Mode auto selalunya akan memberi info yang tepat ketika menggunakan kamera seperti shuttter speed, aperture, ISO, white balance, focus dan flash.
Penggunaan mode auto lebih memudahkan jurufoto untu merakam gambar di saat genting seperti pergerakan ikan yang terlalu cepat.
Asas White Balance
Salah satu masalah kepada jurugambar untu menetapkan white balance ketika mengambil gambar.
Kita biasanya tidak akan perasan perbezaan warna dengan mata kasar kecuali suhu cahaya tersebut terlalu tinggi seperti matahari terik.
Anda boleh menggunakan setting white balance untuk memilih suhu cahaya terbaik untuk hasil yang cantik.
Ads
Cara Memegang Kamera
Ramai yang baru pertama kali membeli kamera dslr akan menyangkakan teknik ini mudah dan tidak perlu dipelajari.
Hakikatnya, teknik ini adalah paling penting dalam memberi impak dan kualiti yang berbeza ketika penghasilan gambar nanti.
Cara yang terbaik sebelum menekan butang kamera ialah tarik nafas, tahan selama 5 saat dan lepaskan.
Tetapi ada juga jurufoto tidak mengendahkan perkara sebegini. Tip ini paling sesuai sekiranya anda tidak membawa tripod bagi mengelakkan gambar jadi blur.
Ads
Gambar Kabur
Kesalahan mengambil gambar sebegini memang paling kerap dilalui setiap jurufoto. Antara yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah kurang fokus pada imej, subjek terlalu dekat dengan lensa, salah guna aperture, gambar terhasil menjadi terlalu ‘noise’ dan sebagainya.
Selain itu, pergerakan subjek yang terlalu cepat juga akan menyebabkan kesukaran mengambil gambar yang lebih jelas.
Untuk mengatasi masalah ini, gunakan tripod dan set shutter speed yang betul bagi mengelakkan masalah berulang.
Ads
Guna Flash
Sama ada menggunakan speedlite atau built-in flash, kebanyakan ada pro dan kontranya. Sewaktu menggunakan built-in flash terutamanya di tempat gelap, pasti ramai akan merungut kerana gambar terlalu terang di bahagian depan, latar belakang menjadi gelap.
Akan tetapi sekiranya anda imbangkan dengan guna ISO yang bersesuaian seperti ISO 800 atau 1600. Walaupun akan wujud noise dalam gambar, akan tetapi ia lebih baik daripada menggunakan ISO 100.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Teknik memancing ini merupakan teknik yang paling asas dan umum digunakan oleh para pemancing.
Untuk memancing dengan teknik ini, hanya memerlukan kelengkapan pancingan dasar, kemudian umpan dipasang dan dilepaskan ke laut dan tunggu sehingga ada ikan yang menyambar.
Teknik pancingan ini boleh menggunakan joran dengan reel spinning atau overhead atau koyan. Memancing dengan teknik ini juga wajib menggunakan pemberat atau batu ladung yang membolehkan umpan berada di dasar untuk memburu ikan dasar.
Trolling (Menunda)
Teknik memancing ini umumnya digunakan ketika bot sedang berjalan dengan kelajuan 4-6 knot. Umpan yang digunakan oleh teknik ini adalah umpan tiruan untuk memancing ikan tenggiri dan wahoo dan lain-lain lagi.
Selain gewang berbentuk ikan, umpan lain yang digunakan adalah skirt menunda yang berbentuk seperti kepala sotong dengan warna terang.
Biasanya jarak umpan dari bot mencapai 10 hingga 30meter tergantung kepada ukuran gewang tundaan. Selain itu, joran trolling juga biasanya jenis overhead iaitu reel yang posisinya berada pada sisi atas joran.
Casting (mengilat)
Memancing jenis ini menggunakan umpan tiruan atau lure untuk mendapatkan ikan. Lure boleh berbentuk ikan, serangga atau binatang laut lainnya. Caranya adalah dengan melemparkan lure menuju target menggunakan rod dan reel.
Perbuatan melemparkan dan menggulung lure merupakan kunci dari teknik ini, sehingga ada juga yang mempraktikkan teknik ini hanya dengan tangan kosong atau handline.
Lure dilontar dan dikarau sebanyak kali yang mampu sehingga mendapat strike. Maka dari itu, teknik ini seringkali dikategorikan sebagai sportfishing atau sukan memancing.
Surfcasting (pancingan pantai)
Teknik ini hampir sama dengan teknik casting, namun teknik ini dilakukan dengan joran yang lebih panjang sekitar 350—450 cm.
Teknik asasnya pun sama dengan casting iaitu melemparkan umpan sejauh-jauhnya, tapi dalam surf casting, umpan yang dilemparkan akan dibiarkan mendarat seperti memancing dasaran.
Maka dari itu, memancing dengan teknik ini pun memerlukan pemberat agar umpan tidak hanyut.
Perbezaan antara casting dan surfcasting juga terletak pada umpan yang digunakan. Jika casting menggunakan umpan tiruan, dalam surfcasting umpan yang digunakan bukanlah u
mpan buatan, melainkan ikan-ikan kecil, perumpun, udang ataupun kerang yang banyak ditemukan di pesisir pantai.
Waktu yang paling tepat untuk memancing menggunakan teknik ini adalah saat air bergerak pasang naik, kerana saat itulah ikan-ikan berenang mendekati pantai untuk mencari makan.
Jigging (mengunjun)
Jigging dipercaya teknik memancing yang sudah ada sejak ribuan tahun lalu. Di mana saat itu nelayan mencuba untuk memancing ikan menggunakan umpan yang dibuat daripada timah atau logam lain yang kemudian dilemparkan ke dalam air dan kemudian ditarik dengan laju ke atas.
Biasanya teknik memancing seperti ini digunakan untuk memancing di kawasan terumbu karang dengan kedalaman 50-100 meter.
Ketika memancing menggunakan teknik ini, jig tidak dihayunkan langsung ke spot yang disasarkan, melainkan dilemparkan dan dibiarkan meluncur hingga ke dasar laut secepat mungkin baru kemudian menggulung reel dengan cepat sambil disentak-sentakan.
Ia dilakukan agar umpan tersebut bergerak seperti ikan yang menuju ke atas sehingga ikan sasaran mahu menyambarnya.
Ikan talang-talang adalah ikan lautan tropika yang popular sebagai sasaran pemancing berikutan memiliki tenaga, kepantasan dan aksi akrobatik berulangkali di luar permukaan air dalam usahanya untuk melepaskan mata kail yang tersangkut pada mulutnya.
Ikan talang-talang secara umumnya hidup di laut luas dan mendiami perairan pantai dan sering didapati berenang secara berkumpulan. Ikan talang-talang bersaiz kecil atau juvenil boleh ditemukan di muara sehingga sempadan air payau. Manakala talang-talang dewasa biasa ditemukan mendiami kawasan perairan terbuka berhampiran dengan terumbu karang atau tanjung.
Ikan talang-talang boleh dipancing dengan menggunakan umpan hidup, umpan potongan ikan, pelbagai jenis umpan tiruan serta jig. Jika menggunakan umpan hidup (ikan, udang atau sotong) bolehlah gunakan teknik apungan, pertengahan air ataupun dasar.
Walaupun talang-talang adalah ikan pelagik, yang mencari makanan di permukaan dan pertengahan air, talang-talang turut meronda hingga ke dasar laut yang cetek.
Disebabkan talang-talang merupakan ikan pelagik atau pemangsa, maka ia turut boleh dipancing dengan menggunakan gewang tiruan dengan teknik casting, popping, trolling dan jigging. Untuk kepuasan sebenar memancing talang-talang disarankan menggunakan set peralatan ringan.
Biarpun talang-talang tidak memiliki gigi tajam seperti tenggiri atau alu-alu namun ia memiliki mulut atau bibir kasar yang boleh memutuskan tali perambut. Oleh yang demikian penggunaan perambut fluorocarbon adalah lebih baik berbanding perambut nylon atau monofilamen.
Sekiranya kawasan tersebut ada kewujudan tenggiri maka bolehlah guna perambut dawai sebagai insuran walaupun untuk memancing talang-talang.
Melihat dari sudut pancingan, si bantal emas atau John’s snapper ini mungkin merupakan spesies ikan snapper yang paling digemari di kalangan kaki pancing. Atribut atau nilai utama tentunya pada nilai rasanya, malah tidak keterlaluan jika dikatakan jenahak merupakan antara spesies ikan paling sedap jika dikira di kalangan spesies ikan estuari.
Begitu pun, sesuai dengan statusnya sebagai tertiary consumer, pemangsa kepada pemangsa ini masih merupakan spesies ikan yang agresif dan agak licik. Agresif di sini merujuk kepada naluri jenahak sebagai ikan pemburu hendap.
Jenahak mampu memberikan kesulitan kepada pemancing pada awal pertarungan terutama sejurus menerkam umpan. Pertarungan yang agresif biasanya dalam tempoh yang singkat sebelum darjah kesulitan dan cabaran pertarungan bertukar daripada naluri pemangsa yang agresif kepada pertarungan kelicikan.
