The Bubble Minnie 

The Bubble Minnie, dibuat sekitar tahun 1940 oleh Fair Play Industries of Detroit. Gewang aluminium berbentuk bulan sabit ini mempunyai slot untuk isian barel pada badannya.

Setiap barel ini mengandungi bahan cecair yang tidak ketahui yang mampu menghasilkan berbuih ketika digayakan. Gewang unik ini dikatakan amat jarang digunakan disebabkan isu persekitaran.

 

 

Froglegs Mechanical 

Dengan rekaan kotak yang kelihatan diinspirasikan oleh Disney, Froglegs ini dihasilkan sekitar tahun 1950 oleh Modern Sporting Goods Co., Texas. Gewang yang kelihatan sangat riang ini merupakan antara katak mekanikal yang ampuh untuk menggoda ikan.

 

 

Bunty 

J. Tooley yang merupakan pencipta gewang ini merupakan antara caster terhandal ketika memasarkan gewang Bunty.

Gewang kayu kecil ini terkenal dengan tagline “not a warship” yang menyindir kebanyakan hasil gewangketika itu yang rata-rata bersaiz besar sehingga mempunyai 5 bilah mata tiga.

 

 

The Charmer 

IKLAN

The Charmer dihasilkan sekitar tahun 1911 di Springfield dan merupakan salah satu gewang klasik “barberpole” terbaik pada eranya.

Malah, tulisan “the most attractive fish lure any angler ever cast” pada kotaknya juga antara sebab mengapa The Charmer mempunyai tarikan tersendiri.

 

Beetle Lure 

Beetle keluaran Creek Chub Bait Co. merupakan antara gewang bentuk kumbang yang paling dicari pengumpul.

Gewang kayu ini mempunyai bentuk seakan bersegmen dengan kemasan mata yang dibuat daripada tangan. Tona warnanya pula juga dianggap menawan termasuk bahagian sayap.

Bahagian belakang gewang ini dilengkapi dengan 2 bilah blade berwarna mutiara (pearl) dan datang dengan 2 saiz serta 7 jenis warna berlainan.

 

 

Wonder Spoon 

Anton Lauby mempatenkan Wonder Spoon pada tahun 1935 dan memasarkannya sekitar tahun 1938.

IKLAN

Sesudu kayu ini dikatakan dihasilkan dengan bantuan anaknya, Tillie untuk membuat corak warna pada sesudu unik ini.

Malah corak warna Wonder Spoon juga dikatakan menjadi ikutan kepada anak-anak muda untuk mengecat kuku dengan corak sama.

 

 

Vacuum Bass Bait 

Dipatenkan pada 1909, gewang ini dipasarkan dengan kotak pasteboard hitam pada dua tahun awal pemasarannya.

Vacuum Bass Bait daripada syarikat Howe ini merupakan antara gewang klasik terawal.

Dilengkapi dengan “swiveling hooks”, grafik pada pada pamphlet atau manual gewang ini tidak tercabar oleh mana-mana keluaran daripada syarikat pesaing.

 

 

IKLAN

Medley’s Wiggly Crab 

Foto ini menunjukkan cetakan kotak edisi pertama gewang yang dihasilkan oleh Harry L. Medley pada tahun 1919.

Grafik pertama mempunyai cetakan “Patd.,” pada kotaknya sebelum ditukar kepada angka 1919.

Corak grafik pada kotak Wiggly Crab menjadi tarikan utama kepada pengumpul gewang untuk mendapatkan Wiggly Crab.

 

 

E-Z Way Bass Bait 

Dibuat sekitar 1915 oleh Harlow & Steinbaugh, E-Z Way dikatakan antara gewang yang mampu menjadi ibarat senjata makan tuan.

Gewang berspring ini apabila disetkan mata kailnya akan menjadikannya “weedless”, namun jika picunya diaktifkan, spring mata kailnya membuka hingga beberapa inci.

Terdapat helaian yang didatangkan sekali di dalam kotaknya turut membawa amaran penting iaitu “Look Out!”.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI