Memancing di atas bot atau boating mempunyai kelebihannya yang tersendiri kepada kaki pancing terutama jika mahu meneroka lubuk yang lebih berpotensi tidak kiralah ditengah laut, tasik mahupun sungai.
Tetapi harus diingat, biarpun ada kelebihan memancing di atas bot, namun risiko terdedah kepada bahaya juga amat tinggi. Berikut merupakan beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil kira ketika memancing di atas bot:
Sentiasa memakai jaket keselamatan yang diikat kemas pada badan (jangan hanya menyarung pada badan tanpa mengikatnya). Memakai jaket keselamatan memang agak kurang selesa tetapi ia adalah langkah keselamatan yang tidak boleh diambil mudah.
Pastikan bot memancing mempunyai tali dan pelampung keselamatan. Ramai yang meremehkan perkara ini malah tidak ambil peduli langsung.
Ads
Pastikan bot dan enjin berada dalam keadaan baik sebelum keluar memancing. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi. Ini amat penting sekiranya keluar secara bersendirian.
Jaga adab dan tutur kata ketika memancing di tengah laut mahupun kawasan terpencil. Yang penting, mulut jangan CABUL!!!
Ads
Waspada terhadap ancaman ribut. Jika boleh, tamatkan trip atau cari kawasan berlindung dengan segera sebelum ribut melanda.
Bawa lampu suluh jika merasakan pulang hingga lewat petang. Kalau boleh bawa je bukan berat pun sebutir lampu suluh ni.
Sentiasa waspada terhadap tunggul kayu atau kayu balak hanyut. Waktu lewat petang apabila tunggul balak dilindungi bayang adalah waktu yang paling berbahaya.
Ads
Untuk casting di dalam bot, adalah lebih baik jika pemancing bertolak ansur untuk cast dan harus sentiasa memastikan jarak yang selamat sebelum melontar gewang.
Elakkan memegang joran ketika hujan lebat atau ribut petir untuk elakkan risiko daripada terkena renjatan.
Bawa peti keselamatan yang lengkap dengan ubat-ubatan dan sewaktu dengannya. Ia merupakan gajet yang paling penting tetapi sering diabaikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Menarik sotong tidak sama seperti menarik ikan. Jangan melayan tarikan sotong seperti anda membuat sentakan ikan. Jika anda menarik sotong seperti ikan, peluang untuk mendapatkan sotong agak tipis.
Mungkin anda hanya mendapat jejari sotong sahaja. Apabila semakin lama anda menyandat, akan akan faham sendiri seni pancingan sotong ini.
Semasa sotong tiba dipermukaan, sotong akan memancutkan dakwatnya ke atas. Oleh itu elakkan dari melihat sotong dalam posisi berhadapan. Pastikan sotong berada agak jauh dari muka anda dengan cara meluruskan tangan semasa mengangkat sotong.
Sotong mampu memancutkan dakwat dan air melebihi ketinggian bumbung bot. Selalunya sotong torak hanya membuat sekali pancutan yang kuat. Pancutan air juga menunjukkan kedudukan sotong yang sudah berada berdekatan dengan permukaan.
Jika kita menghampiri bot-bot menyandat sotong, kita boleh melihat pancutan-pancutan air yang tinggi. Pancutan yang kerap memberi gambaran bilangan sotong yang berjaya didaratkan.
Jika semakin banyak dan kerap pancutan, maka semakin banyak sotong yang telah dicandat. Selalunya fenomena sebegini tidak lama, oleh itu pemancing perlu peka kepada perubahan pola ini.
Bagi nelayan tradisional dan penyandat-penyandat hardcore, mereka akan menarik sotong dengan tarikan yang sesuai, memegang badan sotong dalam posisi rendah, mencampak ke dalam bekas sotong dan melepaskan semula candat ke laut dengan muka yang cukup selamber.
Semuanya berlaku cukup pantas. Agak sukar untuk melihat sotong yang telah mereka tangkap dari jarak yang jauh. Walaubagaimanapun, pancutan yang dilakukan oleh sotong dapat memberikan gambaran yang cukup bermakna bagi bot-bot yang baru tiba ke lokasi berkenaan.
Dengan ekor tirus bercabang, ia berkemampuan menujah pecutan renang mendahului kelajuan pemancing mengarau tali.
Ia biasanya menyerang mangsa pilihan dari semua arah kerana ada kes umpan hilang bahagian ekor saja, ada bahagian tengah dan sebilangan besar sasaran adalah bahagian kepala.
Tenggiri memotong mangsa seperti pisau amat tajam, mengonggong dan terus melarikan mangsa dengan pergerakan pantas.
Jangan perkecilkan kebolehan ikan ini berenang. Jika tidak ingin berputih mata jangan biarkan ia mendahului kita dan tali pancing hendaklah sentiasa tegang.
Kayuhlah sebeberapa laju kekili yang anda mampu ketika ia datang menyusuri arah anda. Ini bertujuan mengelakkan ia mengeleng kepala berulang kali dalam cubaan melepaskan mata kail di mulut.
Inilah salah satu kelebihan buat tenggiri bagi menidakkan hasil buat pemancing. Tali kendur pula memberi peluang kepadanya memotong perambut tangsi dengan mudah. Ia akan melurut tangsi sebelum ‘zussss’ potong tanpa rasa lagi.
Tenggiri gemar menyambar mangsa dan terus melarikan umpan. Ia akan berpatah balik dan jarang berlawan bertentangan dengan pemancing.
Pergerakannya sempurna, padu dan senyap. Mengenal tabiat tenggiri secara mendalam sedikit sebanyak dapat membantu anda ketika berhadapan dengannya di padang pancing. Kalau tidak kita akan mudah dipermainkannya.
Mengesan Kehadiran
Bagi nelayan berpengalaman mereka dapat membaca kehadiran ikan tenggiri berdasarkan kepada faktor berikut; ikan apollo sering hilang bersama mata kail, kesan potongan ikan mangsa, cara mata pancing berumpan dirembat atau disambar.
Yang tidak pengalaman sukar untuk membezakan kesan gigitan ikan yu, alu-alu, tenok, mersuji dan tenggiri.
Jika diperhatikan, barisan gigi tenggiri lebih tersusun dan kedudukannya adalah selapis.
Berbanding dengan yu, kedudukan gigi tenggiri adalah berlapis-lapis dan kesan gigitan luaran lebih terserlah.
Potongan oleh tenggiri adalah cantik dan kelihatan kemas tidak seperti tenok atau alu-alu. Merujuk kepada ikan yang dibaham pemangsa di bawah air, nelayan dapat mengagak
kehadiran spesies berkenaan dan mereka tidak akan melengahkan masa melabuhkan perlatan tenggiri. Bijak membaca keadaan boleh membantu hasil tangkapan baik.
Selain itu peralatan sememangnya sudah tersedia dan tunggu saja bila-bila masa untuk di hulurkan ke bawah.
Bagi pemancing pula, bila kehadiran tenggiri dikesan, barulah terhegeh-hegeh ikat mata kail. Lambat tu! Jangan biarkan ikan berlalu begitu sahaja.
Tiga tempat tumpuan utama tenggiri bermain iaitu di kawasan unjam, tukun dan atas kawasan karang.
Tenggiri di unjam biasanya bersaiz di antara 2kg hingga 5kg (tenggiri muda dan gelojoh dengan umpan), di kawasan tukun bersaiz antara 5kg hingga 10kgdan atas karang antara 8kg hingga belasan kilogram.
Walaupun spesies sama tapi tenggiri yang bermain di atas karang lebih dikenali tenggiri karang dan saiz puas hati.
Tenggiri ini tidak bergerak dalam kumpulan besar seperti mana geng anak muda di kawasan unjam. Boleh dikatakan taburan tenggiri adalah berselerak di Laut China Selatan dan berkelompok di Selat Melaka.
Tumpuan lebih ketara di lokasi dan tempat yang di sebutkan di atas.
Selat Melaka amat sukar menjerat tenggiri kerana ia banyak mendiami laluan kapal di tengah selat yang sempit. Aktiviti memancing adalah terlalu berisiko di lokasi berkenaan.
Pulau Pinang masih dikategorikan lubuk terbaik memancing tenggiri selain di Tuas Kedah. Untuk hasil lebih besar Pulau Pangkor mempunyai potensi terbaik mendapatkan skala lebih dari 8kg.
Ikan ini terlepas dari aktiviti memukat tenggiri yang di lakukan di kawasan Pulau Pinang dan bergerak turun ke kawasan perairan Perak. Namun jumlah tenggiri batang di perairan Pangkor turun dengan mendadak!
Secara lazimnya teknik menunda adalah jalan paling mudah menjerat tenggiri, tapi dari segi perlawanan ia tidak sehebat mana kerana waktu ini tenggiri sudahpun lemah akibat tundaan.
Pemancing tidak dapat merasa kekuatan sebenar ikan pantas berenang ini. Kalau ingin merasa daya juang tenggiri sebenar teknik mengumpan adalah cara terbaik.
Saya mula tertarik memancing tenggiri dengan kaedah tradisional di mana ia benar-benar menguji ketabahan dan kecekapan pemancing.
Ia juga boleh mengajar pemancing bersedia, mengasah bakat dan mengunakan segala pancaindera termasuk deria rasa melalui sentuhan tali pancing.
Bagi saya tenggiri adalah ikan bijak, jadi kita perlu berilmu untuk menewaskannya. Ini berdasarkan kepada para nelayan yang memancing tenggiri banyak bergantung kepada kecekapan.
10 ekor hasil seharian dianggap cukup bernasib baik dengan mengunakan kederat tulang empat kerat.
Bagi yang meminati dunia memancing, pastinya akan menganggap aktiviti ini sebagai satu aktiviti yang menenangkan minda dan emosi anda.
Tapi kadangkala memancing juga mampu membuatkan anda kecewa, terutama bila anda kumpau atau pulang dengan tangan kosong setelah seharian memancing.
Untuk mengelakkan masalah kumpau dari berterusan, kami ingin berkongsi beberapa kesilapan yang patut anda elakkan sewaktu keluar memancing.
Set Peralatan Tak Sepadan
Biasa terjadi bila memancing dapat sambaran tetapi ikan susah nak mengena. Adakah anda kaji semula mengapa perkara itu terjadi?
Besar kemungkinan ia datang daripada pemilihan peralatan yang salah. Jadi sebagai pemancing, anda harus tahu apa spesies ikan sasaran anda.
Jadi dari sini anda boleh menentukan peralatan apa yang sesuai untuk anda gunakan. Sebagai contoh, janganlah nak pancing layaran guna mata kail udang pulak nanti.
Bodoh Sombong
Biarpun berapa puluh tahun anda memancing dan seberapa banyak pengalaman yang anda, janganlah jadi pemancing yang bodoh sombong atau berlagak pandai!
Ini amat penting terutama bila anda meneroka lubuk baru. Sentiasalah bertanyakan mereka yang arif dengan kawasan tersebut dan kaji dahulu lokasi memancing anda untuk mengelakkan kes membangau sehari suntuk!
Kelam-kabut
Kalau kot ye pun teruja nak memancing elakkan dari menjadi seorang yang kelam-kabut.
Bukannya apa, bila terjadinya kes-kes kelam-kabut ni pasti ada saja masalah yang akan terjadi.
Tertinggal set pancinglah, ikan rabutlah dan yang paling teruk berpotensi untuk ditimpa kecederaan sewaktu memancing.
Jadilah seorang pemancing yang sentiasa bertenang dan rancanglah sebaik mungkin perjalanan sebelum anda keluar memancing.
Jeles tak bertempat
Kes kaki pancing cemburu ni mesti banyak kali terjadi di kalangan kita. Pantang je tengok orang tarik ikan mesti ada 1 atau 2 orang yang jenis tak senang duduk bila tengok orang strike.
Time tu jugaklah dia nak pindah duduk kat kawasan orang yang dapat ikan tu. Haihh, kalau boleh, jadilah pemancing yang sentiasa percaya pada rezeki sendiri.
Janganlah dek kerana sikap tamak dan cemburu tu anda dibenci pemancing lain.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...