Ikan senangin dan kurau berasal dari satu keluarga yang sama tetapi berlainan spesies. Ianya berbeza dari segi saiz walaupun ramai yang menyatakannya berasal dari spesies yang sama.
Ads
Warna ikan-ikan ini berbeza dari satu kawasan ke kawasan yang lain kerana faktor kualiti air seperti soal kedalaman air dan struktur habitat. Rasanya juga berbeza mengikut jarak dari sungai ke muara.
Trivia Menarik Tertarik
Senangin adalah spesis yang paling kecil dalam keluarga “Salmon Threadfin” dan mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Ads
Semasa kecil hidup di dalam sungai yang berair payau dan apabila membesar akan berhijrah ke muara. Di Muara Senangin banyak di dapati di kawasan yang berlumpur dan mempunyaai dasar yang mempunyaai longokan kayu atau tempat yang ia dapat berlindung.
Masalah yang sering timbul kepada ikan ini sehingga ia tidak menjadi sepopular keluarganya yang lain ialah keadaan habitatnya yang bermula dari sungai. Di sinilah punca kenapa ikan ini semakin kurang dikenali kerana kebanyakan habitatnya telah punah akibat dari kes meracun, ambai dan sisa buangan toksik dari kilang sebelum ia sempat membesar dan berhijrah ke laut.
Di Australia, senangin dan kurau banyak dipancing sehingga ianya menjadi amat popular sebagai satu sukan memancing.
Ads
Senangin boleh dipancing dengan menggunakan umpan perumpun, anak-anak ikan ataupun udang.
Di Sarawak ikan Senangin juga dipanggil dengan nama ikan bulu.
Di Johor, ikan ini juga dipanggill dengan nama senangin janggut terutamanya pada mereka yang tinggal di pertengahan antara sungai dan muara.
Mempunyai sirip yang paling panjang di antara keluarganya.
Saiz badan yang paling kecil dalam keluarga “Threadfin Salmon” tetapi memiliki sirip Janggut yang paling panjang.
Tekstur isinya adalah halus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Umumnya ikan sebarau suka mendiami sungai-sungai jernih dengan air yang mengalir serta dasar berpasir dan sedikit berlumpur.
Melalui taburannya ini bagai pegawai sungai kerana ia boleh ditemui di semua zon sungai, dari kawasan pertemuan antara air tawar dan air masin hingga ke zon paling hulu.
Namun melalui kajian, taburan sebarau berbeza mengikut saiznya. Anak-anak ikan bersaiz kurang dari 10cm biasanya lebih menggemari sungai cetek yang berbatu dengan aliran air deras.
Apabila ia mencapai saiz antara 11 hingga 20cm, ia mula berpindah ke habitat yang lebih luas, berair jernih dan mengalir dengan perlahan.
Kawasan yang bertakung dengan kedalaman melebihi 3 meter, berdinding dan berdasarkan batu dan sedikit lumpur dengan aliran air yang perlahan pula menjadi pilihan sebarau melebihi 21cm.
Kawasan kediaman ikan-ikan dewasa yang bersaiz besar ini lazimnya dikenali sebagai lubuk (deep pool).
Kebanyakan sebarau dewasa mendiami lubuk-lubuk di hulu sungai yang terdapat ranting pokok tenggelam sepanjang hari.
Keadaan ini turut memberi cabaran kepada para pemancing kerana cabaran pemburuan sebarau bermula dari masa mencari kawasan pemancingan strategik lagi.
Untuk mencari lubuk sebarau, pemancing mungkin perlu berjalan beberapa jam mengharungi sungai berbatu dan berair deras menuju ke hulu sungai.
Oleh itu pemancing bukan saja perlu mempunyai kecekapan mengendalikan peralatan memancing tetapi juga perlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.
Disamping itu, ikan sebarau juga amat sensitif terhadap bunyi-bunyi yang ganjil. Pemancing perlu berhati-hati agar segala tingkah laku dan pergerakan tidak mengganggu ikan ini.
Sehinggakan ada pendapat yang mengatakan bahawa warna pakaian juga perlu dititikberatkan apabila hendak memburu sebarau seperti mana kelah. Pakaian yang cerah boleh dikesan ikan yang berada di dalam air.
Melalui ujian pemakanan yang telah dibuat, didapati tabiat pemakanan ikan ini berbeza mengikut peringkat hidup ataupun saiz.
Pada peringkat larva, ia memakan plankton dan lumut-lumut yang melekat pada batu atau daun tumbuhan air.
Tumbuh-tumbuhan air, serangga kecil, larva ikan dan organisma krustasea seperti anak-anak udang pula akan menjadi makanan sebarau pada peringkat juvenil.
Pada peringkat dewasa, ikan ini bersifat karnivor sepenuhnya dengan menjadikan haiwan kecil yang lain sebagai mangsanya.
Berbeza dengan ikan karnivor dari famili Channidae (snakehead) yang lebih suka menunggu atau menghendap mangsa, sebarau dewasa merupakan ikan yang aktif dan
bergerak dalam kumpulan semasa keluar memburu mangsanya yang terdiri daripada ikan seluang, terbul, lampam sungai dan anak-anak ikan yang lain termasuklah ikan toman.
Sebarau gemar menyambar mangsa dengan ganas dan sangat mudah tertarik kepada objek-objek yang bergerak. Ini membolehkan para pemancing menggunakan umpan tiruan untuk menipunya.
Sebagaimana kebanyakan ikan lain, sebarau juga mempunyai masa makannya sendiri. Tetapi masa makan ikan ini berbeza mengikut peringkat umur.
Ikan kecil akan keluar mencari makan pada waktu pagi hingga tengah hari, manakala ikan juvenil memburu pada sebelah petang dan awal malam.
Ini sekali lagi memberi cabaran kepada kaki pancing yang ingin menawan sebarau bersaiz besar dengan keupayaan tersendiri.
Namun ada kajian yang menunjukkan bahawa masa yang sesuai untuk memancing sebarau adalah antara jam 7 pagi hingga 9 pagi dan antara jam 5 petang hingga 7 malam.
Berdasarkan kajian pembiakan pula, sebarau boleh membiak sepanjang tahun dengan kitaran pembiakan bermula pada bulan September hingga Disember.
Walaupun ikan ini mampu membesar sehingga 70cm panjang, ikan jantan mula matang apabila mencapai saiz 15cm.
Manakala ikan betina mula menunjukkan kematangan dan sedia untuk membiak apabila saiz 18cm. Oleh yang demikian, sekiranya anda mendapat sebarau yang kurang dari 20cm, adalah baik jika ia dilepaskan semula kerana mereka belum matang.
Proses pembiakan biasanya berlaku semasa musim tengkujuh iaitu apabila paras air sungai atau tasik meningkat.
Pada masa ini, ikan jantan dan betina yang telah matang akan berenang ke hulu sungai untuk mengawan. Kawasan hulu yang berair jernih, berbatu kecil dengan aliran air yang perlahan menjadi pilihan untuk melepaskan elur.
Telur-telur yang dilepaskan akan melekat pada batu dan tumbuhan air di sekitar tebing sungai. Setelah si anak mencapai peringkat juvenil dan mampu berenang melawan arus, ia
akan berenang menuju kawasan berjeram untuk memulakan hidup baru sebelum mendiami lubuk yang sesuai apabila meningkat dewasa.
Keadaan hari ini yang telah banyak terganggu oleh aktiviti manusia dan kurangnya kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya pengekalan alam sekitar menyebabkan sebarau semakin sukar ditemui.
Kehilangan atau gangguan terhadap kawasan sungai yang mengalir jernih dan berpasir menjadi punca utama kesusutan sumber ini.
Sumber ini penting untuk dinikmati pada masa akan datang sama ada untuk makanan atau tujuan sukan memancing. Oleh itu kajian terhadap spesies sebarau perlu digiatkan lagi.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Ikan Candiru juga dikenali sebagai toothpick fish, atau vampire fish, adalah spesies catfish air tawar parasit dalam famili Trichomycteridae yang berasal dari Lembangan Amazon di mana ia terdapat di negara-negara Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador dan Peru.
Definisi candiru berbeza antara penulis agung perikanan. Perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada hanya Vandellia cirrhosa, seluruh genus Vandellia, subfamili Vandelliinae, atau bahkan dua subfamili Vandelliinae dan Stegophilinae.
Walaupun sesetengah spesies candiru telah diketahui tumbuh dengan panjang 40 sentimeter (16 inci), yang lain lebih kecil. Spesies kecil ini diketahui dengan kecenderungan untuk menyerang dan parasitise uretra manusia.
Walau bagaimanapun, walaupun laporan etnologi bermula pada abad ke-19, kes pertama yang didokumenkan untuk mengeluarkan candiru dari uretra manusia tidak berlaku sehingga tahun 1997, dan bahkan kejadian itu masih menjadi masalah kontroversi.
Untuk memudahkan kefahaman kita, ikan ini berasal dari Sungai Amazon di Amerika Selatan, Candiru hidup di kawasan air tawar. Ikan kecil ini hanya sepanjang 2.5 cm dan selebar 3.5 mm.
Candiru merupakan genus daripada famili Trichomycteridae dan terdiri daripada 3 spesies iaitu V. cirrhosa, V. beccarii dan V. sanguinea.
Tidak bersisik dan lut cahaya, membuatkan ikan parasit atau lebih dikenali sebagai candiru sukar dilihat di dalam air. Insang candiru ditutupi oleh duri-duri pendek yang tajam.
Biasanya menjadi parasit kepada ikan lain, Ia akan mengesan persekitaran airdan kemudian akan mengikuti mana-mana aliran yang mempunyai sisa nitrogen hasil perkumuhan dari insang ikan yang lain.
Apabila mengenal pasti mangsa, candiru akan berenang ke atas dan memasuki ke dalam insang mangsa dan mengembangkan durinya untuk mencangkuk dan kekal di situ sebelum mula menghisap darah mangsa dengan menggigit saluran darah mangsa yang kebiasaannya membuatkan mangsa mati.
Candiru amat ditakuti oleh penduduk peribumi kerana ia tertarik dengan darah dan hasil urin atau kencing. Jika mandi tanpa pakaian, candiru mampu berenang ke dalam uretra kemudian mencangkukkan durinya dan mula menghisap darah dan memakan tisu-tisu!
Candiru hampir mustahil dikeluarkan apabila mencangkukkan durinya kecuali dengan pembedahan dan biasanya memerlukan pemotongan tempat yang dimasukinya! Oleh itu, jika anda mengunjungi Sungai Amazon, jangan sesekali berani kencing di dalam air, dikhuatiri ikan ini akan memasuki saluran kencing anda.
Tentu sekali korang akan berasa pelik melihat foto ikan tapah yang wujud di Sungai Labuk dalam daerah Beluran, Sabah ini. Corak badannya ternyata amat berbeza dengan tapah yang terdapat di Semenanjung atau Sarawak yang ada jalur kekuningan, tetapi corak badan ikan tawi ini bertompok-tompok (blotches) macam peta dunia. Ada juga sifat-sifat lain yang membezakannya seperti pada bahagian mulutnya.
Apabila dirujuk dalam buku The Freshwater Fishes Of North Borneo (antara satu-satunya buku lengkap tentang ikan air tawar di utara Borneo yang diterbitkan pada tahun 1962 oleh Robert F. Inger dan Chin Pui Kong) spesies ini bernama saintifik Wallago maculatus nyata amat berlainan dengan tapah biasa atau Wallago attu.
Tambah menarik lagi apabila spesies ini disahkan oleh laman sesawang FishBase, hanya wujud di Sabah (Borneo utara). Bermakna ia tidak dijumpai di mana-mana tempat di Asia. Tidak seperti tapah biasa yang populasinya bertaburan di merata sungai di India, Pakistan, Afghanistan, sehingga ke Vietnam dan Indonesia.
Khabarnya ikan tawi atau Wallago maculatus yang hidup di Lembangan Sungai Kinabatangan di Sandakan adalah lebih tinggi populasinya dan padu saiznya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...