Spinnerbait merupakan antara gewang tiruan yang paling awal direka oleh pemancing. Dengan putaran blade kecil serta riak daripada skirt atau getah halus cukup untuk menaikkan nafsu ikan pemangsa.

 

Booyah : Vibra-FLEX

Direka oleh pemancing bass terkenal, Jimmy Houston, spinnerbait ini menampilkan kerangka Vibra-FLEX yang menghasilkan getaran yang lebih menggoda berbanding kerangka stainless steel biasa. Kerangka ini juga kuat dan sukar bengkok jika tersangkut sekalipun. Ciri lain juga menampilkan blade dengan putaran berlawanan menjadikan spinnerbait ini sangat ampuh.

 

Eco Pro Tungsten : Rapid Fire Spinnerbait

Produk tungsten lebih terkenal dengan jig dan batu ladung. Namun penghasilan Rapid Fire menjadikan spinnerbait ini mempunyai ciri tarikan tersendiri. Kerangka daripada tungsten membuatkan gewang ini lebih tumpat serta mampu membuat balingan yang lebih jauh selain rekaan badan yang menarik.

 

IKLAN

Mann’s : “The Classic ”

Spinnerbait ini telah membantu Hank Parker menjuarai pertandingan Bassmaster Classic pada tahun 1989 dan seterusnya menjadi rebutan di kalangan pemancing. Salah satu kekuatan spinnerbait ini ialah komposisi lengan yang ultra halus yang menghasilkan getaran menggoda dengan padanan ball-bearing swivel untuk menghasilkan ilusi renangan.

 

Freedom Tackle : Live Action Spinnerbait

Spinnerbait daripada Freedom ini wajar dimiliki kerana merupakan antara spinnerbait pertama yang menggunakan mata berasingan, mudah ditukar dan bersifat free-swinging yang memberikan aksi tambahan. Sambungan mata pada badan yang lebih longgar menghasilkan renangan yang lebih menggoda dan spinnerbait ini terbukti kuat dan teguh.

IKLAN

 

Jackall : Super Eruption

Menonjol dalam situasi kurang cahaya dan air yang keruh, Super Eruption dilengkapi dengan 2 bilah blade yang akan berputar laju setelah memasuki air. Juga dilengkapi dengan kerangka 0.8 mm. SUS304 stainless steel, memberikan getaran dan kekuatan untuk menaikkan ikan seekor demi seekor. Bentuk kepala spinnerbait ini juga agak unik dan menghasilkan aksi tambahan.

 

Northland Tackle : Reed-Runner Classic -Series Tandem

Spinnerbait ini datang dengan blade willow-leaf dengan tambahan blade kecil sebagai kicker. Blade bagi spinnerbait ini juga datang dengan pelbagai pilihan warna daripada metalik hingga hitam. Dipadankan dengan silikon Crazy Leg serta mata kail merah daripada Lip-Stick Hook menambahkan lagi tarikan spinnerbait ini.

IKLAN

 

Strike King : KVD Finesse

Direka oleh Kevin VanDam dan barisan jurutera Strike King, KVD Finesse dihasilkan untuk menahan asakan ikan bass. Dihasilkan dengan kerangka yang kuat serta pilihan warna natural, bentuk kepala yang agak bulat menghasilkan aksi tambahan ‘bumps’ pada dasar perairan.

 

Terminator : T-1 Titanium Twin Spin

T-1 Titanium Twin Spin merupakan dual-armed spinnerbait yang terbukti antara spinnerbait killer terhadap pelbagai spesies ikan pemangsa. Dilengkapi dengan sepasang blade Oklahoma double-barreled flash, ia menjadi padanan sesuai kepada kerangka Snap Back titanium untuk melawan asakan pemangsa. Dengan mata kail VMC Needle Point, spinnerbait ini mampu menjadi senjata yang meyakinkan buat pemancing.