Spesies yang kelihatan seperti dari zaman primitif ini pada asalnya dikatakan telah pupus bersama dengan dinasour sekitar 65 juta tahun dahulu.
Kemudiannya ikan ini telah ditemui oleh seorang kurator muzium dari Afrika Selatan di dalam jaring pada 1938.
Ini menarik perhatian para saintis perikanan sehingga menimbulkan perdebatan dan teori evolusi spesies ini.
Terdapat 2 spesies coelacanth yang mana salah satunya hidup di Pulau Comoros di Afrika (Latimeria chalumnae) dan spesies kedua di perairan Sulawesi, Indonesia (Latimeria menadoensis).
Ramai saintis percaya bahawa karakter unik coelacanth merupakan evolusi terawal teori spesies ikan menjadi hidupan darat.
IKLAN
Antara ciri menarik ‘fosil hidup’ ini ialah mempunyai sirip pectoral yang kelihatan seolah-olah sepasang kaki.
IKLAN
Selain itu, karakter menarik lain ialah spesies ini mempunyai sisik yang tebal membuatkannya kelihatan seperti haiwan purba.
Begitu pun, ramai berpendapat fizikal luaran spesies ini kelihatan mengagumkan.
Coelacanth merupakan ikan perenang dasar dan menghabiskan banyak masa di dasar laut dalam sedalam 700 meter di dasar laut.
IKLAN
Spesies ini mampu membesar mencapai 2 meter dan berat melebihi 90 kg. Saintis dan pengkaji berpendapat spesies ini mampu mencapai usia lebih 60 tahun.
Sehingga kini, populasi sebenar sukar dijangkakan, namun saintis percaya spesies ini wujud sekitar 1000 ekor sahaja lantas menjadikan ikan primitif ini dalam tahap spesies sangat terancam.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bentuk badan longfin snake eel atau atau nama tempatannya sesirat dan belin sangat memanjang. Mulutnya cukup besar dan sirip dorsal bermula di atas sirip pektoral; hujung ekor tanpa hujung, hujungnya runcing dan sirik pektoral terbentuk dengan baik.
Warna kepala dan tubuh coklat kekuningan, bahagian dorsal lebih gelap sementara sirip dorsal dan sirip anal berwarna coklat tua. Panjang maksimum untuk spesies ini adalah sekitar 100 cm dan mendiami perairan pantai dari dasar berlumpur.
Sesirat merupakan haiwan laut yang mampu hidup di kawasan air payau hingga ke air tawar dan lazimnya lebih mudah ditemui di kawasan dasar berkarang berkedalaman 1 hingga 20 meter.
Taburannya meliputi Indo-Pasifik, Laut Merah dan Afrika Timur ke Polinesia Prancis, utara ke Kepulauan Ogasawara, selatan ke Australia. Spesimen dewasa mampu memanjang sehingga 108cm namun spesies yang ditemui sekitar 50cm.
Sesirat memiliki gigi molariform, multiserial pada rahang, intermaxillary dan vomer. Sirip dorsal dengan tepi gelap yang lebar. Bentuk tubuh bersilindir seperti ular, terkompresi hanya di sepanjang hujung ekor yang ekstrem.
Lubang hidung bahagian depan, lubang hidung bahagian belakang sepanjang tepi bibir bawah; median sirip tidak terus menerus ke belakang; hujung ekor yang kaku dan tidak berhujung. Variabel warna kekelabuan hitam hitam atau coklat. Spesimen dewasa memiliki kulit yang keriput.
Mudah ditemui di lagun dan muara, kadang kala memasuki air tawar. Seringkali ditemui di saluran pasang surut di mana kelompok kecil berkumpul, dan biasanya terlihat hanya dengan kepala terbuka. Terperangkap paling sering di daerah pasang surut dan muara.
Sesirat sebagai umpan memancing
Sesirat atau belin… sama je. Sesetengah tempat panggil lain. Lebih kurang mcm belut, tapi yang ni orang tak buat makan.
Kalau kaki pancing dapat, dia akan belit tali perambut kita sampai perambut tu dah tak boleh pakai lagi. Lendir dia pun agak banyak dan berbau hanyir.
Biasanya orang guna umpan ni biar sesirat kering dulu baru cangkuk pada mata kail. Tapi kalau guna terus pun tak jadi masalah. Sesirat ni kalau kecil pakai sekor-sekor cangkuk kat mata. Kalau besar korang potonglah kasi cun-cun kat mata kail.
Umpan ni memang lambat sikit nak dapat strike, tapi kalau dapat strike biasanya saiz mega. Ikan yang kerap makan umpan sesirat ni ialah belukang, pari dan juga jenahak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Mungkin ramai yang nama sebenar spesies ini nama jolokan boron atau tong gas merujuk kepada spesimen bersiaz double digit lebih popular berbanding nama kerapu bintik, kerapu karang atau kerapu malabar.
Berdasarkan satu kajian di mana ia merumuskan terdapat sedikit kekeliruan taksonomi dan ciri pengenalan antara spesies Epinephelus malabaricus, Epinepheluscoioides dan Epinephelus tauvina, setidak-tidaknya di Australia dan mungkin juga di tempat lain.
