Sebagaimana yang ramai ketahui, H. macrolepidota yang dikenali sebagai jungle barb atau sebarau merupakan spesies yang boleh ditemui Semenanjung Malaysia dan Borneo.
Namun bagi spesies H. bimaculata ia dikenali sebagai sebarau dua belang, dungan, arungan dan barb hampala. Sebarau dua belang ini dikatakan hanya boleh ditemui di Borneo dan perairan Indonesia.
Lantaran ia tidak boleh ditemui di Semenanjung Malaysia maka ia menjadi ikan sukan sasaran para pengilat yang berkunjung ke kepulauan Borneo terutamanya di Sarawak.
Ikan sebarau dua belang adalah spesies endimik di Borneo. Ia dicirikan oleh dua barisan tompok menegak pada sisi badannya.
Kedudukan dua belang hitamnya itu terletak di bawah sirip dan dorsal dan satu pada caudal peduncle (sudut bahagian yang menyambung badan dan ekor ikan).
Selain ditangkap sebagai sumber protien, ikan sebarau dua belang juga amat popular dalam aktiviti sukan memancing.
Ikan buruan pengilat ini sangat sensitif terhadap kualiti. Justeru ia lebih mudah ditemui terutamanya di sungai pengunungan atau sungai yang bebas dari sumber pencemaran.
Menurut pemancing yang pernah memancing sebarau biasa dan sebarau dua belang ini, dari segi penampilan fizikalnya juga memang berbeza dengan kepala yang lebih besar dan nampak garang.
Badan yang lebih aerodinamik melawan arus dan panjang serta dua belang hitam melintang di tengah badan dan pangkal ekor menampakkan lagi kelainan sebarau Borneo ini.
Dalam pada itu sesetengah pemancing mendakwa sebarau dua belang ini sebenarnya turut ditemui di Semenanjung Malaysia namun taburannya amat kecil.
Spesies T. Albacares atau dengan nama umumnya yellowfin tuna merupakan tuna ketiga terbesar selepas Atlantic bluefin tuna dan Pasifik bluefin tuna. Namun ia merupakan tuna terbesar yang boleh ditemui di perairan tertentu negara kita. Tuna sirip kuning atau lebih popular dengan nama aya sirip kuning, merupakan salah satu ikan gergasi dalam famili besar Scombridae.
Taburan tuna sirip kuning meliputi hampir keseluruhan laut tropika kecuali Laut Mediterranean. Di negara kita ia boleh ditemui di perairan Pulau Sipadan (Sabah), perairan Lucornia (Sarawak), sedikit di luar kawasan pelantar minyak Terengganu dan Tukun Perak suatu ketika dahulu. Kini ia semakin sukar untuk ditemui.
Aya sirip kuning mendiami kawasan lautan dalam bersuhu antara 18°C hingga 31°C. Ia jarang mendiami laut cetek walaupun banyak menghabiskan masa di permukaan.
Sebagaimana sifat keluarga tuna, aya sirip kuning memiliki bentuk badan seperti selinder membulat serta tegap. Antara ciri pengenalan utamanya ialah memiliki sirip dorsal kedua memanjang berwarna kuning terang hingga ke pangkal ekor.
Ekor bercabang memanjang dan besar, sirip pektoral hampir 1/3 panjang badannya dan terdapat jalur kuning di antara warna gelap metalik atas badan dan cerah di bawahnya.
Tuna sirip kuning bermulut luas dibarisi gigi halus serata mulutnya. Semasa kecil ikan ini tidak begitu menarik dari segi bentuk badan dan juga harganya. Semakin membesar, semakin memanjang sirip dorsal keduanya hingga sampai ke pangkal ekor.
Isinya juga berubah rasa apabila membesar dan semakin mahal harganya. Kilauan warna lebih terserlah gah lebih-lebih lagi di lingkungi sirip dorsal kedua yang melengkung cantik hingga hampir tersentuh bahagian ekor.
Ikan aya sirip kuning hanya berlegar pada kedalaman 1 meter hingga 250 meter walaupun ia mendiami lautan yang purata kedalaman 1000 meter hingga 5000 meter. Ia amat sensitif dengan kualiti oksigen di mana ia memerlukan kandungan oksigen yang tinggi untuk hidup. Atas sebab itulah ia jarang ditemui di bawah kedalaman 250 meter dari permukaan air. Ia tidak hidup di dasar lautan.
Hidup di lautan tropikal bersuhu sederhana dan biasanya bermain di atas suhu termocline di mana terdapat dua suhu berbeza di dalam air. Biasanya suhu bawah lebih sejuk dari suhu atas dan hampir kebanyakan ikan akan berada di lingkungan suhu panas.
Ia juga gemar bermain di permukaan air dan sering melakukan loncatan ke udara terutama ketika mengejar mangsa. Dengan bentuk badan umpama torpedo, ayah sirip kuningan mampu melakukan tujahan 20 meter sesaat dan berenang dengan kelajuan 72 km sejam.
Bergerak dalam kumpulan besar mengikut saiz kumpulan. Juga pernah didapati berenang bersama spesies ikan lain dan gemar bermain sekitar objek terapung kerana kawasan tersebut dikenal pasti mampu memberi sumber rangkaian makanan diperlukan.
Ia juga spesies yang sentiasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang jauh mengikut musim. Laluan utama ikan aya kuning ini adalah lautan tropika iaitu laluan arus Pasifik dan Hindi.
Diet utama aya sirip kuning ialah hampir kesemua ikan pelagik terutama jenis mackerel, bilis dan sotong. Saiz terbesar dilaporkan menjangkau 200 kg pada usia 8 tahun dengan panjang hampir 208 cm panjang.
Itu sudah kira cukup bagus jika ikan ini dapat melepasi usia 8 tahun. Ini berdasarkan kegiatan memburu secara komersial dilakukan sepanjang tahun hampir seluruh dunia.
Menurut tekong yang biasa memburu kerapu ini sebagai sumber pendapatan utama, kerapu sunuh amat aktif pada lewat petang dan awal pagi. Namun ada juga nelayan dan pemancing yang berjaya memancing ia di luar waktu puncak ini.
Pada pengamatan saya kerapu sunuh khususnya tidak begitu peka dengan jenis perambut yang digunakan. Asalkan umpan berada di depan mata ketika waktu ia makan pasti membuahkan hasil. Disebabkan kerapu ini mempunyai perisai dan pelindung utama iaitu batu karang, menggunakan perambut serta tali halus mudah diperlekehkan.
Sebab itu ramai pemburunya menggunakan perambut 80lb jika memancing pada siang hari dan sehingga 120 lb untuk memancing pada malam hari.
Teknik terbaik ialah perambut stail apollo di mana teknik pilihan ini akan menghasilkan umpan yang tergantung sedikit dari kedudukan dasar maupun atas dedaun karang.
Perlu diingatkan jangan gantung umpan terlalu tinggi dari dasar. Umpan juga jangan terlampau ke dasar (sehingga kendur tali utama) kerana kebarangkalian sangkut adalah tinggi.
Sesetengah kerapu kurang berminat dengan umpan kecuali yang benar-benar lapar. Ini kerana pengalaman saya hanya umpan di bawah sahaja ditelan kerapu atau ikan demersal lain berbanding umpan di sebelah atas.
Set apollo dua mata mencukupi untuk memancing ikan kasar di atas batu karang. Biasanya umpan pertama yang dilabuhkan akan menjerat ikan terbesar dalam kumpulannya dahulu diikuti yang lain. Tapi ini tidak selalu berlaku.
Sebaik sahaja umpan dihenjut, usah lagi memberi tali, tahan sahaja sebaik mungkin untuk menidakkan ia menyelinap di celahan karang. Setidak-tidaknya tangsi perlu dielakkan dari bergesel dengan apa-apa objek di dasar laut tersebut.
Tarik supaya mulut ikan mendongak ke atas supaya ia cepat lemas. Jika dibiarkan ia menujah ke bawah dan akhirnya memberi kelebihan buat kerapu. Umpan pilihan kerapu sunuh dewasa hanya tertumpu pada ikan dan sotong.
Di lubuk batu karang biasanya dihuni banyak ikan kecil yang turut sama berminat dengan apa-apa makanan yang dihulur.
Menggunakan umpan potong memberi kesan besar terhadap pemburuan kerapu. Jika ia lambat menjumpai umpan ada kemungkinan makhluk kecil lain dahulu mengerumuni umpan hingga keadaan lusuh dan tidak menarik lagi.
Walaupun kerapu pada dasarnya tidak memilih sama ada ikan sekor bulat-bulat atau dipotong maupun dihiris namun kita perlu mengambil berat hal ini.
Lenggok gemalai seekor anak ikan di hujung pancing atau hirisan ikan yang koyak rabak terkulai di mata pancing memberi kesan persembahan yang berlainan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...