Di negara kita hampir kesemua negeri memiliki sungai. Tidak kiralah sungai utama, sungai besar atau kecil.
Bagi pemancing yang inginkan cabaran sebenar memancing di sungai, maka ketika musim tengkujuh inilah tahap cabarannya berada di puncak.
Ini kerana pada musim ini arus sungai menjadi deras, menjadi lebih lebar dan juga lebih dalam.
➡ Perkara pertama yang perlu dipelajari adalah mengenal sungai itu sendiri. Sekiranya kurang mengenal sungai yang bakal menjadi padang pancing, ada baiknya bertanya
terlebih dahulu dengan pemancing atau penduduk setempat yang hidup di sekitar sungai untuk tips memancing di lokasi tersebut.
➡ Pilihlah spot yang airnya cantik. Istilah air cantik pastinya kita biasa dengar dan pelbagai hujah diperdebatkan mengenainya.
Ads
Namun cantik di sini memberi maksud kawasan air yang bebas pencemaran dan jauh dari kawasan penempatan dan laluan kenderaan.
➡ Ikan sungai biasanya menyukai kawasan yang arusnya tidak terlalu deras seperti di berdekatan batu-batu besar, longgokkan sampah kayu atau buluh, dan dasar sungai. Maka pilihlah kawasan ini untuk mencuba nasib.
➡ Jika ingin memancing ikan lampam, pilihlah kawasan air aliran agak deras dan beriak. Perhatikan juga jika di tebing sungai terdapat pokok tanaman yang batang atau
Ads
daunnya masuk ke air, atau ada sampah yang tersekat, biasanya kumpulan lampam gemar bermain di kawasan sebegini.
➡ Ikan patin lazimnya memilih untuk berada di lokasi sungai yang dalam, juga yang banyak tanaman akuatik untuk tempat berlindung.
Ia juga akan mudah dijumpai di kawasan sungai yang banyak terdapat ikan kecil karena ikan ini juga ikan pemangsa.
Ads
➡ Sekiranya anda berminat untuk memancing ikan keli, ketutu atau kaloi, pilihlah lokasi yang airnya agak tenang. Umumnya di kawasan tepian sungai yang sedikit berlumpur dan tidak berbatu.
➡ Sementara peminat baung pula pilihlah kawasan pertembungan air yang keruh dan jernih. Ikan baung juga suka dengan aliran air yang agak deras.
Jadi jangan terkejut sekiranya ia banyak ditemui sehingga ke tengah sungai.
➡ Bertarung dengan ikan besar yang memakan umpan kita di sungai bukanlah satu kerja yang mudah.
Untuk lebih mudah menanganinya, cubalah untuk menghela ikan ke bahagian sungai yang lebih cetek dan tidak deras arusnya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jurang lautan atau parit lautan adalah lekukan topografi dasar laut berskala hemisfera yang panjang tetapi sempit. Ia juga adalah bahagian dasar laut yang paling dalam.
Jurang lautan adalah ciri morfologi sempadan plat tumpu yang tersendiri, bersama-sama plat litosfera bergerak ke arah satu sama lain pada kadar yang berbeza-beza dari beberapa mm hingga lebih sepuluh cm setahun.
Jurang menandakan kedudukan di mana bidur benam dilentur mula menuruni ke bawah bidur litosfera lain. Jurang umumnya selari dengan lengkok kepulauan gunung berapi, dan kira-kira 200 km (120 mi) daripada lengkok gunung berapi.
Jurang lautan biasanya mengunjur 3–4 km (1.9–2.5 mi) di bawah paras lantai lautan di sekitarnya. Kedalaman laut yang paling dalam yang pernah diukur adalah Challenger Deep di dalam Jurang Mariana, pada kedalaman 11,034 m (36,201 ka) di bawah paras laut. Litosfera lautan bergerak ke jurang pada kadar global kira-kira 3 km2/thn.
Jurang Mariana adalah Jurang paling dalam di dunia, dengan kedalaman sehingga 11 km (6.8batu), dan merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi.
Jurang ini terletak di dasar Lautan Pasifik, di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina. Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina. Jurang ini ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.
Jurang ini membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara plat Pasifik dan plat Filipina. Bahagian paling dasar adalah jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka).
Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut.
Jika anda berada di atas permukaan laut di atas jurang berkenaan, anda memerlukan tali sepanjang 11,035 meter tali atau bersamaan 11.035 km untuk umpan dan batu ladung jatuh ke dasarnya (diandaikan ia jatuh terus secara menegak).