Walau bagaimana pun, ikan marin yang terdapat di perairan Malaysia ini diklasifikasikan sebagai Epinephelus malabaricus. E. malabaricus atau dengan nama umumnya malabar grouper turut dikenali dengan nama brown-spotted grouper, greasy grouper, malabar rockcod.
Taburan spesies ini meluas di seluruh perairan tropika kawasan Pasifik Indo-Barat dari pantai timur Afrika ke kepulauan Tonga, Laut Merah, termasuklah utara ke Jepun dan selatan ke Australia.
Ia direkodkan di Laut Levantine dan Mediterranean timur dan Terusan Suez. Kerapu boron merupakan ikan natif atau ikan asal di Australia; Kemboja, China, Mesir, Fiji, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Kenya, Madagascar, Malaysia dan banyak negara lain lagi.
Dari aspek habitat dan biologi, kerapu boron ini spesies biasa yang terdapat dalam kepelbagaian jenis habitat. Ia boleh ditemui di kawasan terumbu karang dan berbatu, teluk, pesisir pantai, estuari, paya bakau dan dasar berpasir atau lumpur.
Ia boleh dikesan pesisir pantai yang cetek sehinggalah kedalaman 150 meter. Sementara kerapu boron juvenil lazimnya lebih mudah hadir di estuari dan payau bakau.
Kerapu Malabar juga mempunyai sejarah kehidupan yang menarik dan kompleks. Ikan ini tergolong dalam spesies hermaphrodit protoginous iaitu ikan yang berupaya berubah jantina daripada betina kepada jantan.
Walau bagaimana pun perubahan jantina ini tidak semestinya berlaku dan hanya akan berlaku sehinggalah kerapu jantan itu mencapai saiz kematangan sepanjang 114 cm.
Kerapu bintik atau karang ini dapat mencapai panjang sehingga 234 cm, tetapi spesimen biasa ditemui rata-rata ukurannya sekitar 100cm.
Dan dikatakan mampu mencapai berat sehingga 150 kg. Ia mempunyai warna abu-abu (keabu-abuan atau kelabu) hingga warna latar belakang yang terang, dengan beberapa bintik coklat gelap yang secara rawak bertaburan, yang bertambah bilangannya dengan usia. Tubuh kerapu ini juga mempunyai pelbagai jalur corak (tompokan) berwarna coklat.
Kerapu Malabar ialah pemangsa yang ganas, mereka memakan ikan, sotong, krustasea, dan kadang-kadang cephalopod turut menjadi mangsanya. Kerapu boron lebih aktif memburu makanan pada waktu malam dan suka tinggal di kawasan lubang di tengah laut. Apabila dewasa, ikan ini akan bersikap kewilayahan dan tinggal bersama pasangannya di dalam lubang yang sama.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Javelin grunter atau javelin grunt merupakan anggota dalam famili besar Haemulidae. Haemulidae pula terbahagi kepada dua sub famili, Haemulinae dan Plectorhynchinae (sweetlips).
Spesies dari genus Pomadasys dengan nama saintifik Pomadasys kaakan ini mendapat nama jolokan ‘grunts’ berikutan kemampuan mereka menghasilkan atau mengeluarkan bunyi yang kuat dengan melaga atau menggesel gigi pharyngeal mereka.
Terdapat kira-kira 19 genera dan 132 spesies Haemulidae di seluruh dunia. Di negara kita sendiri memiliki 5 genus dan 28 spesies Haemulidae. Terdapat 17 spesies sweetlips dan 11 spesies Haemulinae dari genus Pomadasys (grunters) sahaja.
Taburan Haemulidae (Pomadasyidae) boleh ditemui di lautan Atlantik, Hindi dan Pasifik. Indo-Pasifik Barat, Laut Merah dan pantai timur Afrika ke Asia Tenggara, utara ke Taiwan, selatan ke Queensland, Australia.
Javelin grunts mempunyai sirip dorsal tunggal berterusan 9 hingga 14 segmen duri dan 11 hingga 26 sinar lembut. Memiliki bentuk badan langsing, profil kepala sedikit cembung, bibir tidak menebal, dua liang dan alur pusat di bawah dagu. Tiada tulang belakang antrorse sebelum asal sirip dorsal; takuk mendalam antara spinous dan bahagian yang lembut di sirip dorsal.
Warna biasanya perak dengan warna keemasan di sisi, operkulum atas zaitun kuning, yang agak hitam muncungnya, ditindih dengan kuning. Spesimen juvenil mempunyai 7 hingga 11 band menegak di sisi atas, spesies matang ketara dengan band yang dibentuk oleh bintik sejajar dalam baris menegak.
Gerut-gerut berskala saiz 35 cm dianggap mencapai kematangan. Ia mampu membesar panjang sehingga 80 cm namun spesimen yang lazim diperoleh sekitar 50 cm sahaja. Spesies gerut-gerut ini mendiami lautan dasar keruh dengan berpasir pada kedalaman sehingga 75 meter.
Ia turut memasuki sistem muara sungai dan , boleh bertolak ansur dengan air dengan kemasinan rendah. Sering dikaitkan atau ditemui berhampiran bangkai kapal laut berhampiran pantai Manakala diet utama gerut-gerut adalah krustasea dan ikan yang lebih kecil.
Genus & Species
Pomadasys aheneus McKay & J. E. Randall, 1995 (Yellowback grunt)
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...