Pelik dan unik! Begitulah nama-nama ikan yang terdapat di negara kita ni. Memang banyak terdapat nama ikan yang pelik tapi kita bagi 10 contoh dahulu.

 

TELINGA GAJAH

 

Nama saintifik: Platax orbicularis
Nama global: Orbicular batfish
Nama tempatan: Telinga gajah

 

Bagaimana Ikan-Ikan Ini Peroleh Nama Pelik-Pelik?

 

Larian ikan ini sering menjadi buruan kaki pancing. Jolokan nama ikan telinga gajah dapat dilihat melalui bentuknya yang leper dan lebar. Bentuk ini seakan telinga gajah lantas ikan ini sinonim dengan panggilan ikan telinga gajah.

 

IKAN SUMPIT

 

Nama saintifik: Toxotes Jaculator
Nama global: Banded archerfish
Nama tempatan: Sumpit-sumpit, ikan sumpit

 

Bagaimana Ikan-Ikan Ini Peroleh Nama Pelik-Pelik?

 

Ikan sumpit mempunyai badan yang nipis seakan ikan sepat dan bahagian kepalanya lebih tirus. Sifat unik ikan ini ialah memburu mangsa seperti serangga kecil yang terbang di permukaan air dengan memancutkan air melalui mulutnya seakan-akan aksi menyumpit.

 

PECAH PERIUK

 

Nama saintifik: Lobotes surinamensis
Nama global: Tripletail fish
Nama tempatan: Pecah periuk

 

Bagaimana Ikan-Ikan Ini Peroleh Nama Pelik-Pelik?

 

IKLAN

Selain kekuatannya, nama ikan ini juga cukup unik. Pecah periuk mungkin mendapat nama daripada sifat luarannya yang berwarna hitam dan kelihatan agak hodoh. Selain itu ikan ini juga sering berada di kawasan timbunan sampah atau batang pokok yang hanyut.

 

IKAN KARIM

 

Nama saintifik: Trichopsis vittata
Nama global: Croaking gourami
Nama tempatan: Ikan karim, sempilai

 

Bagaimana Ikan-Ikan Ini Peroleh Nama Pelik-Pelik?

 

Ikan karim biasanya boleh ditemui di parit atau tali air. Nama spesies ini merupakan antara nama unik juga kerana perkataan karim biasanya digunakan bagi nama orang. Asal bagaimana spesies ini mendapat nama karim sukar dijelaskan. Misteri juga nama ikan ni.

 

IKAN AYAM

Nama saintifik: Abalistes stellaris
Nama global: Starry triggerfish
Nama tempatan: Ikan ayam, jebong

 

Bagaimana Ikan-Ikan Ini Peroleh Nama Pelik-Pelik?

 

Ikan jebong atau juga dikenali sebagai ikan ayam. Uniknya nama ikan ayam ini terhasil kerana rasa isinya ketika hidangan. Jika dijadikan hidangan makan, ikan ini mempunyai rasa yang sedap seakan-akan rasa daging ayam. Sedap hingga menjilat jari!

IKLAN

 

BELUKOR PASIR

 

Nama saintifik: Glossogobius giuris
Nama global: Golden tank goby
Nama tempatan: Belodok, belukor

 

Bagaimana Ikan-Ikan Ini Peroleh Nama Pelik-Pelik?

 

Nama belukor pasir juga kurang jelas asalnya. Mungkin bagi sesetengah tempat spesies ini digelar dengan nama lain. Walaupun maksud nama belukor itu kurang jelas, namun yang pasti kerana sifatnya yang gemar mendiami kawasan berpasir menjadikannya digelar ikan belukor pasir.

 

IKAN NYOK-NYOK

 

Nama saintifik: Caranx ignobilis
Nama global: Giant trevally
Nama tempatan: Gerepoh, nyok-nyok

 

Bagaimana Ikan-Ikan Ini Peroleh Nama Pelik-Pelik?

 

Ikan ini kalau disebut GT atau gerepoh pasti ramai yang kenal. Namun selain itu, spesies ini juga turut dikenali sebagai ikan nyok-nyok. Kenapa ikan ini digelar ikan nyok-nyok agak kurang jelas. Mungkin kerana bunyi atau mempunyai maksud tertentu di sesetengah kawasan.

IKLAN

 

IKAN SEKILAU

 

Nama saintifik: Betta sp. / Betta pugnax
Nama global: Fighting fish
Nama tempatan: Ikan laga, sekilau

 

Bagaimana Ikan-Ikan Ini Peroleh Nama Pelik-Pelik?

 

Spesies ini seperti diketahui ramai mempunyai peminat tersendiri kerana kecantikan warnanya. Sesetengah pendapat mengatakan nama sekilau diambil kerana warnanya yang berkilauan. Bagi nama pelaga pula mungkin kerana ikan ini sering dilagakan sesama spesies mereka.

 

IKAN MENGKERONG

 

Nama saintifik: Jarbua terapon
Nama global: Target fish, crescent bass, crescent perch
Nama tempatan: Mengkerong

 

Bagaimana Ikan-Ikan Ini Peroleh Nama Pelik-Pelik?

 

Nama ikan mengkerong atau kerong agak pelik dan unik. Sebab dan kemungkinan diberi nama mengkerong juga agak kabur. Adakah warna atau sifat lainnya ada kena mengena dengan mengkarung? Namun yang pasti ikan ini menduduki carta tinggi kategori ikan pengacau umpan.

 

IKAN TAPAK KASUT

 

Nama saintifik: Echeneis naucrates
Nama global: live sharksucker, remora
Nama tempatan: Ikan tapak kasut

 

Bagaimana Ikan-Ikan Ini Peroleh Nama Pelik-Pelik?

 

Ikan tapak kasut ini jika dilihat sifat luarannya cukup unik, seunik namanya sendiri. Bahagian atas kepalanya betul-betul kelihatan seperti bekas tapak kasut. Bentuk tapak kasut ini memang jelas seakan-akan baru dipijak di bahagian kepalanya.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI