IKAN SELAR

Ikan selar (terutamanya selar kuning) merupakan ikan pelagik yang wajib dipancing di kawasan unjam sebagai persediaan umpan hidup untuk memancing.

Berbanding ikan tamban atau kembung, ikan selar lebih berdaya tahan apabila dijadikan umpan. Namun apabila sudah mati di mata kail, ia kurang berkesan untuk dijadikan umpan.

 

IKAN BILIS

Sama ada dalam keadaan hidup atau sudah mati tetapi dalam keadaan segar, ikan bilis merupakan ikan yang sangat berkesan untuk dijadikan umpan.

Berikutan sukar untuk memperolehinya, ikan bilis hidup lebih banyak digunakan bagi pancingan di kelong. Sekiranya anda berjaya apollo ikan bilis ini, maka cerahlah peluang anda untuk strike ikan gred A.

 

IKAN JENJULUNG

Jika di estuari atau pancingan muara, ikan jenjulung ini sememangnya umpan killer bagi memancing siakap merah. Namun ikan lain seperti todak dan barracuda turut membaham umpan ini.

Namun bagi pemburu MJ atau siakap merah di beberapa lokasi seperti Kuala Trong atau Kuala Selinsing, ikan jenjulung dijadikan umpan alternatif sekiranya gewang tidak memperoleh respon.

IKLAN

 

UMANG-UMANG

Dari dulu sehingga kini umang-umang merupakan umpan pilihan untuk memancing sembilang atau gemang. Namun ikan lain seperti gelama, gerut-gerut dan kitang turut berminat kepadanya.

Malah ikan pari puluhan kilo turut pernah didaratkan hasil penggunaan umang-umang ini. Umang-umang juga tidak sukar untuk dicari dan hanya perlu memecah `rumahnya’ untuk mengeluarkannya.

 

SESIRAT

Biasanya orang guna umpan ni biar sesirat kering dulu baru cangkuk pada mata kail. Tapi kalau guna terus pun tak jadi masalah. Sesirat ni kalau kecil pakai sekor-sekor cangkuk kat mata.

IKLAN

Kalau besar korang potonglah kasi cun-cun kat mata kail. Umpan ni memang lambat sikit nak dapat strike, tapi kalau dapat strike biasanya saiz mega. Ikan yang kerap makan umpan sesirat ni ialah belukang, pari dan juga jenahak.

 

UDANG MATI

Walaupun sudah mati atau hanya dibeli di pasar malam, udang laut masih boleh dijadikan umpan berkesan. Malah ia lebih berkesan jika dikupas atau kopek kulitnya. Ikan daun baru, sembilang, bolos, gelama dan lain-lain boleh dipancing dengan umpan udang kopek.

 

HIRISAN SOTONG

Baik di persisir hingga ke laut dalam, hirisan sotong segar merupakan umpan pilihan bagi memburu pelbagai spesies berharga seperti jenahak, merah, kerapu atau ibu kerisi.

IKLAN

Kelebihan sotong yang masih segar adalah kerana sifat luminous yang membebaskan cahaya. Jadi, ia sangat berkesan jika digunakan pada waktu malam berbanding hirisan ikan.

 

TELUR BELANGKAS

Belangkas atau isinya tidak dijadikan sesuai dijadikan umpan. Tetapi telurnya sangat berkesan untuk dijadikan umpan. Ia merupakan umpan yang cukup sinonim untuk memburu keluarga pak misai seperti sembilang, duri dan juga belukang.

Sekiranya anda terpancing belangkas, periksa badannya dan lihat kalau-kalau ia mempunyai telur.

 

KUPANG & KERANG

Antara umpan yang popular bagi pancingan di kelong. Ikan sasaran pula merupakan ikan yang sering berlegar di kawasan kelong seperti gerut-gerut, sembilang, duri dan lain-lain lagi. Seperti mana telur belangkas juga, kerang merupakan umpan alternatif untuk memancing spesies pak misai.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI