Tidak dinafikan pemancing di kotaraya adalah jauh lebih ramai berbanding pemancing di luar bandar. Namun kebanyakan pemancing di bandar ini berasal dari kampung. Jadi, bila hari raya ramai pemancing akan pulang ke kampung. Agak-agaknya, apa pemancing ini suka buat bila pulang bercuti di kampung?
Tinjau lubuk
Kalau tidak berhenti pun, sekurang-kurangnya mereka akan panjangkan leher meninjau lubuk-lubuk yang pernah jadi padang pancing, di sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Dalam kepala mula berkira-kira untuk turun beraksi berbekalkan ilmu dan skil memancing yang telah dinaik taraf.
Padang pancing baharu
Mana-mana pemancing pasti teruja tak terkira bila secara tiba-tiba ternampak ada kolam memancing yang baru beroperasi tidak jauh dari kampung halaman. Bila dah terlajak pun sanggup patah semula untuk meninjau situasi. Dan tak mustahil ada yang terus keluarkan set dan memancing.
Ads
Jenguk lubuk berdekatan rumah
Bagi yang betul-betul kaki pancing, masuk jumpa mak ayah sekejap kemudian terus menjenguk lubuk-lubuk memancing berdekatan dengan rumah. Bukan nak memancing pun cuma nak tinjau potensi semasa berbanding masa lalu. Tapi kalau nampak sangat berpotensi, balik ambil joran la jawabnya.
Pergi pasar
Ads
Percaya atau tidak ramai kaki pancing jadi rajin untuk ke pasar basah atau pasar tani. Sebenarnya bukan nak ayam daging sangat. Tapi nak tengok hasil sungai dan laut yang dipasarkan. Kalau banyak ikan gred A yang makan umpan pancing, boleh usyar tekong-tekong bot yang buat trip memancing.
Jumpa kawan
Sudah semestinya akan jumpa yang sama hobi terlebih dulu. Selain dengar cerita perkembangan trip memancing mereka, inilah masanya untuk kongsikan pengalaman sendiri memancing di ibu kota dan lain-lain padang pancing. Sekelip mata maka dapatlah gelaran sifu atau masta dari rakan-rakan.
Ads
Tayang set pancing
Bila dah jumpa kawan-kawan kaki pancing tak lengkap kalau sekadar sembang berapi saja. Rugilah kalau tak tayang set pancing terkini yang diguna pakai. Nama pun dah jadi pemancing bandar, takkan nak pakai set pancing level pemancing kampung lagi. Ye dak?
Ronda kedai pancing
Memang tak sah kalau tak pergi meronda ke semua kedai pancing yang ada dalam kawasan berdekatan. Inilah masanya nak cari barang rare yang dah habis stok di kedai-kedai pancing utama di kotaraya. Tapi yang pasti akan buat perbandingan dan komen macam-macam pasal harga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
MALAM itu tepat jam sembilan, saya sudah siap sedia atas di jeti. Sebelum itu, sempat juga saya mengisi perut di warung Haji Dollah.
Dua bungkus nasi lemak bersama segelas besar kopi ‘O’ buatan isteri Haji Dollah yang saya panggil Kak Rahimah cukup untuk mengenyangkan perut saya.
Selepas makan itulah saya turun ke jeti bersama-sama Halim, Imran dan Hamdan.
Kali ini saya membawa misi khas. Isteri Imran, Suraya yang baru mengandung dua bulan mengidam mahu makan udang galah Sungai Geliga.
Puas Imran berulang-alik ke pasar berdekatan untuk membeli udang galah idaman isteri tersayang namun hampa.
Sekarang, memang bukan musim udang galah di Sungai Geliga. Kalau adapun tidak dijual secara terbuka atau hanya dijadikan hidangan keluarga oleh pemancing yang menangkapnya secara ‘suka-suka’.
Hamdan sudah mendapatkan perahu yang sederhana besarnya daripada bapa saudaranya. Malam itu sedikit berangin.
Awan tebal bertompok gelap melindungi cahaya bulan yang berbentuk bulan sabit. Kalau diikutkan musim, sekarang bukan musim udang galah bermaharajalela di Sungai Geliga.
Air sungai agak keruh kerana saban petang atau pagi, hujan akan turun walaupun tidak berapa lebat.
Kami berempat mendayung sampan dalam keadaan senyap tanpa berbual. Hanya asap rokok berkepul keluar sebagai satu cara untuk menghalau nyamuk dan unggas di permukaan air.
Sampai di tepi pokok berembang yang rendang, yang mana sebahagian dahannya terjuntai ke dalam air, saya mengangkat tangan memberi isyarat agar kami berhenti di situ. Halim mengikat tali sampan pada dahan pokok yang terjuntai.
Manakala saya, Imran dan Hamdan memeriksa mata kail dan umpan yang dibawa.
Entah mengapa, malam itu saya rasakan suasana agak sepi. Kebiasaannya kami berempat rancak berbual namun pada malam itu semuanya bagaikan mati kutu.
Masing-masing seperti membawa haluan sendiri. Sebaik sahaja mata kail dicampakkan ke dalam air, saya seperti terdengar suara orang berjalan di tebing sungai.
Bunyi kayu mati yang dipijak jelas kedengaran sehingga saya dan Halim saling berpandangan sambil memberikan isyarat mata.
Imran pula sudah menyuluh di tebing sungai namun tiada apa-apa sebarang objek yang kelihatan.
Saya percaya tiga orang rakan saya ini turut mendengar bunyi kayu mati yang dipijak tadi tapi semuanya mengambil pendekatan ‘membisu’ kerana percaya inilah cubaan yang selalu
menimpa pemancing yang memancing udang di Sungai Geliga yang memang terkenal dengan kisah-kisah mistiknya.
Namun kami tidak pedulikannya, tambahan pula selepas itu, udang galah sederhana besar seberat dalam 50 gram berjaya dinaikkan.
Imran kemudian hampir melonjak kegembiraan apabila umpannya mengena seekor udang galah besar seberat 250 gram dan getuan begitu rancak berlaku selepas itu, tambahan pula, kami semuanya berjaya menaikkan udang bersaiz sepit biru.
Selain udang galah, kami juga berjaya menaikkan baung dan patin yang saiznya agak besar dan ‘menyelerakan’.
Namun, di sebalik rasa gembira itu, terselit juga rasa hairan dan cuak di hati saya. Bukan apa, selain udang galah yang besar dengan kepaknya yang membiru itu, timbul satu persoalan yang bermain di minda saya.
Walaupun bulan malam itu tidak bercahaya, saya seperti ternampak beribu kunang-kunang seperti bermain berhampiran sampan kami.
Ini menjadikan tempat kami memancing itu sangat terang dan indah hingga sedikit pun saya tidak berasa mengantuk walaupun jam sudah menghampiri empat pagi.
“Hari dah subuh. Jomlah kita balik. Murah rezeki kita malam ini. Alhamdulillah,” ucap saya apabila melihat di dada langit sudah memancar cahaya ufuk subuh yang indah warnanya.
Sesekali saya terlihat seperti ada kilat memancar di celah-celah awan tebal yang masih lagi melindungi bulan yang berbentuk sabit.
Imran membuka tali yang diikat pada dahan ara tadi. Saya dan Halim mengambil tugas mendayung sampan. Namun saya terasa ada sedikit keanehan.
Tanpa mendayung pun, sampan saya seolah-olah meluncur laju menuju ke jeti yang terletak hampir 30 minit perjalanan dengan mendayung.
Akhirnya, saya dan Halim mengambil kata sepakat. Kami meletakkan kayu pendayung di atas sampan sambil duduk diam memerhatikan pergerakan sampan yang ‘laju’ dipandu oleh satu kuasa luar biasa yang ada di bawah sampan kami.
Kepada Imran dan Hamdan, saya hanya memberikan isyarat mata agar mereka juga duduk diam tanpa bersuara.
Tidak sampai sepuluh minit, kami tiba di jeti dengan selamat!.
Ketika itulah, dalam jarak hampir lima meter, saya melihat seekor buaya putih sebesar kereta timbul di permukaan air dalam tiga saat.
Saya hanya mampu beristighfar dan mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kami berempat selamat daripada sebarang musibah.
Melalui Imran, akhirnya saya tahu bahawa Suraya rupanya berketurunan Pak Kiai Haji Ahmad yang terkenal dengan kebolehannya menjinakkan buaya ganas di Sungai Geliga satu ketika dahulu.
Mungkin kerana itulah maka kami berempat ‘berpesta’ udang galah walaupun bukan pada musimnya!.
“Jom mancing… kau bawak badan je lain semua aku payung!
“Cissss! Time bini aku mengandung ni la kau ajak!”
Dialog seumpama ini tentunya anda pernah terdengar di mana-mana. Ia membuktikan bahawa petua dan pantang larang memancing seperti ini masih diamalkan. Malah, bangsa lain turut sama mengguna pakai pantang larang ini selain dari orang Melayu.
Persoalannya, kenapa kalau isteri mengandung… suami tak boleh memancing? Secara peribadi saya sama sekali tidak bersetuju dengan pantang larang ini.
Tetapi kalau si suami berhenti memancing buat seketika atas tujuan lain, itu cerita lainlah. Apa pun, mari kita lihat apa kata komuniti pemancing tentang pantang larang ini.
Apa Kata Netizen:
“Pancing tak salah… cuma menganiaya binatang tu kan salah. Jadi masa isteri hamil baiklah si suami jaga tingkah laku dan tak aniaya binatang sebagai tanda syukur kepada Allah kerana dikurniakan rezeki. “
“Selalu orang kaitkan anak yang dilahirkan akan dapat sakit sumbing kalau suami kerap keluar memacing. Sumbing jadi sebab ibu hamil kurang asid folic. Kurang asid folic sebab ibu hamil tak makan ubat yang diberi. Tak makan ubat sebab isteri stress dan merajuk suami tak hiraukan dia dan sibuk kluar pi mancing. Kesimpulanya ketika isteri hamil boleh pi mancing dengan syarat gembirakan hati isteri dan dapatkan redha isteri sebelum kluar memancing.
Lagi satu teori yang saya pernah dengar dari Mufti Menk, tangkapan yang diperolehi mesti dibawa balik utk dimakan dan jangan dilepaskan balik (memancing sebagai keperluan bukan hiburan). Lepas rasa tangkapan tu dah mencukupi so seeloknya berhenti la mancing dan balik.”
“Tak boleh diikutkan sangat kepercayaan ini sebab ada kaitan dengan akidah. Makhluk hanya tawakal dan usaha, Allah jua berkuasa dan penentu segala.”
“Mitos yang sengaja direka untuk menakutkan suami yang malas nak jaga isteri ketika hamil. Biasa la isteri hamil suami mula cari alasan nak keluar suka-suka kat luar. Jadi nenek kebayan yang banyak pengalaman pun cipta la mitos ni.”
“Hahaha… dah tak relevan zaman ni. Zaman dulu mungkin la sebab kekurangan talian hayat. Ada yang cakap, nanti seksa ikan tu. Habis, lepas bini bersalin boleh pulak seksa ikan, gitu?”
“Kalau ada bini yang tak suka laki pi mancing dan percaya kepercayaan tu, mesti tiap-tiap tahun nak mengandung je supaya laki tak leh pi mancing.”
“Pantang larang tu untuk control perangai gila memancing lebih-lebih lagi isteri tengah mengandung perlukan lebih perhatian. Kalau kena jenis orang yang kaki pancing seminggu dua tak balik? Tak kesian isteri kat rumah?”
“Kalau pergi mancing bila isteri mengandung, anak akan jadi sumbing la, itu ini lah. Bagi saya, isu dia kalau mancing yang niat suka-suka main strike dengan ikan. Maaflah kalau salah, kalau niat mancing tapi nak lepas balik dan bukan nak makan atau nak jual tu kira dah aniaya ikan. Jadi, situ mungkin logiknya.”
“Saya cuti mancin ketika isteri hamil. Bukan kerana pantang larang tapi kerana ingin sentiasa dekat dengan isteri agar senang dihubungi jika ada apa-apa masalah… maklumlah sedang hamil. Kalau gian sangat pun mancing kat kolam berdekatan.”
“Dulu masa wife mengandung bukan setakat saya yang mancing. Wife sama ketagih mancing. Sekarang baru tau bukan wife yang minat mancing tu tapi yang dalam perut tu. Kesudahannya dah jadi kaki pancing sejak kecik. Dah ada geng. Hahaha.”
Mungkin ada di kalangan kaki pancing masih mempercayai mitos, pantang larang mahupun mengamalkan petua ketika memancing.
Namun tidak kurang juga yang menolak fahaman tersebut malah menganggapnya tiada kaitan langsung.
Walau bagaimana pun ada bagusnya juga kita buat kajian dengan akal logik bagi setiap mitos atau pantang larang tersebut.
Waspada
Apabila tiba musim udang galah, ramai kaki penangkap udang sepit biru ini akan turun ke lubuk.
Setiap kali ke lubuk udang galah, kebanyakan kaki penangkap udang ini sedia maklum mereka tidak keseorangan sebaliknya ditemani buaya.
Bak kata orang, ada udang maka ada buaya. Walaupun tidak pernah bertembung tetapi sikap waspada perlu ada.
Udang makan lumut
Hal ini kerana udang galah biasanya menempel pada badan buaya untuk memakan lumut atau alga pada tubuh badan buaya.
Sekiranya pada sesuatu tempat itu banyak udang didaratkan tidak seperti biasa, maka kemungkinan anda bukan saja bertemu lubuk udang tetapi juga rumah si bedal.
Makanan berdarah
Jika sudah mengetahui sesuatu itu didiami buaya, para pemancing udang galah tidak digalakkan membuang makanan berdarah seperti daging atau ayam di kawasan pancing udang.
Apatah lagi memancing menggunakan umpan daging yang masih segar dan berdarah. Ia samalah seperti mengundang buaya.
Kunyit
Jika anda berada di sungai yang dipercayai ada buaya, elak gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit.
Buaya tidak suka bau kunyit dan buaya boleh mengamuk serta mendatangkan bahaya kepada pemancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...