Jika merasa terusik dan terancam, lebah melindungi dirinya dengan cara menyerang si pengganggu. Haiwan berdengung ini juga punya sengatan! Efek disengat lebah pun boleh terasa sangat menyakitkan. Haiwan kecil bersayap ini akan menusukkan penyengatnya ke kulit. Sengatan lebah beracun tersebut mengandung protein yang akan mempengaruhi sel-sel kulit dan sistem kekebalan tubuh.
Perkara ini yang akan menyebabkan reaksi yang berbeza-beza, iaitu dari kesakitan ringan yang bersifat sementara hingga reaksi alergi yang berat. Efek disengat lebah dapat menimbulkan berbagai reaksi tubuh sebagai berikut:
Reaksi Ringan
Pada kebanyakan kes, gejala disengat lebah bersifat ringan. Reaksi ini meliputi; rasa sakit seperti terbakar yang tajam dan segera pada tempat sengatan. Kemerahan di kawasan sengatan. Bengkak ringan di sekitar kawasan sengatan. Bagi sebahagian besar orang, bengkak dan sakit hilang akan dalam waktu beberapa jam.
Reaksi Sederhana
Sengatan lebah pada sebahagian orang akan menyebabkan reaksi yang lebih kuat dengan tanda dan gejala berikut. Kemerahan berlebihan; pembengkakan pada kawasan sengatan yang beransur-ansur membesar selama satu atau dua hari berikutnya. Jenis reaksi sederhana ini cenderung hilang dalam 5-10 hari.
Reaksi Alergi Berat
Reaksi alergi berat atau dikenal sebagai reaksi anafilaksis, berpotensi mengancam jiwa dan memerlukan tindakan secepatnya. Sebahagian kecil orang yang disengat lebah mengalami reaksi ini dengan cepat. Tanda dan gejalanya meliputi:
Reaksi kulit berupa gatal-gatal, kulit memerah atau memucat yang menyebar.
Sukar bernafas.
Pembengkakan pada wajah, tenggorokan, atau lidah.
Kesukaran untuk menelan
Denyut nadi yang cepat dan lemah.
Gelisah dan cemas.
Mual, muntah, atau diare.
Sakit perut.
Pening atau pengsan.
Kehilangan kesedaran.
Penurunan mendadak tekanan darah.
Orang dengan reaksi alergi berat terhadap sengatan lebah berpeluang 25-65% mengalami anafilaksis di sengatan berikutnya.
Sebahagian besar kes disengat lebah hanya menghasilkan satu atau mungkin beberapa sengatan. Hal ini kerana lebah sendiri sifatnya tidak agresif dan hanya menyengat untuk melindungi dirinya. Namun, terdapat beberapa kes di mana seseorang mengalami banyak sengatan. Hal ini mungkin karena orang tersebut mengganggu sarang lebah atau gerombolan lebah.
Jika disengat lebah lebih dari sedozen kali, akumulasi racun dapat menyebabkan reaksi toksik dan menyebabkan beragam keluhan, antara lain:
Melihat dari sudut pancingan, si bantal emas atau John’s snapper ini mungkin merupakan spesies ikan snapper yang paling digemari di kalangan kaki pancing. Atribut atau nilai utama tentunya pada nilai rasanya, malah tidak keterlaluan jika dikatakan jenahak merupakan antara spesies ikan paling sedap jika dikira di kalangan spesies ikan estuari.
Begitu pun, sesuai dengan statusnya sebagai tertiary consumer, pemangsa kepada pemangsa ini masih merupakan spesies ikan yang agresif dan agak licik. Agresif di sini merujuk kepada naluri jenahak sebagai ikan pemburu hendap.
Jenahak mampu memberikan kesulitan kepada pemancing pada awal pertarungan terutama sejurus menerkam umpan. Pertarungan yang agresif biasanya dalam tempoh yang singkat sebelum darjah kesulitan dan cabaran pertarungan bertukar daripada naluri pemangsa yang agresif kepada pertarungan kelicikan.
Apabila menyedari pertaruhan tenaganya pada awal pertarungan gagal, jenahak akan menukar strategi kepada bertahan di sebalik struktur atau karang yang ada. Ketika ini, objektif utamanya tidak lagi untuk menghauskan stamina pemancing, sebaliknya tertumpu kepada stamina dan keupayaan tali pancing yang digunakan. Jika pemancing berjaya mengekang kedua-dua darjah pertarungan ini, maka nikmat kepuasan pastinya hadir setelah ‘emas lautan’ ini dapat dicungkil.