Apabila menyedari pertaruhan tenaganya pada awal pertarungan gagal, jenahak akan menukar strategi kepada bertahan di sebalik struktur atau karang yang ada. Ketika ini, objektif utamanya tidak lagi untuk menghauskan stamina pemancing, sebaliknya tertumpu kepada stamina dan keupayaan tali pancing yang digunakan. Jika pemancing berjaya mengekang kedua-dua darjah pertarungan ini, maka nikmat kepuasan pastinya hadir setelah ‘emas lautan’ ini dapat dicungkil.
Di Malaysia, juvenil atau sering kita gelar tetanda boleh ditemui di kawasan muara sebelum spesies ini bermigrasi ke lautan apabila dewasa. Jenahak dewasa juga boleh ditemui di kawasan berhampiran muara disebabkan untuk mengawan.
Saiz sebiji bantal dengan berat antara 1 kg hingga 6 kg merupakan saiz yang banyak dipancing oleh pemancing tempatan. Biasanya jenahak sebegini mudah dipancing di kawasan kedalaman lebih 30 kaki atau lebih dengan dipenuhi struktur karang, kapal karam, tukun dan sebarang bentuk struktur yang lain.
Jenahak biasanya ditemui berkumpulan dalam habitat yang disebutkan tadi. Jika pemancing menemui lubuk jenahak, pesta jenahak akan dimulakan namun perlu diingatkan, jika seekor jenahak terlepas atau terlucut ketika dipancing, jenahak lain di lubuk yang sama akan menjadi culas dan berhenti memakan umpan seterusnya.
TEKNIK PANCINGAN DAN UMPAN
Di Malaysia, terdapat dua aplikasi teknik pancingan jenahak yang terkenal dan terbukti berkesan untuk memburu spesies bernilai tinggi ini. Aplikasi teknik pancingan yang pertama ialah teknik pancingan dasar dengan menggunakan umpan hidup atau umpan mati.
Teknik pancingan dasar ini boleh dikatakan teknik tradisi memancing jenahak dan telah diaplikasikan sejak sekian lama. Tanyalah mana-mana pemancing yang old-timer di Malaysia, pasti akan memberikan jawapan yang sama. Aplikasi pancingan dasar terbukti berkesan kerana sifat ikan jenahak sebagai ikan yang gemar berlindung di struktur habitatnya dan akan membuat serangan hendap jika ada mangsa yang melintasi kawasan tempat hendapannya.
Kekuatan set pancing pula antara set sederhana hingga berat bergantung kepada lapangan pancing dan arus. Biasanya bantuan ‘bangla’ akan direkrut untuk pancingan di kawasan yang kedalaman lebih 30 kaki. Kekuatan perambut sekitar 50lb hingga 80lb sudah memadai dengan kepanjangan perambut sekitar 2 meter.
Umpan hidup dan umpan mati merupakan pilihan untuk teknik dasar. Umpan sotong hidup seperti cumit dan sotong kurita dikatakan umpan terbaik untuk memikat John’s snapper yang bersaiz besar. Udang hidup pula mampu menaikkan jenahak pelbagai saiz malah jika ada modal lebih, anda boleh mencuba udang lipan.
Selain itu, tamban dan umpun-umpun juga mampu menaikkan spesies ini bergantung kepada teknik pancingan anda. Walaupun masa bagi spesies jenahak memburu mangsanya ialah sepanjang hari, namun teknik dasar pancingan jenahak lebih sinonim pada waktu malam.
Malah sering kali jenahak bersaiz besar acapkali dinaikkan pada lewat malam atau awal pagi. Begitu pun, sesekali dan sesetengah kawasan terdapat juga jenahak yang berjaya dipancing disiang hari. Di sinilah aplikasi teknik pancingan kedua menjadi alternatif kepada pemancing yang ingin memburu jenahak.
Aplikasi teknik kedua pula menggunakan umpan artifisial atau umpan tiruan iaitu mengunjun besi atau jigging. Teknik slow pitch atau slow jigging ternyata begitu praktikal memikat jenahak pada siang hari. Malah, teknik slow pitch menjadi kegilaan terbaru kepada pemancing jenahak tempatan sejak kebelakangan ini.
Dengan berat jig khusus untuk slow pitch bergantung kepada arus lapangan pancing, unjunan perlahan di kawasan berstruktur tidak dinafikan mampu menaikkan jenahak bersaiz gadang @ bantal. Teknik slow pitch boleh diaplikasikan dalam persekitaran kedalaman air antara 20 kaki hingga 30 kaki dengan set pancing sederhana (PE2- PE3, Jig 180-250 gram). Cuma perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah spot untuk melabuhkan jig perlu betul-betul di kawasan lubuk yang mempunyai ‘emas hidup’ ini.
Jika bernasib baik mendapat sambaran, kepuasannya memang secukup rasa. Apa tidaknya, bayangkan sekelip mata ketika syok mengunjun, ‘sapppp’ rod melentuk dan jig anda diragut. Fuhh, menjerit drag bak hang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...