Ikan todak atau turut dipanggil dengan nama todak nipis, julung-julung, sembir dan banang ialah spesies ikan yang menjadikan permukaan air air masin sebagai habitat.
Ikan yang tergolong dalam family Belonidae (needlefishes) dan genus Ablennes ini dikenali sebagai flat needlefish di peringkat global.
Taburan ikan todak begitu meluas di seluruh dunia dan hampir seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Ia lazimnya boleh ditemui perairan cetek dari kawasan estuary hinggalah ke tengah laut. Ciri-ciri utama ikan berparuh ini memiliki muncung panjang yang dibarisi gigi atas dan bawah di sepanjang paruhnya.
Ikan todak memiliki badan pipih memanjang dengan tona warna hijau cerah di bahagian atas dan putih berkilau di bahagian bawah badan.
Todak jenis ini mempunyai lapan belang berwarna biru gelap bermula pangkal sirip dorsal pertama hingga hujung ekor. Belang ini hanya separuh bahagian ukur lilit badannya sahaja.
Ads
Panjang mulutnya hampir satu per tiga dari keseluruhan panjang badannya. Memiliki barisan gigi tajam di bahagian bawah dan atas rahang mulut. Giginya tajam di sepanjang muncung atau paruh mulutnya.
Mulutnya tidak begitu besar untuk menelan mangsa tetapi dengan bantuan giginya ia mampu mengerjakan mangsa yang lebih besar dari kapasiti mulutnya untuk ditelan. Saiz mata agak besar.
Dengan memiliki ekor bercabang tegap tetapi pendek membolehkannya melakukan pecutan serta anjakan untuk meloncat ke udara.
Ads
Ikan ini mampu membesar hingga 95cm panjang tetapi saiz purata ialah 60cm sahaja. Todak jenis ini mempunyai ekor tirus dan bercabang lebih kuat dari jenis mempunyai ekor bulat.
Kedudukan sirip dorsal agak jauh kebelakang badan kira-kira 2/3 dari pangkal kepala bagi ikan yang dikenali sembir di pantai timur.
Ikan todak bergerak dalam kelompok tersendiri. Mereka Menghabiskan masa berkeliaran di permukaan air. Ikan pelagik ini gemar berada di kawasan cahaya lampu.
Ia boleh dilihat berkeliaran di sekeliling kawasan limpahan cahaya pada malam hari. Ia kelihatan jinak ketika menghampiri bot tetapi akan bergerak pantas melarikan diri apabila ternampak bayang pergerakan manusia atau terancam keselamatannya.
Ads
Ia boleh membuat pecutan di atas permukaan air (hanya bahagian ekor sahaja yang mengena air) dalam jarak amat jauh seperti jet pejuang sedang berlepas dari landasan.
Ini boleh diperhati ketika ia melarikan diri dari serangan pemangsa. Todak yang terperanjat adalah yang tidur di permukaan air dan membabi buta melompat dan menujah di permukaan air untuk menyelamatkan diri.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan ceramin-ceramin (Sabah) atau ebek bukanlah satu nama spesies ikan yang janggal bagi pemancing di Malaysia.
Tergolong dalam kalangan keluarga Carangidae, ikan ebek atau nama sebenarnya, Alectis indica merupakan ikan jack yang mampu membesar sehingga saiz yang cukup besar, atau lebih sinonim dengan terma kaki pancing iaitu saiz mega.
Ikan ebek merupakan sejenis spesies ikan marin yang mudah ditemui di perairan tropika seperti Lautan Pasifik yang melangkaui Afrika Timur ke India, Asia, Indonesia, Australia dan juga Malaysia.
Di Malaysia, akses lokasi atau lubuk untuk memancing ebek tidaklah sesukar mana, bermula dari kawasan muara hingga ke lautan lepas.
Mungkin disebabkan itu, ebek atau nama lainnya, diamond trevally menjadi antara spesies yang sering menjadi buruan pemancing di Malaysia.
Malah kekuatan pertarungan di hujung kail juga cukup untuk memberikan kepuasan pancingan kerana ebek cukup agresif sebaik sahaja kail tercangkuk kemas di mulutnya.
Walaupun mampu membesar sehingga keberatan 25kg dan panjang sehingga 1.6 meter, kebiasaan spesies ebek yang dipancing di perairan Malaysia bersaiz lebih kecil.
Ebek yang berat sekitar 6-7 kg sudah dianggap saiz yang besar jika dinaikkan menggunakan joran dan kekili.
Sinonim
Ebek atau diamond trevally merupakan salah satu daripada tiga spesies ikan jack daripada genus Alectis di mana kumpulan ikan ini datang daripada 33 genera dalam keluarga Carangidae.
Carangidae pula merupakan ikan jenis perciformes dalam suborder yang digelar Percoidae.
Spesies ini asalnya diterangkan secara saintifik oleh pengkaji naturalis Jerman iaitu Eduard Rüppell pada tahun 1830 di bawah nama binomial Scyris indicus, hasil spesimen yang dikumpul dari Laut Merah.
Selepas penamaan Ruppell itu, beberapa orang pengkaji lain tanpa disedari telah menerangkan semula spesies ini, dengan nama-nama seperti Hynnis insanus
(Valenciennes, 1862), Caranx gallus (Klunzinger, 1879) dan Hynnis momsa (Herre, 1927), yang merujuk kepada spesies yang sama.
Selang beberapa tahun, pengelasan asal Ruppell juga telah disemak semula; di mana asalnya spesies ini diletakkan dalam genera Seriolichthys, dan akhirnya diletakkan dalam genus Alectis oleh James Douglas Ogilby pada tahun 1913.
Lantas, nama spesies ini telah ditetapkan sebagai Alectis indicus dalam cetakan sains. Bagaimanapun genus Alectis adalah genus feminin, dengan itu indica merupakan ejaan spesies yang betul.
Taburan Spesies Dan Habitat
Secara saintifiknya, taburan spesies ebek tertumpu di kawasan tropika seperti Lautan Hindi dan Barat Lautan Pasifik merangkumi Madagascar, Afrika Timur, Laut Merah hingga ke India, China, Asia Tenggara, utara Jepun hingga ke selatan Indonesia serta utara Australia.
Selalunya, ikan ebek akan menghuni kawasan perairan berbatu karang yang mempunyai kedalaman sekitar 20meter hingga 100meter sebagai habitatnya.
Begitu pun, ebek juvenil lebih bersifat pelagik dan sering berlegar mengikut arus laut. Kadangkala ebek juvenil mengikut arus laut sehingga ke kawasan muara.
Morfologi
Dari segi morfologi luaran ikan ebek, spesies ini mempunyai bentuk kebiasaan pada spesies ikan jack. Badan ikan ebek mempunyai bentuk yang bersudut yang agak menonjol selain daripada badan nipis mampat yang kuat.
Pengenalan utama bagi spesies ebek boleh diperhatikan pada bahagian kepalanya yang mempunyai bentuk sedikit cekung berhampiran matanya yang membezakannya antara saudara terdekat dalam genus Alectis.
Dengan sedikit imaginasi, pemancing dapat melihat bentuk bersudut ikan ini seakan-akan sebutir berlian apatah lagi ditambah dengan warna perak berkilat pada badannya yang memukau apabila disimbah cahaya matahari.
Sirip dorsal ikan ebek menunjukkan bentuk yang melengkung ke belakang dan bentuk sudut yang jelas bentuk badannya dapat dilihat pada unjuran antara sirip dorsal lembut dan sirip anal lembut yang menggariskan bentuk badannya ke bahagian ekor.
Bagi sirip pektoral pula, spesies ebek mempunyai sirip pektoral yang panjang dan melengkung sehingga ke garisan lengkung lateral.
Badannya kelihatan seolah-olah tidak bersisik, namun jika diperhatikan lebih dekat, dapat diperhatikan kehadiran sisik-sisik kecil dan halus yang tertanam pada badannya.
Garisan lateral pada badannya jelas menonjol dan melengkung pada bahagian anterior dan kehadiran sisik kasar scutes antara 6-11 scutes juga kelihatan pada bahagian kaudal pedunkel.
Bagi ebek juvenil, sirip anal dan dorsalnya seakan filamen yang lebih panjang berbanding ebek dewasa.
Bagi ebek dewasa, warna badannya ialah perak terang dan menyilaukan hingga ke warna perak biru kehijauan, sering kali warna bahagian kepala lebih gelap dan beransur perak apabila semakin ke bawah.
Bahagian operculum atas ebek mempunyai tompok hitam kecil. Warna sirip berfilamen lembut ebek pula biasanya berwarna biru atau hitam.
Biologi Dan Diet
Asasnya, ikan ebek merupakan salah satu daripada pemangsa marin alam kitaran makanan lautan. Ebek sering menjadikan ikan kecil, sotong, obor-obor dan krustasia sebagai mangsanya seterusnya menjadikan senarai tersebut sebagai diet pemakanan utama.
Bagi kitaran persenyawaan pula, tidak banyak diketahui berkaitan ikan ebek. Namun pemerhatian sebuah kajian di Indonesia mendapati persenyawaan spesies Alectis indica
berlaku di kawasan beting yang berkedalaman antara 35-45meter berhampiran kawasan berkepulauan.
Ikan tuna (juga dikenali sebagai tunny) adalah ikan air masin yang berada dalam suku Thunnini, subfamili kepada famili Scombridae (mackerel). Suku thunnini terdiri daripada 5 genus dan terdapat 15 spesies tuna kesemuanya. Spesies tuna memiliki kepelbagaian saiz yang amat mengagumkan.
Dari spesies terkecil bullet tuna yang mampu mencapai panjang 50 cm dan seberat 1.8 kg sehinggalah spesies terbesar, Atlantic bluefin tuna yang mampu mencapai panjang maksimum 4.5 meter dengan berat sehingga 684 kg. Purata Atlantic bluefin tuna yang ditemui sekitar 2 meter panjang dan dipercayai mampu hidup sehingga 50 tahun.
Ikan tuna, opahs (sunfish) dan mackerel sharks merupakan satu-satunya spesies ikan yang dapat mengekalkan suhu tubuh lebih tinggi daripada suhu air di sekelilingnya.
Keluarga tuna merupakan spesies predator atau pemangsa yang aktif dan tangkas. Ikan tuna memiliki bentuk badan bergaris arus, ramping dan merupakan antara ikan pelagik yang paling pantas. Sebagai contoh, yellowfin tuna mampu mencapai kelajuan sehingga 75 km sejam.
Ikan tuna biasanya ditemui di lautan bersuhu sederhana dan ia ditangkap secara komersial di samping begitu popular sebagai ikan sukan. Berikutan tangkapan berlebihan, beberapa spesies tuna khususnya southern bluefin tuna diancam kepupusan.
Taksonomi:
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Scombriformes
Family : Scombridae
Genus : Allothunnus, Auxis, Euthynnus, Katsuwonus, Thunnus
Ciri-ciri utama yang mudah kita mengenali ikan barat-barat ialah badan leper, mulut kecil, bergigi kapak kecil tajam menuris, kulitnya kesat tanpa sisik seperti kulit ikan yu. Sesetengah tempat ia dipanggil leatherjacket yang memberi makna ikan berkulit liat.
Namun kulitnya tidak keras seperti ikan jebong atau triggerfish. Satu lagi ciri utama barat-barat ialah sirip dorsal utama hanya ditumbuhi satu duri tajam keras seperti sengat ikan duri.
Bezanya duri keras ini hanya satu sahaja dan terpacak di bahagian atas badan atau hampir dengan bebola mata. Kulit ikan yang unik ini dicipta untuk melindungi isinya yang lembut dan putih jernih. Saiz dewasa ikan barat-barat ini menjangkau sekaki lebih.
Habitat Dan Taburan
Ikan barat ini biasanya ditemui bersama-sama Sargassum iaitu sejenis hidupan laut algae kelabu mudah terpisah pada rumpun utama dan hanyut di laut lepas. Ikan barat dikatakan gemar mengikuti pergerakan rumpunan hidupan laut ini bebas di lautan lepas bagi memudahkan ia mencari sumber buruan dan perlindungan.
Sargassum atau rumpai laut ini boleh dikatakan sebagai perumah sementara kepada ikan kurang menjadi buruan kaki pancing. Walaupun ia boleh menghuni lautan dan laut, untuk memancingnya pula, pemancing boleh mencuba di kawasan yang memiliki bunga karang.
Tidak semua barat-barat menghuni lautan lepas dan ada juga gemar mendiami kawasan sub-tropika yang kaya dengan dasar berkarang untuk di jadikan tempat perlindungan dan pembiakan.
Melalui pengamatan saya, di Semenanjung ikan barat-barat pernah terpikat pada mata pancing di Pulau Jarak di Perak dan Pulau Aur di Johor. Kedua-dua kawasan pancing ini adalah berstruktur batu karang tebal dan memiliki rumpai laut di sekitarnya.
Tapi uniknya ikan barat-barat sering dilihat timbul di permukaan mencari makanan. Ia kadang kala boleh dilihat sekitar unjam bersama-sama kumpulan ikan telinga gajah berlawi panjang iaitu sub-spesies telinga gajah yang amat jarang tertarik dengan umpan pemancing.
Nama saintifik: Alutera scripta
Nama tempatan: Barat, bebarat, ikan ayam
Ciri fizikal: Badan nipis melebar. Ekor separa bulat. Sirip dorsal pertama tajam dan keras. Kulit liat tapi tidak seliat ikan yu.
Diet: Hidupan dasar seperti cacing laut, moluska, krutesia dan anak ikan (kecil).
Habitat: Pertengahan dan dasar berkarang lembut serta lautan lepas
Taburan: Laut China Selatan, Antlantik dan Lautan Pacifik
Tempatan: Hampir keseluruhan semenanjung, Sabah dan Sarawak. Taburan di pantai timur lebih ketara berbanding di pantai barat Semenanjung
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...