Di Malaysia, juvenil atau sering kita gelar tetanda boleh ditemui di kawasan muara sebelum spesies ini bermigrasi ke lautan apabila dewasa. Jenahak dewasa juga boleh ditemui di kawasan berhampiran muara disebabkan untuk mengawan.
Saiz sebiji bantal dengan berat antara 1 kg hingga 6 kg merupakan saiz yang banyak dipancing oleh pemancing tempatan. Biasanya jenahak sebegini mudah dipancing di kawasan kedalaman lebih 30 kaki atau lebih dengan dipenuhi struktur karang, kapal karam, tukun dan sebarang bentuk struktur yang lain.
Jenahak biasanya ditemui berkumpulan dalam habitat yang disebutkan tadi. Jika pemancing menemui lubuk jenahak, pesta jenahak akan dimulakan namun perlu diingatkan, jika seekor jenahak terlepas atau terlucut ketika dipancing, jenahak lain di lubuk yang sama akan menjadi culas dan berhenti memakan umpan seterusnya.
TEKNIK PANCINGAN DAN UMPAN
Di Malaysia, terdapat dua aplikasi teknik pancingan jenahak yang terkenal dan terbukti berkesan untuk memburu spesies bernilai tinggi ini. Aplikasi teknik pancingan yang pertama ialah teknik pancingan dasar dengan menggunakan umpan hidup atau umpan mati.
Teknik pancingan dasar ini boleh dikatakan teknik tradisi memancing jenahak dan telah diaplikasikan sejak sekian lama. Tanyalah mana-mana pemancing yang old-timer di Malaysia, pasti akan memberikan jawapan yang sama. Aplikasi pancingan dasar terbukti berkesan kerana sifat ikan jenahak sebagai ikan yang gemar berlindung di struktur habitatnya dan akan membuat serangan hendap jika ada mangsa yang melintasi kawasan tempat hendapannya.
Kekuatan set pancing pula antara set sederhana hingga berat bergantung kepada lapangan pancing dan arus. Biasanya bantuan ‘bangla’ akan direkrut untuk pancingan di kawasan yang kedalaman lebih 30 kaki. Kekuatan perambut sekitar 50lb hingga 80lb sudah memadai dengan kepanjangan perambut sekitar 2 meter.
Umpan hidup dan umpan mati merupakan pilihan untuk teknik dasar. Umpan sotong hidup seperti cumit dan sotong kurita dikatakan umpan terbaik untuk memikat John’s snapper yang bersaiz besar. Udang hidup pula mampu menaikkan jenahak pelbagai saiz malah jika ada modal lebih, anda boleh mencuba udang lipan.
Selain itu, tamban dan umpun-umpun juga mampu menaikkan spesies ini bergantung kepada teknik pancingan anda. Walaupun masa bagi spesies jenahak memburu mangsanya ialah sepanjang hari, namun teknik dasar pancingan jenahak lebih sinonim pada waktu malam.
Malah sering kali jenahak bersaiz besar acapkali dinaikkan pada lewat malam atau awal pagi. Begitu pun, sesekali dan sesetengah kawasan terdapat juga jenahak yang berjaya dipancing disiang hari. Di sinilah aplikasi teknik pancingan kedua menjadi alternatif kepada pemancing yang ingin memburu jenahak.
Aplikasi teknik kedua pula menggunakan umpan artifisial atau umpan tiruan iaitu mengunjun besi atau jigging. Teknik slow pitch atau slow jigging ternyata begitu praktikal memikat jenahak pada siang hari. Malah, teknik slow pitch menjadi kegilaan terbaru kepada pemancing jenahak tempatan sejak kebelakangan ini.
Dengan berat jig khusus untuk slow pitch bergantung kepada arus lapangan pancing, unjunan perlahan di kawasan berstruktur tidak dinafikan mampu menaikkan jenahak bersaiz gadang @ bantal. Teknik slow pitch boleh diaplikasikan dalam persekitaran kedalaman air antara 20 kaki hingga 30 kaki dengan set pancing sederhana (PE2- PE3, Jig 180-250 gram). Cuma perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah spot untuk melabuhkan jig perlu betul-betul di kawasan lubuk yang mempunyai ‘emas hidup’ ini.
Jika bernasib baik mendapat sambaran, kepuasannya memang secukup rasa. Apa tidaknya, bayangkan sekelip mata ketika syok mengunjun, ‘sapppp’ rod melentuk dan jig anda diragut. Fuhh, menjerit drag bak hang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...