobi memancing. Mungkin disebabkan itulah ramai yang menyangka ia hanya satu teknik pancingan asas yang tidak perlu dipelajari.

 

Jika anda belum pernah pernah memancing haruan, panduan yang didedahkan oleh seorang otai haruan ini mungkin berguna sebagai panduan.

 

Bagaimana Nak Berjaya Memancing Haruan

 

Pilihan Jenis mata kail

 

Ketika mula-mula terjebak dengan pancingan haruan, saya lebih banyak menggunakan `mata sampan’ dan umpan katak. Namun sekarang pelbagai pilihan boleh digunakan sama ada menggunakan mata kail tunggal, mata kail tunggal yang ditambah dengan weedless hook atau mata anti sangkut.

 

Kalau menggunakan gewang seperti jumpfrog, mata dua atau double hooks menjadi pilihan utama. Pilihan saiz mata kail adalah penting bergantung kepada saiz ikan haruan yang terdapat pada sesuatu lubuk.

IKLAN

 

Bagaimana Nak Berjaya Memancing Haruan

 

Jika anda sedang memburu spesies ibu atau haruan mega melebihi 1kg ke atas, dinasihatkan gunakanlah mata kail bersaiz sedikit besar, tajam dan kukuh bagi menguatkan cengkaman apabila haruan melawan dan lebih penting lagi ketika mengeluarkan ikan dari dalam air.

 

Penggayaan umpan

 

Kepada pemancing baru adalah dinasihatkan untuk belajar dan melihat orang lama memancing. Walaupun ikan haruan mudah dipancing tetapi adakalnya untuk memujuk ia menyambar umpan memerlukan beberapa teknik asas yang perlu diketahui.

IKLAN

 

Terdapat 3 pengayaan umpan iaitu; penggayaan umpan di permukaan, penggayaan umpan separa tengelam, penggayaan umpan di dasar.

 

Bagaimana Nak Berjaya Memancing Haruan

 

Ketiga-tiga penggayaan umpan ini hanya boleh digunakan jika anda menggunakan umpan katak. Tapi hari ini anda boleh menggunakan umpan softplastic bagi menggantikan umpan katak. Ketiga-tiga penggayaan umpan ini perlu dilakukan bagi mengenal pasti kolum air yang menjadi kawasan serangan haruan.

 

Kadang-kadang ada lubuk yang haruan menyambar di permukaan air saja, ada yang menyambar di pertengahan air dan ada juga di dasar.

IKLAN

 

Tempoh masa untuk strike

 

Untuk mendapatkan hook up yang kemas, buat sentapan ke arah atas bukan ke arah kiri atau kanan. Namun sekiranya ikan haruan terus melarikan umpan buat sentapan melawan arah larian ikan. Sentiasa pastikan tali dalam keadaan tegang semasa proses menaikan ikan. Ini kerana haruan mudah meleraikan mata kail apabila tali kendur.

 

Bagaimana Nak Berjaya Memancing Haruan

 

Sekiranya anda mengunakan katak, biarkan dahulu dalam kiraan 2-3 saat selepas haruan menyambar umpan. Kemudian barulah membuat sentapan. Jika anda mengunakan jumpfrog, anda boleh terus membuat sentapan kerana mata kail pada jump frog mudah membuat hook yang kemas.

 

Bagaimana Nak Berjaya Memancing Haruan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI