Rasanya tak perlu diceritakan lagi pasal Perintah Kawalan Pergerakan atau Restricted Movement Order (RMO) sempena menangani wabak Covid-19 yang melanda negara.

Sebagai pemancing yang wajib berkurung dari melakukan aktiviti memancing sepanjang tempoh ini, apa kata korang buat perkara berikut…

 

Servis Kekili

Inilah masanya untuk anda mengadap dan belek betul-betul semua kekili yang ada. Langkah pertama yang perlu dibuat ialah keluarkan tali dalam spool dan simpan dalam spool plastik asal. Kemudian bolehlah dicuci kekili mengikut proses cucian yang betul.

Bila dah selesai proses pencucian, bolehlah buka untuk buat servis asas seperti periksa tahap bearing. Tambah minyak atau gris pada part yang sepatutnya.

 

Apa Pemancing Boleh Buat Sepanjang Tempoh RMO

 

Servis Joran

Pertama sekali cuci semua joran yang ada dengan sempurna dan keringkan. Kemudian periksa dengan teliti setiap inci bahagian joran.

IKLAN

Tengok betul-betul jika ada sebarang kesan calar sama ada calar biasa atau retak. Setiap cincin joran perlu diperiksa untuk memastikan tiada karat, kerosakan dan kedudukannya sama ada selari atau tidak.

Tengok juga pada bahagian epoxy. Bahagian pemegang joran juga perlu diperiksa dan dibersihkan dari sebarang kekotoran.

 

Apa Pemancing Boleh Buat Sepanjang Tempoh RMO

 

Servis Alatan Lain

Tali pancing yang telah dicuci dan dikeringkan sebaiknya diterbalikkan arah kemasukannya ke dalam spool kekili nanti. Sebaiknya juga potong beberapa meter bahagian hadapan tali. Alatan terminal tackle seperti snap, swivel, mata kail atau batu ladung juga perlu diperiksa tahap keupayaannya. Alatan aksesori lain seperti playar, lip grip juga perlu diperiksa. Letakkan minyak pada bahagian yang perlu.

IKLAN

 

Simpan Gewang

Bersihkan kesemua jenis gewang yang anda. Kemudian periksa satu persatu gewang. Inilah masanya untuk korang setting semula saiz mata kail yang sesuai untuk gewang tersebut.

Tanggalkan mata kail gewang dan asingkan jika perlu. Tengok juga tahap split ring dan tukar jika ada yang sudah berkarat atau tanda-tanda kerosakan. Jika rajin, korang bolehlah susun setiap gewang mengikut jenis seperti gewang permukaan, minnow atau crank.

 

Apa Pemancing Boleh Buat Sepanjang Tempoh RMO

 

IKLAN

Upgrade Teknik Ikatan & Perambut

Buka laman web www.umpan.com.my dan layari segmen Umpanpedia/Diy. Di sini kami menyediakan pelbagai jenis ikatan, sambungan tali atau perambut. Anda boleh pilih ikatan yang mudah dan sesuai dengan gaya pancingan. Manfaatkan masa yang ada dengan lakukan ikatan tersebut.

 

Apa Pemancing Boleh Buat Sepanjang Tempoh RMO

 

Buat Umpan Sendiri

Dalam laman web www.umpan.com.my juga ada disediakan segmen Diy Umpan. Pelbagai jenis diy umpan memancing ikan air tawar dan juga air masin disediakan. Bagi kaki kolam air tawar, inilah masanya untuk anda mencuba umpan memancing patin yang perlu diperam untuk tempoh panjang. Kelebihannya, bila sudah tamat tempoh RMO nanti bolehlah anda memancing menggunakan umpan tersebut.

 

Aktifkan Diri Di Media Sosial

Boleh dikatakan semua pemancing menyertai grup memancing di media sosial terutamanya Whatsapp Group. Jadi, inilah masanya untuk korang kembali aktif. Lupakan segala perselisihan faham tentang konsep memancing atau apa saja sebelum ini.

Memancing je pun… buat apa nak bertekak berkelahi bagai. Bagi follower Facebook Majalah Umpan tu rajin-rajin aktifkan diri dengan komen dan share artikel yang kami sediakan secara percuma ni.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI