Suatu ketika dahulu atau masih kekal diperkatakan sehingga ke hari ini, sungai-sungai di Sarawak cukup sinonim dengan dua perkara; buaya dan udang galah. Sekali gus menepati kata-kata orang, kalau ada udang, ada buaya. Atas sebab itulah penulis sangat teruja apabila berpeluang untuk memancing udang galah atau jenggo di Sarawak.

 

Pancingan udang galah mungkin tidak segah atau sepopular pancingan ikan di sungai mahupun laut dalam. Namun ia memiliki keunikan dan keseronokan tersendiri. Penulis sendiri amat menggemari pancingan santai ini. Apatah lagi berpeluang memancingnya di sungai yang menjadi banglo sang jenggo ini. Keterujaan yang sama turut dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Masing-masing mula membayangkan berapa kilo udang galah seorang yang bakal dibawa pulang.

 

Perjalanan seawal pagi dari Bandaraya Miri ke Batu Niah memakan masa sekitar 1 jam. Setibanya di jeti Kampung Sepupok, papan tanda yang mempamerkan amaran kewujudan sang bedal di sungai tersebut sedikit sebanyak menyentap keterujaan kami.

 

Jenggo Menyepi Di Sungai Niah

 

Suasana bertukar krik krik krik seketika. Kami yang tak biasa memancing di lubuk yang turut menjadi kediaman buaya sudah tentu kecut perut dibuatnya. Khususnya wakil media dari Australia yang sejak dari sesi briefing lagi sudah cuak apabila diberitahu oleh juru pandu pancing tentang kewujudan buaya air masin di lokasi pancingan udang. Walau bagaimana pun kerisauan itu tidaklah terlalu mengganggu fikiran ekoran insiden melibatkan buaya di sungai tersebut hampir tidak pernah berlaku.

 

Jenggo Menyepi Di Sungai Niah

IKLAN

 

Hanya makluman daripada penyewa bot memancing di sungai tersebut agak merenjat keterujaan kami. Menurut beliau, tarikh dan waktu yang kami pilih untuk memancing udang tidak bagus. Udang agak sukar untuk diperolehi ekoran faktor air masin yang jauh memasuki sistem sungai. Air sungai menjadi agak masin dan perlu jauh mudik ke hulu sungai untuk mencari udang.

 

Anehnya faktor ini langsung tidak dinyatakan ketika perbincangan penyewaan bot sebelumnya. Pendapat yang sama turut disuarakan oleh jurumudi bot yang bakal membawa kami. Kesimpulannya, waktu itu lebih sesuai memancing ikan berbanding memancing udang galah.

 

Namun apa kan daya, alang-alang bot pun dah disewa, kelengkapan memancing udang semuanya dah pun disiapkan, sama ada musim atau bukan, trip memancing udang galah harus dilangsungkan juga.

 

IKLAN

Jenggo Menyepi Di Sungai Niah

 

Berumpankan anak udang hidup, empat buah bot fiber dengan saiz bot dan kuasa enjin yang berbeza menuju ke hulu Sungai Niah. Dari kawasan sungai yang airnya masih masin, payau dan tawar sepenuhnya dijelajahi. Dari kawasan air masin dan payau, hasil tangkapan menjurus kepada ikan duri.

 

Sementara di kawasan air tawar pula didominasi ikan belida dan baung. Si jenggo yang menjadi sasaran utama ternyata sukar untuk dicari. Dari empat buah bot fiber, ada bot yang langsung gagal mendaratkan walau seekor udang ‘megi’.

 

Jenggo Menyepi Di Sungai Niah

IKLAN

 

Seharian ke hulu ke hilir dengan hasil yang amat mengecewakan, akhirnya jurumudi membuka mulut punca sebenar kesukaran untuk memburu udang galah. Faktor air masin hanyalah penyebab kecil, punca sebenar adalah angkara ketamakan individu yang mahu mengaut keuntungan dengan mudah dan pantas.

 

Jenggo Menyepi Di Sungai Niah

 

Ekoran harga udang galah yang kian meningkat di pasaran sehingga jauh lebih mahal berbanding di semenanjung, justeru menuba sungai adalah cara yang paling efektif untuk mengutip udang galah.

 

Malah, sebelum kedatangan kami, sistem sungai itu sudah beberapa dituba oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Hanya sedikit rezeki pada kami kerana dapatlah juga menaikkan beberapa ekor udang galah.

Jenggo Menyepi Di Sungai Niah

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI