Kelebihan hobi memancing ini ialah ia boleh dilakukan 24 jam sehari. Tambah pula, ada sesejenis ikan yang lebih aktif memburu makanan pada waktu malam berbanding siang hari.

 

Namun memancing pada waktu malam tidak sama dengan keadaannya berbanding pada siang hari.

Khususnya memancing di kawasan yang jauh dari sumber cahaya seperti di sungai pergunungan, sungai jauh dari penempatan ataupun lombong tinggal.

 

Oleh yang demikian, sedikit tip atau panduan ini perlu diambil berat bagi keseronokan dan keselamatan sepanjang tempoh memancing.

 

Panduan #1

Torchlight atau lampu suluh wajib ada! Tak kiralah apa jenis lampu suluh sekalipun ia adalah keperluan kedua terpenting selepas peralatan memancing.

Kalau bawak lampu suluh tak bawa peralatan memancing itu dah kira tujuan lain.

 

Panduan #2 

Seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan lampu suluh. Paling penting jangan menyuluh secara terus ke arah air.

IKLAN

Cahaya dari lampu suluh boleh menyebabkan ikan menjauhi kawasan pancingan kita. Tabiat menyuluh ke air ini sememangnya sukar untuk dihakis oleh para pemancing.

 

Panduan #3

Insect repellent atau ubat penghalau serangga juga perlu ada demi untuk keselesaan memancing.

Kecuali, korang sudah kebal dengan gigitan nyamuk dan agas serta serangga-serangga hutan.

 

Panduan #4

Nak pakai pakaian macam pergi pejabat pun boleh asalkan jangan serba-serbi warna hitam.

Pakaian serba hitam memang bagus bagi penyamaran kerana ikan tidak nampak kehadiran kita tetapi tidak bagi nyamuk.

IKLAN

Seperkara lain, ia turut menyulitkan rakan sendiri kerana boleh menimbulkan banyak kekeliruan.

 

Panduan #5

Sebaik-baiknya memancinglah secara berkumpulan. Walaupun cuma di sungai belakang rumah atau tepi lombong, ia dapat membantu jika berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.

 

Panduan #6

Amalkan sikap menyimpan peralatan memancing yang tajam seperti mata kail atau pisau di tempat asal selepas digunakan.

Jangan malas bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diduga.

IKLAN

 

Panduan #7

Sebaiknya juga buatkan unggun api bagi menjauhkan binatang-binatang buas dan berbisa menghampiri kawasan pancingan kita (peringatan : jangan pula korang buat unggun api jika memancing di atas sampan!)

 

Panduan #8

Kenali terlebih dahulu spesis tangkapan yang berjaya didaratkan sebelum mengendalikannya bagi mengeluarkan mata kail agar tidak terpegang ikan sembilang sama seperti memegang ikan gelama.

 

Panduan #9

Jika perlu, tabur belerang dalam bentuk lingkaran bagi memagari kawasan korang memancing. Ia bertujuan untuk menghalang binatang atau serangga berbisa memasuki kawasan korang. Namun, jangan biarkan belerang itu terlepas masuk ke kawasan air.

 

Panduan #10

Dan yang paling penting, pastikan dulu spot memancing itu bukan sahaja bebas dari binatang liar tetapi juga bebas dari manusia berperangai binatang.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI