Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan.

Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.

 

Pancingan udang galah 101!!

 

Cara Memancing (dari atas sampan)

 

Untuk memancing di atas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 17 kaki.

 

Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2-3 batang dulu.

Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.

 

Pancingan udang galah 101!!

 

Susunan joran di atas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan.

Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.

 

Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu di kekili sehingga tegang.

Seterusnya diletakkan joran di tepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.

 

Pancingan udang galah 101!!

 

Jika sudah pasti udang telah menelan umpan (dengan melihat henjutan di hujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali.

Di sinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang sama ada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.

 

Makluman tambahan

 

IKLAN

Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.

 

Kadangkala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.

 

Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.

 

Pancingan udang galah 101!!

 

Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.

 

Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar.

Jawapan akan diketahui di separuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.

 

Mencari Lubuk

 

Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.

 

Kawasan berteluk berarus sederhana laju.

 

IKLAN

Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok di dalam air.

 

Pancingan udang galah 101!!

 

Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain di tengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.

 

Panduan

 

Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa di mata kail.

Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.

 

Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.

 

Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.

 

Pancingan udang galah 101!!

 

Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 -5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.

IKLAN

 

Gangguan seperti nak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.

 

Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing di tengah sungai.

 

Jika sungai kecil (hulu) tali boleh di rentang didalam usaha mencari lubuk udang.

 

Pancingan udang galah 101!!

 

baca juga profil lengkap udang galah

 

Peringatan

 

Pertuturan harus dijaga.

 

Elakkan membuang makanan seperti daging di kawasan pancing udang.

 

Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaannya lubuk udang di kongsi bersama oleh sang bedal (buaya).

 

Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.

 

Pancingan udang galah 101!!

 

Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.

 

Apa pendapat anda? Sila tinggalkan komen & kongsi bersama rakan lain.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI