Memancing sesuatu yang amat menyeronokkan. Namun kejadian seperti tertusuk mata kail, bot terbalik dan luka akibat tali utama merupakan antara insiden yang boleh berlaku sewaktu memancing. Jika tidak berhati-hati, keseronokan yang dicari kadangkala mengundang mimpi ngeri. Janganlah terlalu ghairah sampai lupakan keselamatan anda ketika memancing.

 

Apa Kemalangan Ketika Memancing Yang Pernah Korang Alami?

 

Apakah yang mungkin menjadi punca kemalangan seperti ini dan apa tip untuk kurangkan risiko seperti ini?

 

“Elakkan memegang ikan yang baru landing guna tangan. Sebaiknya pakai lip grip… terutamanya ketika sesi bergambar. Guna playar ketika buka mata kail dari mulut ikan. Antara dua faktor yang ambe jumpa penyebab solid hook-up kat jari.”

  • Awang Yusri

 

Apa Kemalangan Ketika Memancing Yang Pernah Korang Alami?

 

“Pernah sekali, misi menyelamat bot member terbalik. Tengah kalut-kalut entah macam mana tak perasan treble hook popper sangkut kat seluar, dah lama terasa pedih… nah terpacak kat peha. Mujur lah hook  standard, senang nak potong. Tapi nak menembusnya tu yang syahduuuuu…!”

IKLAN
  • Sayur Keladi

 

Apa Kemalangan Ketika Memancing Yang Pernah Korang Alami?

 

“Bagi saya ilmu kena ada dari segi pengendalian bot dan peka berubahan cuaca, pasang surut air dan lapang pancingan. Jika ilmu masih kurang kita perlu cari seorang yang mahir dalam semua aspek. Sentiasa alert ketika melontar gewang dan semasa kita menghampiri rakan yang sedang casting untuk mengelakkan terjadi kemalangan yang tidak dingini. Sentiasa bawa peti pertolongan cemas untuk rawatan awal jika berlaku kemalangan. Di samping itu penggunaan life jaket mesti diutamakan jika kita boating.”

  • Mohd Shaharol

 

Apa Kemalangan Ketika Memancing Yang Pernah Korang Alami?

 

“Sikap… paling utama tidak gelojoh dan berebut-rebut nak baling umpan. Sentiasa alert dan ambil ruang yang selesa. Pastikan semua selamat & beri isyarat pada kawan di sekeliling bila anda hendak melontar umpan.”

IKLAN
  • Ct Dahlia Yusoffie

 

“Ya saya ada pengalaman ketika land ikan siakap di kolam, Kedah. Waktu tu casting pukul 3 pagi. Disebabkan malas nak guna lip grip yang memang dah ada tergantung dekat pinggang… sekali siakap tu menggelupur…  single hook dah lekat dalam jari daaa…!”

  • Mat Dekk

 

Apa Kemalangan Ketika Memancing Yang Pernah Korang Alami?

 

“Bertindak melulu… atau tidak berhati hati dalam dunia hanyir akan mendapat risiko tinggi. Kita seharusnya mempraktik dan belajar terlebih dahulu sebelom turun padang pancing.”

  • Wan Bukhari

 

IKLAN

“Tertusuk gewang atau mata kail ni asam garam seorang pemancing. Memang tak dapat nak dielakkan bila leka atau kurang berhati-hati bila memancing. Apa pun jangan cepat panik bila berlaku kejadian tersebut jadi kepada kita. Cuba keluarkan dahulu mata kail yang tertusuk di anggota badan dan jika ianya tak dapat dikeluarkan saya cadangkan cari la klinik atau hospital berhampiran.”

  • Kelisa Merah

 

Apa Kemalangan Ketika Memancing Yang Pernah Korang Alami?

 

“Memang betul malang tak berbau tapi kita boleh beringat. Walaupun pandai berenang jangan la kita cuai dengan keselamatan. Sekurang-kurangnya pakai la jugak life jacket. Peti first aid pun kalau boleh bawak la. Sekurang-kurangnya boleh digunakan dalam kecemasan… yang penting SAFETY FIRST!”

  • Ranting Taib Andak

 

“Ya malang memang tak berbau tapi boleh kita berhati-hati. Pandang sekeliling esbelum cast. Elakkan bergurau keterlaluan. Sentiasa guna playar dan lip grip.”

  • Shamsul Adha

 

Apa Kemalangan Ketika Memancing Yang Pernah Korang Alami?

 

“Fuh… ingat lagi duri baung terbenam kat ibu jari. Gigil dibuatnya.”

  • Afj El Toyek
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI